Debaran menanti detik pernikahan bukan hanya menimbulkan kegelisahan kepada pengantin perempuan.

Pemilihan busana dan solekan juga antara agenda penting yang harus difikirkan mereka supaya upacara akad nikah meninggalkan kenangan terindah sebelum si perawan menamatkan zaman bujang. Ada yang mengeluh tentang bentuk badan tidak kurang juga yang risau dengan kulit wajah bermasalah.

IKLAN

Buang segala kekalutan yang bersarang di minda dan fahami pandangan yang dilontarkan dua personaliti ternama ini dalam menata rias serta mereka persalinan mempelai. Ambil tahu agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Jangan Pertaruhkan Majlis Nikah Dengan Gaya BADUT. Ini Pesanan Padu Datin Lynda Rahim & Tiar Zainal

Pemilihan Busana, Apa Kata Datin Lynda Rahim?

Label LyndaRahim Kuala Lumpur cukup sinonim dengan busana perkahwinan. Menggunakan fabrik chiffon, tulle silk dan french lace yang diperincikan dengan jahitan manik buatan sendiri merupakan melambang identiti jenama terkenal ini.

Jangan Pertaruhkan Majlis Nikah Dengan Gaya BADUT. Ini Pesanan Padu Datin Lynda Rahim & Tiar Zainal

Rekaannya yang eksklusif dan versatil menambat perhatian ramai termasuk golongan selebriti tempatan dan luar negara seperti Dato’ Rossa, Tasha Shila dan Nabila Huda. Sementara Sari Yanti dan Dira Abu Zahar pula pernah menggayakan busana Linda Rahim di hari pernikahan dan persandingan mereka.

Sebagai pereka busana yang berpengalaman, Datin Linda menyarankan bakal pengantin agar bijak memilih busana yang sesuai dengan bentuk tubuh, ketinggian dan warna kulit.

Off white atau warna-warna pastel adalah pilihan yang tepat untuk majlis akad nikah. Pun begitu, bear in mind supaya tidak mengenakan warna yang terang atau berwarna-warni.

Kami sedar ramai pengantin yang mahu tampil berbeza dan mencuri tumpuan ramai pada hari tersebut. Namun, pemilihan warna seperti merah atau electric blue disifatkan sebagai ‘warna larangan’ untuk akad nikah.

Selain pemilihan warna, potongan busana juga memainkan peranan penting. Dari segi perincian dan aksesori pula perlulah seimbang. Jika perincian baju sudah sarat dengan manik dan labuci, elakkan memakai rantai atau anting-anting yang tampak keterlaluan.

IKLAN

Keep it simple. Minimakan aksesori sebaik mungkin dan elakkan memakai crown. Bagi yang memakai tudung, pakailah dengan sempurna dan tidak menampakkan rambut.”

Sentuhan Magis Solekan, Apa Kata Tiar Zainal?

Jurusolek ternama, Tiar Zainal sering menjadi buruan samada untuk majlis perkahwinan mahupun acara-acara rasmi. Terkenal dengan gelaran ‘mekap arkitek’, Tiar cukup bijak menata rias raut wajah seseorang dengan solekan semula jadi. Scha Al-Yahya, Amelina, Nora Danish dan Lisa Surihani antara selebriti yang sering menggunakan khidmat solekan Tiar.

Jangan Pertaruhkan Majlis Nikah Dengan Gaya BADUT. Ini Pesanan Padu Datin Lynda Rahim & Tiar Zainal

IKLAN

“Bagi majlis akad nikah selalunya solekan lebih kepada semula jadi dan tidak mengubah rupa asal bakal pengantin. Sesuai dengan situasi dan bentuk wajah bujur, saya menggunakan warna-warna tanah seperti brown, gold dan purple sebagai pembayang mata.

Solekan ini membuatkan kulit tampak fresh. Teknik shading sememangnya perlu tapi don’t too much. Saya mahu enhance seri wajah bukan buat topeng dengan solekan yang tebal.

Setiap jurusolek juga mesti tahu setiap bentuk muka di bahagian kiri dan kanan adalah berbeza. Begitu juga bahagian mata dan bibir. Jadi, teknik solekan yang betul perlu agar wajah kelihatan seimbang dengan struktur muka.

Elakkan pemakaian bulu mata yang terlalu lebat dan panjang. Saya turut mengenakan warna gincu natural di bahagian bibir agar tidak kelihatan menonjol pada hari pernikahan.

Untuk majlis akad nikah adalah baik bagi pengantin perempuan kelihatan sederhana dengan solekan semula jadi dan nipis terutamanya apabila majlis berlangsung pada waktu siang. Berbeza pula pada sebelah malam yang memerlukan solekan sedikit tebal bagi menyerlahkan pesona wajah pengantin.” Suziana Abu Daud

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI