Nona kini berada di dalam aplikasi   
Nona kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Jangan Suka-Suka Pakai GINCU TESTER Di Kaunter Kecantikan, Ada Kes Wanita Dijangkiti...

Jangan Suka-Suka Pakai GINCU TESTER Di Kaunter Kecantikan, Ada Kes Wanita Dijangkiti Herpes!

Kebanyakan gedung mekap terkemuka kerap menyediakan produk tester untuk kemudahan pelanggannya. Ini bagi membolehkan pelanggan mencuba dahulu dan menguji kesesuaian warna sebelum membeli.

IKLAN

Namun tular semalam, seorang wanita California bernama Elena Davoyan menyaman gedung Sephora sehingga $25,000, selepas dia mendakwa dijangkiti herpes oral apabila mencuba gincu tester di sebuah gedung itu di Los Angeles.

Jangan Suka-Suka Pakai GINCU TESTER Di Kaunter Kecantikan, Ada Kes Wanita Dijangkiti Herpes!
Sephora Los Angeles

Mangsa katanya tidak pernah mengalami penyakit tersebut sebelum dijangkiti di situ, pada Oktober 2015 lalu. Dalam kenyataan saman tersebut, Elena menyelar Sephora kerana gagal memberi amaran tentang risiko menggunakan produk tester solekan pada pelanggan. Tester mekap yang disediakan, katanya boleh mendedahkan mereka terhadap pelbagai jenis penyakit.

Herpes oral merupakan sejenis jangkitan yang menyebabkan bintik-bintik seperti kudis tumbuh di bahagian bibir, gusi, lidah dan dalam pipi. Ia boleh berjangkit melalui air liur atau kulit yang telah dijangkiti.

Jangan Suka-Suka Pakai GINCU TESTER Di Kaunter Kecantikan, Ada Kes Wanita Dijangkiti Herpes!

Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, namun kita seharusnya berjaga-jaga dengan risiko sebelum menggunakan produk tester di mana-mana. Baca laporan lanjut di bawah.

Kisah Benar Yang Anda Perlu Tahu

IKLAN

Dulu saya tiada masalah dengan tester mekap sampailah suatu hari, saya berkunjung ke Sephora dengan seorang kawan. Sebab tak sihat, saya nampak dia terbatuk-batuk berhampiran produk tanpa menutup mulut.”

Perkara paling teruk yang saya tengok adalah seorang wanita mengoles gincu tester dan kemudian menjilat bibirnya dari hujung ke hujung. Kemudian dia menyapu selapis lagi warna gincu tester yang lain dan ulang tabiat yang sama.”

IKLAN

Menurut pakar dermatologi Dr. Joshua Zeichner, amalan menggunakan tester mekap yang kotor memang boleh menyebarkan penyakit jika ia telah tercemar. Persekitaran yang lembap, khasnya produk mekap seperti glos bibir dan maskara boleh membiak bakteria atau virus berbahaya.

Tip Berguna

  • Tester di kaunter kecantikan paling tercemar pada hari Sabtu dan Ahad berbanding hari kerja.
  • Jangan cuba sampel terus ke atas kulit. Lebih-lebih lagi kulit yang terluka.
  • Jangan gunakan tester tanpa perhatian staf kecantikan kerana anda tak tahu siapa yang menggunakannya sebelum ini atau cara penggunaan yang betul.
  • Gunakan common sense sebelum mencuba. Cari tester dengan bekas bertutup, span dan berus pakai buang.
  • Jangan sentuh tester yang kelihatan lama, merekah atau berbau aneh.
  • Sebaiknya uji di atas tangan atau leher (kawasan yang kurang sensitif daripada muka) dan bersihkan serta-merta.
  • Berbelanja di kedai yang menawarkan polisi pemulangan wang atau pertukaran percuma supaya anda dapat menguji produk yang dibeli di tempat yang betul. Norzalina Mohd Alias

Sumber: Newsweek

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI