Siapa kata lemak tidak penting untuk tubuh. Tahukah anda, lemak membekalkan tenaga dan asid lemak penting untuk membantu tubuh dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K. Selain di dapati di dalam santan, ia juga wujud dalam susu, hasil tenusu dan daging. Meskipun kandungan lemak juga mendatangkan kebaikan kepada tubuh namun pengambilan secara berlebihan berupaya menaikkan berat badan atau obesiti, di samping meningkatkan kolesterol darah dan risiko penyakit jantung.
IKLAN
Kolesterol sememangnya bahaya untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan penyakit kronik termasuklah penyakit jantung. Oleh itu, anda harus bijak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan tahap kesihatan yang baik. Jom lihat antara cara mengurangkan pengambilan lemak.
TIP KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK
IKLAN
Buangkan semua kulit serta lemak pada bahagian daging sebelum dimasak.
Masak dengan menggunakan kuali kalis lekat (non-stick pan).
Gunakan minyak yang sedikit semasa menggoreng. Pastikan ia benar-benar panas sebelum menggoreng untuk mengurangkan penyerapan minyak.
Kurangkan menggoreng makanan yang bersalut tepung.
Pelbagaikan cara masakan yang sihat seperti mengukus, merebus, membakar dan memanggang.
Ubahsuai resipi untuk mengurangkan penggunaan santan. Gantikan dengan susu tanpa lemak dan rempah asli.
Elakkan makanan ringan yang kaya lemak trans dengan buah-buahan dan sayuran segar.
IKLAN
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelmarin, isu video promosi kempen kerajaan yang dilakukan oleh pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor dan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun tular dan menjadi bualan ramai. Mana tidaknya, klip video membabitkan kementeriannya yang memaparkan pelakon Rosyam Nor dianggap sebagai memperlekeh dan menjatuhkan maruah dan martabat wanita.
Dalam satu kenyataan di hantaran Twritter nya, YB Hannah Yeoh yang juga bekas Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Subang Jaya berkata ini bukan kali pertama Rina menggunakan publisiti yang memalukan kementerian.
“Lebih teruk lagi, Rina dan pegawai Yayasan Kebajikan Negara hanya berdiri dan tersenyum apabila dilemparkan cacian terhadap wanita,” katanya merujuk kepada video TikTok yang viral semalam. Selain itu, lagak Rosyam bercakap menggunakan bahasa samseng, dipercayai meniru watak ‘Tailong’ dalam filem KL Gangster 2 dilihat agak keterlaluan dalam video promosi untuk program keusahawanan kementerian itu.
Kedua-dua pihak baik dari kerajaan mahupun pembangkang dilihat tidak senang dengan dialog Rosyam yang didakwa memperlekehkan wanita. Dalam klip tersebut, Rosyam berkata wanita “sentiasa bangun lambat” dan bahawa “aku nak belasah kepala korang”, dengan Rina yang tersenyum melihat gelagat pelakon itu.
Isu ini turut disuarakan oleh YB Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said. Beliau yang menulis di hantaran Twitter nya berkata, “YBM, elok @KPWKM ditukar kpd “Kementerian Pembangunan Keluarga”, buang je perkataan “wanita”. Senang kerja. Rugi semua usaha Kem dlm isu Menentang Keganasan thdp wanita bagai Mencurah Air ke Daun Keladi. Kesian.
Namun melalui kenyataan balas Datuk Rosyam Noor menerusi portal Mstar, beliau berkata, perkataan yang ditutur tidak perlu difahami secara negatif, sebaliknya hendak dilihat dari sudut positif. “Program yang saya jalankan itu memberi semangat dan kesedaran untuk kaum wanita bangkit dalam perniagaan”.
Isu ini bila dilihat agak sensitif apabila melibatkan gender. Mungkin penggunaan bahasa untuk mempromosi boleh disusun dengan lebih kemas, memandangkan negara Malaysia terkenal dengan masyarakatnya yang berbudi dengan adab yang sopan kala tertutur. Apa pula pendapat pembaca setia kami?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tersentuh tengok telatah comel dan momen istimewa Datuk Mastura Yazid di samping cucu kesayangan, Wan Khair Amir. Bila anak-anak sudah meningkat dewasa dan berkeluarga, pastinya cucu menjadi ‘buah hati’ kebanyakan nenek mahupun datuk. Tidak terkecuali bagi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.
Putera sulung Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar ini tentunya menjadi cucu kesayangan Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid. Apatah lagi, Wan Khair Amir adalah cucu sulung!
Menerusi perkongsian di media sosial Datuk Mastura ada saja ‘terselit’ foto dirinya di samping Wan Khair Amir. Malah dalam salah satu posting, ibu tunggal empat anak ini meluahkan rasa kasih terhadap cucu tersayang.
“My love for you is infinite, my dear Khair Amir.”
Wan Khair Amir dilahirkan pada 10 Mei 2022. Mira Filzah berkahwin dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020.
Sejak pemergian suami tercinta, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad ke rahmatullah pada 5 Mei 2016, keempat-empat anak lelaki Datuk Mastura menggalas tanggungjawab arwah suaminya.
Biarpun tiada lagi suami untuk menjadi tempat mengadu dan bergantung, Datuk Mastura positif menempuh hari-hari mendatang.
Malah, ke mana saja dia pergi pasti kelibat empat anak tersayang sentiasa berada di sisi. Menjaga ibu mereka dengan penuh kasih sayang dan perhatian, anak sulung Datuk Mastura yang juga suami Mira Filzah ini komited menggalas tanggungjawab sebaiknya.
Suami Datuk Mastura yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB) meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016.
Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong dalam penerbangan ke Kuching yang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan setelah tiga minit berlepas.
Datuk Mastura dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar dikurniakan empat anak lelaki iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khabar duka tentang penyanyi terkemuka, keluarga Celine Dion baru-baru ini berkongsi perkembangan terbaharu kesihatannya yang kini bertarung dengan penyakit kejang otot sukar dikawal atau Sindrom Orang Kaku (Stiff Person Syndrome).
Perkembangan terbaharu kesihatan Celine didedahkan kakaknya, Claudette dalam temu bual bersama majalah Hello! Canada.
Menurut Claudette, 74, sekalipun tidak banyak yang mampu dilakukan bagi mengurangkan penderitaan sakit beliau, namun keluarga tetap setia menemani penyanyi itu.
Claudette memaklumkan, penyanyi berusia 55 tahun itu sering mengalami kekejangan otot yang mustahil untuk dikawal. Kerana itu katanya, mereka sekeluarga berada di sisi Celine untuk memberi sokongan dan semangat kepadanya.
Claudette yang kini tinggal bersama Celine dan tiga anaknya berkata, adalah sukar untuk menyatakan jika ada atau tidak penawar bagi penyakit tersebut. Berita tentang penyakit Celine Dion diumumkan sendiri oleh selebriti tersebut pada Disember lepas.
Menurut sumber Awani, Celine juga terpaksa membatalkan semua konsert jelajah dunianya termasuk beberapa konsert di Eropah susulan penyakit yang dihidapinya.
1) Sindrom Orang Kaku atau Stiff Person Syndrome adalah gangguan neurologi yang jarang berlaku dengan ciri penyakit autoimun.
2) Ia menjejaskan sistem saraf pusat dan boleh menyebabkan kekakuan seluruh badan serta kekejangan otot yang menyakitkan.
3) Ia pertama kali dikenali pada tahun 1920-an selepas doktor menggambarkan pesakit yang menghidap penyakit ini seperti ‘manusia kayu’.
4) Menurut pengarah di Institut Perubatan Johns Hopkins, Dr Scott Newsome, punca sebenar keadaan ini tidak jelas tetapi ia melibatkan sistem imun.
5) Sindrom ini tidak membawa maut, tetapi ia boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit dengan ketara. Dan seperti kebanyakan penyakit kronik, komplikasi yang berkaitan boleh menyebabkan jangka hayat pesakit menjadi pendek.
6) Dr Richard Nowak, pembantu profesor neurologi di Yale School of Medicine merumuskan, sindrom ini boleh menyerang sesiapa sahaja namun ia berisiko dihidap oleh mereka yang berusia antara 30 tahun hingga 60 tahun.
7) Sindrom ini dikaitkan dengan perkara yang boleh mengundang tekanan (stres).
8) Cenderung mengundang risiko kepada golongan wanita berbanding lelaki.
9) Tiada ubat untuk sindrom ini, justeru doktor memberi tumpuan kepada pengurusan gejala dan kesakitan.
10) Gejala yang lebih teruk dirawat dengan imunoterapi dan imunosupresan. Bagi rawatan kaedah alternatif, pesakit mungkin menjalani terapi tingkah laku kognitif dan psikoterapi lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!