Tiada jalan pintas untuk kurus! Itu ungkapan paling tepat bagi menggambarkan situasi yang dialami Syarifah Anne Syed Anuar sepanjang misinya mengejar berat badan ideal. Melihat susuk tubuh Anne sekarang, pasti ramai yang tidak menyangka wanita berusia 34 tahun ini dulunya pernah bertubuh gempal.

IKLAN

Meskipun berjaya mencapai berat badan yang diimpikan, Anne tanpa berselindung mengakui pernah menjadi ‘mangsa’ produk pelangsingan badan. Terpengaruh dengan iklan pil kurus yang dijual di pasaran selain mahu mendapat hasil yang cepat dan mudah, tindakan Anne tersebut nyata memerangkap dirinya sendiri.

“Sejujurnya dulu saya pernah amalkan ubat-ubat kurus. Tapi kesannya hanya sementara dan bagi saya, diet seimbang adalah lebih baik. Ubat-ubat kurus ni cuma beri kesan dalam masa singkat je dan kalau kita tak terus amalkan, berat badan boleh naik mendadak. Sepanjang ambil ubat dan pil kurus, kesannya agak menakutkan terutama bila jantung saya berdegup kencang dan rasa pening. Terus saya pergi jumpa doktor dan dinasihatkan untuk tak amalkan lagi pil berkenaan.”

“Jantung BERDEGUP KENCANG & PENING!” Wanita Ini Serik Ambil Pil Kurus, Berjaya Turun Berat Badan Secara Sihat
Keadaan Anne sekarang selepas kurus

“Pil yang Anne ambil itu dapat saranan daripada mana-mana doktor ke?” celah penulis. “Bukan, pil yang saya ambil tu kebanyakannya dijual secara online,” terangnya.

Daripada saiz XL, kini Anne sudah mampu memakai saiz yang jauh lebih kecil. Semuanya hasil pemakanan sihat dan diet seimbang serta rutin senaman yang konsisten. Nampak mudah, bukan? Hakikatnya tanpa semangat yang kental, segala-galanya hanya tinggal angan-angan.

“Jantung BERDEGUP KENCANG & PENING!” Wanita Ini Serik Ambil Pil Kurus, Berjaya Turun Berat Badan Secara Sihat
Perbezaan tahun lepas dan sekarang

“Berat saya sebelum ni 70 kg dan sekarang alhamdulillah, 56kg. Masa yang saya ambil untuk dapat berat sekarang cuma tiga bulan saja, mulai Julai 2017 hingga September tahun lalu. Memang banyak cabarannya untuk sampai ke tahap ni. Cabaran terbesar saya adalah bila terpaksa harungi sehala kritikan dan pandangan dari orang sekeliling yang suka mempersendakan niat saya untuk kurus.

Mungkin mereka fikir saya tak mampu dan berangan saja untuk turunkan berat badan. Paling sukar nak lupa bila ramai orang tegur fizikal diri saya yang makin gemuk. Memang malu sangat dan confident level pun merosot teruk. Bila berbadan besar, pergerakan diri jadi terbatas dan selalu rasa malas.

 

IKLAN

 

“Jantung BERDEGUP KENCANG & PENING!” Wanita Ini Serik Ambil Pil Kurus, Berjaya Turun Berat Badan Secara Sihat
Antara menu sihat Anne
“Jantung BERDEGUP KENCANG & PENING!” Wanita Ini Serik Ambil Pil Kurus, Berjaya Turun Berat Badan Secara Sihat
Menu pilihan oat Anne
“Jantung BERDEGUP KENCANG & PENING!” Wanita Ini Serik Ambil Pil Kurus, Berjaya Turun Berat Badan Secara Sihat
Menu Oat pilihan Anne

Ditanya individu yang menyokong usahanya untuk kurus, tanpa berfikir panjang Anne lantas menjawab, “Ibu saya. Beliaulah yang banyak beri semangat dan sokongan untuk saya turunkan berat badan. Setiap pagi jika hari cuti, ibu akan teman saya joging. Lebih-lebih lagi, dia memang tak suka anak-anaknya tak menjaga kesihatan diri.

IKLAN

Sebelum saya amalkan diet yang bersesuaian dengan diri, saya akan buat research terlebih dulu. Ambil tahu apa jenis pemakanan dan diet seimbang daripada sumber Internet juga daripada tip-tip yang pernah diamalkan rakan-rakan waktu mereka alami masalah berat badan. Biasanya pada waktu pagi saya lebih berselera dengan bersarapan oat. Tengahari pula saya makan nasi macam biasa cuma kurangkan kuantiti nasi dan banyakkan makan sayur-sayuran serta ulam-ulaman.

Kudapan yang paling saya gemar sekarang biasanya buah-buahan atau paling kurang pun buah tomato ceri. Waktu petang, saya akan ambil makanan berprotein seperti ayam dan sup sayur. Kalau masih rasa lapar, saya makan oat atau ambil buah-buahan. Malam, memang saya tak makan sebab waktu last saya makan adalah sebelum pukul 7.”

Sejak berkongsi kisah kejayaannya menurunkan berat badan, laman media sosial Anne kian menjadi perhatian sehingga ada yang menjadikan wanita ini sebagai rujukan untuk mendapatkan diet seimbang di samping menurunkan berat badan. Malah, Anne juga dilihat semakin aktif memuat naik hidangan sihatnya bersama rakan media sosial yang lain.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI