Membeli kain pasang bukan semudah membeli pakaian yang sedia dipakai kerana jika tersalah beli boleh membuatkan anda berasa rungsing dan bingung. Dalam membeli kain pasang, persoalan ukuran kain yang mencukupi amat perlu diambil berat. Ia bagi mengelakkan dari pembelian kain yang tidak mencukupi untuk dijahit kemudiannya. Hal ini selalu terjadi sekiranya anda membeli kain pasang yang telah siap digunting.

IKLAN

PASTIKAN MEMBELI KAIN PASANG DALAM UKURAN EMPAT METER BUKANNYA EMPAT ELA
Hati-hati dalam membeli kain yang telah digunting sepasang. Ini kerana terdapat kain yang telah dipotong tetapi tidak mencukupi untuk menghasilkan busana yang ideal. Sebagai contohnya, ada fabrik yang dijual hanya dengan empat ela sahaja. Empat ela bermaksud ia tidak sampai empat  meter. Diulang sekali lagi, empat ela bermaksud ia tidak sampai empat meter atau dalam erti kata lain, fabrik kain yang anda beli tidak mencukupi.

KESUKARAN UNTUK DIGUNTING BERDASARKAN FESYEN YANG DIINGINI
Sebenarnya, apabila ini terjadi, kain dan fabrik yang dibeli ini sukar untuk digunting bagi menghasilkan busana. Terutamanya bagi mereka yang berbadan besar. Malah bagi menghasilkan busana yang kembang seperti dress princess, baju kurung riau ataupun kebaya tradisi, ia adalah amat sukar. Ini kerana rekaan busana di atas memerlukan jumlah fabrik yang mencukupi iaitu empat meter. Empat meter ini diperlukan sekurang-kurangnya bagi mereka yang bersaiz sederhana besar.

Kadang-kadang Keliru Ketika Nak Beli Kain Pasang, Ikut Empat Tip Penting Ini!

EMPAT METER SETENGAH UKURAN IDEAL UNTUK MEMBELI KAIN
Bagi mereka yang bersaiz besar dan juga tinggi, empat meter setengah adalah ukuran yang paling cantik untuk menghasilkan busana yang diingini. Namun, jika anda inginkan corak-corak ataupun rekaan yang memerlukan fabrik yang lebih, ia boleh ditambahkan dengan menggunakan fabrik polos. Walau bagaimanapun, janganlah sesekali anda membeli fabrik yang mempunyai bidang 60 tetapi membelinya tidak cukup meter seperti anda hanya membeli empat meter setengah.

IKLAN

BERTANYA KEPADA TUKANG JAHIT ANDA UKURAN KAIAN ADALAH LANGKAH YANG BIJAK
Sebenarnya, jika anda ke kedai kain, pastinya pekedai akan mencadangkan kepada anda supaya hanya mengambil tiga meter setengah sahaja untuk menghasilkan sepasang baju. Tetapi hakikatnya, tiga meter setengah tidak mampu untuk menghasilkan sepasang busana. Apatah lagi jika fabrik tersebut mempunyai corak yang berjalur-jalur dan mempunyai corak yang berkaki. 3 meter setengah hanya boleh dibuat jubah labuh sahaja yang mempunyai kembang yang besar. Jika anda inginkan keselesaan, pastinya empat meter kain perlu digunakan.

IKLAN

Jalan penyelesaian yang paling mudah berkaitan permasalah di atas, anda perlu bertanya dahulu mereka yang menjahit baju dengan design yang anda inginkan serta berapa meter kain diperlukan. Bukannya anda bertanya kepada peniaga kain. Sebaliknya anda bertanya kepada tukang jahit anda terlebih dahulu. Biasanya, penjahit tersebut akan dapat memberikan anggaran yang tepat berapakah meter kain yang diperlukan untuk anda. Justeru, segala pembaziran ketika pembelian fabrik kain anda dapat diminimakan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI