Rasanya seakan masih segar lagi pertemuan Nona dengan adik-beradik selebriti Neelofa sewaktu penggambaran cover depan, Januari lalu. Teringat salah satu impian kakaknya iaitu Noor Nabila mahu berusaha menimang cahaya mata sendiri tahun ini.

IKLAN

Tiga hari lepas, teka-teki peminat tentang berita kehamilannya terjawab apabila dia berkongsi gambar imbasan kandungannya di laman Instagram.

Kandungan Cecah 3 Bulan, KAKAK NEELOFA Ini Umum Bakal Timang Zuriat Tak Lama Lagi!

Nabila turut meluahkan rasa syukurnya dengan kehamilan tersebut yang dianggap sebagai anugerah terindah buatnya dan suami.

“Alhamdulillah  berkat doa semua, kami dianugerahkan rezeki dan hadiah terindah dari Allah SWT. Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan baby sihat sempurna, insyaAllah,” tulisnya pada kapsyen.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian para pengikut di laman Instagramnya dan dihujani dengan ribuan ucapan tahniah dan doa.

IKLAN

Sementara itu, Sharnaaz juga turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu sebab kenapa mereka mengambil masa untuk mengumumkan berita tersebut.

Kandungan Cecah 3 Bulan, KAKAK NEELOFA Ini Umum Bakal Timang Zuriat Tak Lama Lagi!

IKLAN

Kandungan Cecah 3 Bulan, KAKAK NEELOFA Ini Umum Bakal Timang Zuriat Tak Lama Lagi!

“Sebelum ini ramai yang bertanya, tetapi belum masanya untuk kami berkongsi kerana masih terlalu awal. Alhamdulillah, kandungan isteri baik membuatkan kami tidak mahu bertangguh lagi untuk berkongsi berita gembira ini,” katanya tentang kandungan isteri yang kini berusia tiga bulan.

Noor Nabila, 33, yang juga isteri kepada pelakon tampan, Sharnaaz Ahmad telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017. Kakak kedua Neelofa ini juga merupakan Pengarah Urusan NH Prima International Sdn. Bhd. yang menerajui jenama popular, Naelofar. Tahniah Nabila!

Kandungan Cecah 3 Bulan, KAKAK NEELOFA Ini Umum Bakal Timang Zuriat Tak Lama Lagi!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI