Bagaimana bentuk payudara boleh berubah? Daripada bentuk yang sebelumnya bulat, pejal, montok dan menggiurkan kini bertukar menjadi kendur bagaikan buah betik masak ranum?

Menurut Pakar Pembedahan Onkologi dan Pengarah di Breast Fellowship Program, Dr. Richard Bleicher, banyak pengaruh yang menyebabkan aset anda susut nilainya. Perubahan bentuk ini juga turut menyatakan sesuatu tentang tubuh serta tahap kesihatan anda dari semasa ke semasa.

IKLAN

(1) Hubungan Intim

Sewaktu sesi bersama suami, degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat, sekali gus menyebabkan payudara lebih menonjol. Kajian daripada Rutgers University turut mendapati terdapatnya kaitan bahagian otak yang sama terhadap rangsangan di bahagian puting dan klitoris. Ini juga menjelaskan bagaimana wanita boleh mencapai orgasma hanya melalui stimulasi payudara.

(2) Fasa Follicular & Luteal

Kenapa Waktu Remaja, Payudara Elok Terletak Tapi LEPAS KAHWIN & BERSALIN, Labuh Macam Buah Betik Masak?

Kitaran menstruasi wanita terbahagi kepada dua iaitu fasa follicular dan fasa luteal. Sewaktu fasa follicular ini (5–7 hari selepas haid), paras estrogen dan progesteron menurun dengan banyak. Manakala pada fasa luteal (selepas ovulasi), peningkatan hormon akan meningkat sekali gus membuatkan saiz payudara anda membesar dan terasa lebih padat.

(3) Pil Perancang Kehamilan

Apabila pil ini dicipta, kandungan dos estrogen yang tinggi membuatkan payudara wanita tiba-tiba membesar. Tapi hari ini, dos pil perancang kehamilan telah dikurangkan kira-kira 1/5 daripada dulu, namun masih menyebabkan saiz payudara lebih besar daripada sebelumnya. Estrogen juga boleh mendorong masalah pembendungan air dan meningkatkan rasa sakit di bahagian payudara.

(4) Kehamilan

Kenapa Waktu Remaja, Payudara Elok Terletak Tapi LEPAS KAHWIN & BERSALIN, Labuh Macam Buah Betik Masak?
Daily Mirror

Perubahan payudara yang berlaku sewaktu kehamilan menunjukkan ia sedang bersedia untuk proses penyusuan. Salur pembuluh darah, duktus dan lobus di dalam payudara akan berfungsi untuk menghasilkan serta menyalurkan susu kepada bayi. Proses ini akan menyebabkan payudara terasa tegang, berat dan saiz mangkuk coli bertambah. Bahagian areola dan puting juga mengembang.

(5) Penyusuan Bayi

Kenapa Waktu Remaja, Payudara Elok Terletak Tapi LEPAS KAHWIN & BERSALIN, Labuh Macam Buah Betik Masak?

Selepas melahirkan bayi, anda akan mengalami peningkatan hormon prolaktin yang memberi isyarat kepada kelenjar mammary untuk menghasilkan susu. Apabila menyusukan bayi, banyak perkara yang merangsang prolaktin dan proses milk letdown seperti tangisan dan sentuhan si manja. Kenakan coli penyusuan yang sesuai bagi menyerap lelehan susu pada waktu ini.

IKLAN

(6) Berat Badan

Kenapa Waktu Remaja, Payudara Elok Terletak Tapi LEPAS KAHWIN & BERSALIN, Labuh Macam Buah Betik Masak?

Payudara terhasil daripada tisu-tisu termasuklah tisu lemak serta lobus dan duktus untuk penyusuan bayi. Apabila berat badan bertambah, saiz payudara juga membesar. Apabila berat menurun, ia juga mengecut mengikut jumlah lemak. Jumlah lemak ini pula bergantung pada komposisi payudara wanita dan ia berbeza di antara satu sama lain.

(7) Kafein

Pengambilan kopi yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan payudara anda. Sesetengah tisu payudara wanita sensitif terhadap kafein dan boleh menyebabkan masalah fibrosis, seperti tumor yang tidak berbahaya. Ada yang merasakan kesakitan tanpa sebab, yang sebenarnya disebabkan oleh lebihan kafein di dalam tubuh.

IKLAN

(8) Senaman

Kenapa Waktu Remaja, Payudara Elok Terletak Tapi LEPAS KAHWIN & BERSALIN, Labuh Macam Buah Betik Masak?

Sebenarnya rejim mengangkat berat tidak akan menjejaskan payudara kerana ia terletak di atas otot pektoral. Tetapi, aktiviti fizikal seperti berjoging atau yang melibatkan banyak pergerakan seperti aerobik boleh membuatkan ia melantun, ke atas dan ke bawah. Ini pentingnya pemakaian coli sukan untuk mengurangkan sehingga 78% lantunan sewaktu bersenam.

(9) Implan

Terdapat dua teknik untuk memasukkan implan payudara; implan dimasukkan di bawah otot pektoral dan ‘subglandular’, iaitu di bawah tisu payudara. Meskipun pemakaian implan sepatutnya membuatkan payudara anda lebih besar, namun ia juga menyebabkan implan menekan tisu dan merosakkannya dari semasa ke semasa.

(10) Menopaus

Disebabkan payudara adalah tisu yang sensitif terhadap hormon wanita, ramai yang beranggapan ia akan mengecil apabila berlakunya menopaus. Pandangan ini salah kerana saiz payudara sebenarnya terjejas akibat aktiviti fizikal dan massa otot yang kian berkurangan.

Payudara kendur pula berlaku akibat penuaan, selain tindak balas ‘Cooper’s Ligament’ (tisu yang berfungsi seperti coli sokongan) yang semakin lemah. Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI