•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ilmu itu bersifat dinamik dan tidak tetap. Sabda Rasulullah SAW, “Ajarilah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup di zaman mereka bukan pada zamanmu.”

Sewaktu kita kecil dahulu, kita pasti terfikir bagaimana komputer boleh membantu kita dari segi pelajaran dan ilmu pengetahuan. Tapi kini, peralatan teknologi sudah tidak asing lagi. Anak-anak kecil yang berusia tidak sampai satu tahun pun sudah mula diajar menggunakan peranti teknologi seperti tablet iPad.

Dalam satu artikel New York Times, wartawan Nick Bilton telah menemu bual pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Job. Menurut Steve, dia mengehadkan penggunaan peralatan peranti kepada anak-anaknya kerana dia tahu, ia memiliki kesan negatif terhadap anak-anaknya.

“So your kids must love the iPad?”

Jobs responded: “They haven’t used it. We limit how much technology our kids use at home. My kids accuse me and my wife of being fascists and overly concerned about tech, and they say that none of their friends have the same rules… That’s because we have seen the dangers of technology firsthand. I’ve seen it in myself, I don’t want to see that happen to my kids.”

Namun, sebagai ibu bapa, anda mungkin boleh memantau atau mengehadkan penggunaan tablet kepada mereka kerana segelintir perisian atau Apps sebenarnya boleh membantu pembelajaran anak-anak.

(a) Muzik

Aplikasi pembangunan sering kali mengejutkan dunia kemanusiaan. Pemilihan Apps yang tepat boleh mencipta sesuatu yang membina kepada manusia.

  • Anak-anak boleh menggubah muzik sendiri atau merakam lagu dengan hanya menggunakan aplikasi seperti Sound Track.
  • Malah, mereka juga boleh memuat turun lagu-lagu menarik dan berinformasi dengan mudah.
  • Pelbagai alat muzik maya boleh dipraktikkan dengan hanya menggunakan tablet di rumah.

(b) Komunikasi video

Sewaktu kecil, kita dibiasakan dengan kelompok di dalam kelas. Guru-guru juga menggalakkan para pelajar mempunyai rakan pena dari luar negara. Surat juga dihantar melalui pos.

  • Tapi dengan peranti moden, anak-anak boleh menggunakan panggilan video untuk berbual dengan rakan pena.
  • Lebih menyeronokkan, mereka juga boleh melihat pelbagai video lain sebagai langkah pendidikan yang lebih berkesan.
  • Lebih menjimatkan.
  • Di sinilah anda sebagai ibu bapa perlu memantau anak-anak.

(c) Sains

Terdapat banyak aplikasi yang mendekatkan anak-anak ke dunia sains misalnya Apps Star Walk yang terdapat di dalam iPad.

  • Dunia sains menjadi lebih ‘hidup’ serta memudahkan anak-anak memahami kejadian alam.
  • Ia juga menjawab setiap persoalan yang bermain di minda anak-anak.

(d) Presentations

Pengucapan awam adalah skil penting untuk dipelajari.

  • Jika dahulu presentation kita menggunakan Microsoft PowerPoint, kini anak-anak boleh membuat presentation menggunakan tablet. Mereka juga boleh melukis, menulis serta meletakkan animasi secara terus di dalam presentation itu.
  • Apabila selesai, mereka boleh terus e-mel kepada guru.

(e) Penulisan

Blog adalah lapangan terbaik untuk anak-anak meningkatkan skil penulisan.

  • Penulisan di atas kertas boleh menjadi sedikit membosankan kerana tidak ada tindak balas daripada pihak ketiga.
  • Menerusi hasil tulisan di blog, anak-anak boleh mendapat komen terus daripada pembaca. Dengan cara ini, mereka akan mengetahui di mana kekurangan mereka sebagai penulis.

(f) Foto

Seni fotografi bukan datang dengan sendirinya. Kreativiti seseorang yang menjadikan foto itu berseni dan indah.

  • Setiap peranti kini didatangkan dengan kamera yang dapat menghasilkan gambar yang cantik.
  • Oleh itu, anak-anak boleh cuba menggunakan kamera yang ada dan mengambil seberapa banyak gambar yang disukai. Ia boleh disimpan dan menjadi memori untuk mereka.
  • Malah, hasil kerja mereka juga boleh dikongsi bersama rakan-rakan lain di dalam kelas.

(g) e-Book

Buku teks tinggi harganya. Ia juga tidak mesra alam. Kesan negatif dari buku teks adalah apabila sesuatu informasi sudah lapuk, versi baru pula perlu dihasilkan. Ini melibatkan lebih banyak penggunaan kertas.

  • Dengan e-Book, anak-anak sendiri mendapat informasi terkini malah lebih menarik perhatian anak-anak untuk terus membaca!

(h) Skil komputer

Dunia kini dijalankan oleh komputer. Semakin tinggi ilmu pengetahuan mereka di dalam teknologi maklumat, mereka semakin bijak menggunakannya dengan baik.

  • Jika diberikan seorang satu tablet kepada pelajar, mereka lebih terdedah (dengan cara positif) dengan cara kerja di alam pekerjaan satu hari nanti. Mereka juga tahu bagaimana untuk menggunakan informasi di dalam Internet untuk menyelesaikan persoalan.

(i) Pilihan

Secara psikologi, anak-anak ADHD boleh mendapat cara pembelajaran berbeza melalui penggunaan tablet.

  • Baik informasi mahupun permainan video, ia boleh menguji kecekapan mata dan minda mereka secara tidak langsung.

(j) Bahasa antarabangsa

Anda mahu anak-anak mempelajari bahasa lain tetapi tidak bertemu dengan guru yang sesuai? Muat turun Apps untuk mempelajari bahasa Mandarin dan Belanda.

  • Setelah fasih, mereka juga boleh bersembang dengan rakan pena dari luar negara. KR

Artikel Berkaitan

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: