Karipap, Kuih Seri Muka, Lepat Liat, Pulut Panggang, Kuih Lopes semuanya memang menjadi favourite Nona. Dapat pula nikmati kuih tradisi ini dengan secawan kopi. Aduh, tak terdaya hendak lawan godaan kuih-muih ini.

Tidak dinafikan, kuih tradisi yang dihasilkan generasi dahulu agak renyah dan memerlukan sukatan yang betul baru menjadi. Tapi kalau sudah minat, mahu atau tidak kena juga belajar. Mana tahu lepas ini boleh tambah pendapatan dengan menjual kuih.

IKLAN

Berikut, penyediaan resipi Puding Karamel dan Kuih Cara Manis yang patut anda cuba. Yang penting, mudah dan cepat!

Lembut & Rasa Manis Sekata. Resipi Kuih Tradisi Yang Tak Lapuk Ditelan Zaman. Jom Cuba!

PUDING KARAMEL

Bahan-bahan puding:

  • 5 biji telur (saiz sederhana)
  • 1 tin susu cair
  • 150 ml air
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan kuah karamel:

  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara membuat:

Sediakan bahan-bahan untuk kuah karamel dengan memasukkan gula dan air ke dalam kuali. Biarkan gula hangus hingga keperangan sebelum dituang ke dalam loyang. Sejuk dan asingkan. Sementara itu, di dalam mangkuk satukan semua bahan membuat puding. Kacau perlahan hingga tidak berbuih. Pastikan kuning telur pecah sebati dan kemudian ditapis. Tuang ke dalam loyang karamel tadi. Sesudah itu, kukus selama 45 minit atau hingga masak. Tutup loyang puding dengan pembalut aluminium dengan suhu 180 darjah Celsius. Apabila sudah masak, sejukkan seketika sebelum diterbalikkan. Siap untuk dinikmati.

Lembut & Rasa Manis Sekata. Resipi Kuih Tradisi Yang Tak Lapuk Ditelan Zaman. Jom Cuba!

IKLAN

KUIH CARA MANIS

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan kelapa
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • Pewarna hijau
  • Gula secukupnya
  • Garam
  • Minyak masak

Cara membuat:

Cuci bersih daun pandan dan potong kecil. Kemudian kisar bersama santan dan ditapis. Satukan bersama tepung gandum, 2 ke 3 titik pewarna hijau dan telur. Kacau rata dan bubuh garam secukup rasa. Tapis adunan tadi dan ketepikan. Panaskan terlebih dahulu acuan kuih cara atas dapur dan kecilkan api apabila telah panas. Oles minyak masak pada bekas acuan dan isi adunan tadi dalam bekas bermuncung untuk dituang ke dalam setiap acuan hingga penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih dengan anggaran 1/3 sudu teh. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk dan masak hingga kuih berwarna pucat dan tidak melekat apabila disentuh. Keluarkan dari acuan dan sejukkan. Ulangi langkah sama hingga selesai. Siap untuk dinikmati.

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI