Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk tidur. Sudah pasti tempoh tersebut perlu digunakan sebaiknya bagi merehatkan badan dan minda setelah penat bekerja seharian.

Memperoleh tidur yang cukup dan selesa dapat mengembalikan semula tenaga yang telah digunakan pada hari sebelumnya. Bagi memastikan anda mendapat manfaat tersebut, keadaan tilam memainkan peranan penting agar anda dapat beradu dengan selesa. Ini kerana tilam bukan hanya sebagai hamparan untuk melelapkan mata sebaliknya turut berguna bagi menyokong dan menampung tulang belakang dan kesihatan otot.

Justeru, panduan berikut amat berguna untuk menjaga keempukkan tilam anda.

1. ALIH POSISI TILAM

Pastikan anda mengalih posisi tilam setiap 6 bulan sekali. Terbalikkan ia agar bebanan berat badan tidak tertumpu pada satu tempat sahaja.

2. PELAPIK TILAM

Gunakan pelapik yang dapat menutupi permukaan tilam (mattress cover). Penggunaannya dapat melindungi debu dan kekotoran daripada terus hinggap ke permukaan tilam. Selain itu, ia juga dapat menghalang tilam daripada cepat koyak.

3. KOTORAN

Jangan biarkan cecair atau kotoran tumpah di tilam anda. Jika berlaku, segeralah bersihkan tilam dengan menggunakan syampu khas dan span. Anda boleh keringkan kotoran tersebut samada dijemur atau menggunakan pengering rambut

4. LIPAT TILAM

Elakkan melipat tilam anda. Tindakan tersebut akan menyebabkan tilam cepat rosak terutama spring di dalamnya.