• Walaupun Dubrovnik kurang popular berbanding destinasi lain seperti Santorini di Greece atau Amalfi di Itali, tapi ia merupakan sebuah kota lama yang kukuh terpelihara sejak abad ke-11.
  • "Perjalanan membuatkan saya sedar bahawa kehidupan ini hanyalah sementara dan kita wajib menghargai semua kurniaanNya. Sebab itu orang kata, semakin jauh kita berjalan, semakin dekat kita dengan Tuhan.”
  • Jika sebelum ini anda sering memilih percutian bertemakan alam semula jadi, alihkan seketika kompas percutian anda ke DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur yang terletak di kawasan segi tiga emas kota metropolitan ini.
  • Republik Sri Lanka pernah masyhur dengan nama Langkapura dan Ceylon. Lokasinya yang terletak di tengah laluan laut utama menjadikan negara ini sebagai pusat tumpuan ekonomi, agama serta kebudayaan rakyat berbilang bangsa.
  • Servis yang ditawarkan rangkaian Lexis Hotels and Resorts tidak pernah mengecewakan. Bertapak kukuh dalam industri perhotelan di negara ini terutamanya dalam mengendalikan unique water chalets dan pool villas, Lexis Hotels and Resort kini menakluki Port Dickson dengan pembinaan tiga buah hotel dan resort iaitu Lexis, Grand Lexis dan terbaharu, Lexis Hibiscus
  • Gugusan negara-negara Timur Eropah bukan sahaja terkenal dengan keindahan seni binanya, malah menyimpan warisan sejarah purbakala dan seni kebudayaan yang tinggi.
  • Menghampiri pusat tumpuan Kuala Lumpur Sentral, tersergam megah menara 35 tingkat Hilton Kuala Lumpur. Berada di tengah-tengah lokasi strategik yang dikelilingi bangunan pejabat korporat dan hab pengangkutan awam Stesen Sentral Kuala Lumpur menjadikannya destinasi penginapan pilihan para pelancong dalam dan luar negara.
  • Pengembaraan berkonsepkan 'outdoor' serta melibatkan aktiviti lasak jarang menjadi pilihan wanita berbanding destinasi pelancongan membeli-belah.
  • Mewah, strategik dan layanan first class! Di InterContinental Kuala Lumpur, anda mampu menikmati percutian glamor kerana bukan hanya dihidangkan dengan kemudahan bertaraf lima bintang.
  • Bercakap tentang percutian, kita selalu membayangkan pergi bersama keluarga atau pun teman. Pergi sendiri? Tak mungkin apatah lagi wanita, tentunya soal keselamatan diri menjadi taruhan.
  • Selepas berhenti kerja tahun 2012, dia mengambil keputusan melancong sendirian di sekitar negara Eropah selama sebulan.
  • Bukan perkara biasa satu ketika dulu namun hari ini istilah solo traveller sudah merujuk kepada golongan wanita. Menariknya ia bukan wanita luar negara saja tapi kaum hawa dari negara kita sudah berani keluar mengembara menjelajah serata pelusok dunia sendirian!
  • Salah satu masalah kaum wanita apatah lagi jika sudah berkeluarga ketika hendak pergi bercuti adalah untuk mengemaskan barang. Sering terjadi barang yang perlu dibawa berlebihan dan tidak dapat dimasukkan di dalam beg.
  • Detik-detik percutian di Dubai menyimpul kenangan terindah buat kami suami isteri. Biarpun berjauhan, namun sesekali bertemu bagaikan momen indah berbulan madu.
  • Grand Plaza Serviced Apartments adalah merupakan kompleks hotel atau pangsapuri yang terbesar di Bayswater yang menawarkan penginapan pangsapuri berkonsep keluarga London dengan keselesaan dan perkhidmatan hotel bertaraf empat bintang.
  • Perjalanan di ibu kota Kuala Lumpur menuju ke Cherating yang terletak di negeri Pahang mengambil masa kira-kira 4 jam. Sebaik sahaja tiba di lokasi, penat sepanjang perjalanan terubat dengan sambutan dan layanan mesra para pekerja Club Med.
  • Tidak lengkap sesebuah percutian itu jika tidak membeli barangan yang ditawarkan di luar negara. Pastinya, destinasi bebas cukai menjadi pilihan para pelancong.
  • Lari daripada hiruk-piruk ibu kota dengan menikmati keindahan alam semula jadi di Casabrina Vacation Villa. Terletak di Raub, Pahang pusat peranginan ini pastinya menjanjikan seribu satu pengalaman manis buat pengunjung. Villa penginapan 6 bintang ini direka berasaskan senibina Bali.
  • Berkelana ke ibu negara Perancis, tentunya menjentik rasa cinta yang luar biasa. Kota Paris yang turut dikenali sebagai Île-de-France tersebut dihuni anggaran 11.5 juta penduduk dan menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di dunia.
  • Lokasi hotel Puri Mas terbahagi kepada dua yang mana bahagian resort terletak di tepi pesisir pantai Mangsit manakala bahagian spa pula berada di dalam kawasan perkampungan yang terletak kira-kira dua kilometer dari resort.
  • Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Lombok mengambil masa lebih kurang tiga jam. Menaiki pesawat Air Asia menjadikan segala-galanya lebih mudah. Saat berada di awan nan biru ini andai perut anda berkeroncong, usah risau kerana dengan hamparan menu yang disediakan anda boleh memilih mengikut cita rasa anda. Untuk pengetahuan, Air Asia terbang ke Lombok setiap hari tujuh kali seminggu.
  • Biarpun menghuni kawasan kota yang sentiasa sibuk, namun keselesaan di hotel ini seakan melenyapkan keletihan anda. Reka bentuk bangunan yang mempunyai 513 buah bilik dan suite berkonsep kontemporari ini mengisi ruang di antara ibu kota Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, memudahkan perjalanan anda untuk bersiar-siar mahupun bekerja.
  • Terkenal sebagai pelabuhan terkenal dengan pesisiran pantainya yang indah, Sydney turut diselimuti keindahan alam semula jadi buat penggemar acara outdoors. Nikmati momen bulan madu sambil menaiki feri yang melintasi Sydney Opera House dan Harbour Bridge, berkayak di tepo pantai atau berkelah dalam suasana romantis di Bondi Beach.
  • Percutian di kala kesibukan melanda sememangnya satu terapi hebat buat wanita bekerjaya. Bayangkan hujung minggu bertemankan keluarga tersayang dan segala-galanya tersedia dalam satu lokasi.
  • Mengembara ke negara orang bukan hanya menambat kenangan terindah buat si pengembara, malah menjadi tambahan ilmu pengetahuan. Menyelongkar keindahan alam semula jadi di Tokyo membuatkan sesiapa sahaja akan jatuh hati dengan bumi matahari terbit ini.
  • Memiliki populasi penduduk yang sedikit, tiada tol berbayar, jalan raya yang tidak sesak, keindahan alam dengan dataran luas dan tasik membiru yang jernih serta pergunungan yang menghijau cukup menakjubkan!
  • Percutian bersama yang tersayang pasti lebih bermakna sekiranya dikelilingi suasana alam semula jadi. Berbicara mesra dan bercanda ria pasti lebih mengasyikkan! Deruan angin dan buyi ombak menghempas pantai bagaikan irama terapi diri. Resort ikonik bertaraf lima bintang ini pasti membuai fantasi diri anda.
  • Lokasi pilihan kami pada hari pertama di Paris tentunya ke struktur terkenal dunia dan lambang kebanggaan negara Perancis, Menara Eiffel. Tiket ke Eiffel Tower telah dibeli awal secara online di Malaysia kerana tidak mahu beratur panjang untuk membeli ti ket di kaunter.
  • Bukan hanya anugerah flora dan fauna menjadi keutamaan perjalanan anda dan keluarga tetapi penginapan selesa juga turut diberi perhatian. Ombak Villa by Langkawi Lagoon Resort adalah antara resort yang sering menjadi buah mulut di bibir pelancong. Sesekali berkunjung ke tanah Mahsuri ini, pastinya anda mahukan pengalaman yang terbaik.
  • Istimewanya di sini, Grand Lexis telah dianugerahkan oleh Malaysian Book of Records sebagai salah sebuah resort bertaraf lima bintang yang mempunyai 317 kolam renang peribadi di setiap vila. Anda boleh menikmati momen indah secara peribadi dengan penuh ketenangan. Terutama, bagi kita yang beragama Islam atau sesiapa yang mementingkan privasi, aurat dan sebagainya, lokasi ini boleh memenuhi impian percutian anda dengan penuh keselesaan dan kemewahan.
  • Lapan jam berada di atas awan menaiki pesawat Airbus A330- 300 milik Air Asia X sedikit pun tak terasa kerana hati melonjak kegembiraan. Rasa gayat dan takut yang selama ini menghantui penulis setiap kali menaiki kapal terbang juga hilang dengan sendirinya.
  • Rumah indah ini adalah kediaman rasmi Gabenor Negeri Melaka. Setelah mengalami transformasi sebagai boutique villa, aura pesonanya begitu gah sehingga vila ini pernah menjadi tempat persinggahan bintang Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan.
  • Berkongsi cerita bersama penulis buku masakan terkenal iaitu Cef Sue M Arukin, pengalamannya berkunjung ke beberapa buah daerah di utara China sungguh menyeronokkan. Bersama lima belas ahli rombongan yang terdiri daripada ahli perniagaan wanita, Sue memulakan bicaranya.
  • Borneo merupakan satu daerah yang masih tebal dan kaya dengan khazanah alam semula jadi serta terkenal dengan keunikan budaya. Lantas menjadi destinasi pelancongan pilihan yang boleh anda jelajahi bersama AirAsia. Berkeluasan 743,300km persegi, Sabah dan Sarawak sememangnya terkenal sebagai destinasi unik untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.
  • Jika Melaka terkenal dengan kesan sejarahnya, negeri Johor Darul Takzim pula popular dengan keunikan budaya seperti tarian kuda kepang dan zapin serta makanan tradisinya, telur pindang. Melancong ke negeri selatan tanah air ini seakan tidak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke beberapa tempat menarik yang ada di sini.
  • Pulau Lombok yang terletak di Indonesia merupakan destinasi peranginan terbaru yang perlu anda lawati terutama buat pencinta alam semulajadi. Kehijauan tumbuh-tumbuhan dan gunung-ganang yang melatari kebiruan laut yang terbentang luas menyediakan satu pemandangan yang cukup indah dan berharga buat pengunjung.
  • Ajal maut dan jodoh pertemuan segalanya di tangan Tuhan. Kunjungan pertama kali Nur Atiqa Zakariyah bersama ibunya ke Turki tiga tahun lalu memahat memori indah yang tidak akan dilupakan gadis molek ini. Jelasnya, detik itulah beliau telah bertemu jodoh dengan seorang jejaka Turki yang kini bergelar suaminya.
  • Mungkin ramai yang tidak tahu negara Myanmar atau dikenali sebagai Burma suatu masa dahulu mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik. Rata-rata pelancong yang pernah berkunjung ke sini menggelarnya sebagai Tanah Emas.
  • Siapa tidak kagum dengan keindahan pulau lagenda, Pulau Langkawi. Pemandangan laut yang membiru dilatari bentuk muka bumi penuh kehijauan menjadi santapan mata pengunjung. Curi masa terluang anda untuk bermalam di The Danna Langkawi. Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini menyediakan perkhidmatan perhotelan terbaik yang bisa membuatkan anda tersenyum lebar.
  • Penat bertungkus-lumus menyiapkan tugasan di pejabat sepanjang hari? Jom, rehatkan diri anda dengan menikmati ketenangan di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur. Keletihan anda pasti terubat menyaksikan panorama indah kota metropolitan ini pada waktu malam.
  • Namanya sahaja sudah cukup menggambarkan keunikan dan kemegahan seni bina masjid ini. Untuk pengetahuan, Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
  • Masih tercari destinasi percutian keluarga hujung tahun ini? Infomasi yang bakal kami dedahkan mengenai kemeriahan kota Melbourne, Australia mungkin jawapan kepada persoalan anda.
  • Jika disebut tentang syurga beli-belah, pasti terlintas di fikiran bandar raya London, Paris dan New York. Namun, tahukah anda Taipei juga mempunyai pelbagai destinasi beli-belah yang hebat? Benar, bandar raya ini amat terkenal sebagai syurga membeli-belah terunggul. Ini kerana di negara tersebut sarat dengan pusat beli-belah elit, pasar malam dan pasar borong fesyen yang tentunya memberikan pelbagai pilihan kepada pengunjung.
  • Mengembara sentiasa menjadi agenda penting Hana Yusuff setiap tahun. Jika tidak bersama keluarga, wanita jelita ini pasti melayari hobi istimewa ini bersama suami tercinta. Baginya dunia ciptaan Allah memang terlalu indah dan tiada penghujungnya. Ikuti catatan jurnal perjalanan Hana di Itali, menerokai sisa sejarah medieval di kota Rom, Venice, Milan dan Vatican City sambil membeli-belah di lokasi yang terkenal sebagai kota fesyen dunia tersebut.
  • Setiap pasangan yang baru bergelar suami isteri pasti mencari-cari destinasi bulan madu terbaik bagi melakar momen-momen indah bersama. Sama ada memilih di dalam mahupun luar negara, semuanya terpulang kepada anda mengikut cita rasa dan kemampuan masing-masing. Pun begitu, mengapa perlu berbelanja ke luar negara jika bulan madu di Malaysia juga menarik dan bertaraf dunia? Bagi yang mahu menikmati keindahan pulau-pulau dan pantai di Malaysia, berikut adalah 6 destinasi bulan madu buat anda.
  • Menghargai saat-saat bahagia bersama yang tersayang adalah satu perancangan terbaik. Percutian hebat tidak semestinya membawa anda dan pasangan ke luar negara atau menikmati angin laut yang menghembus bayu. Tetapi, keindahan sebuah percutian boleh dinikmati dengan penginapan di sekitar bandar raya.
  • Puas membelek risalah percutian satu per satu? Pernah terfikir untuk menikmati suasana percutian tenang dan penuh simfoni? Laluan anda melewati kesibukan kota sekitar Petaling Jaya terubat dengan penginapan di One World Hotel bertaraf lima bintang. Setiap kemudahan yang disediakan menjadi keperluan yang tidak perlu anda harapkan di tempat lain.
  • Pelik juga apabila kita dapat menikmati keindahan pantai di tengah ibu kota. Apa lagi apabila sebuah hotel menawarkan kunci ketenangan kepada anda yang penat dan sibuk menguruskan kerja-kerja di pejabat. Namun, itulah keistimewaan Mines Wellness Hotel yang terletak di Mines Resort City, Seri Kembangan.
Kelab Safi Rania Gold
#
A heart of gold issue... Cerita kemanusiaan. Realiti kesusahan. Kisah bangkit dari kejatuhan. Dapatkan Nona edisi Mac 2016 di pasaran.
PERSONALITI FESYEN CANTIK LIFESTYLE
Tetamu Tip Bual Cantik Dekor
Wanita Cemerlang Selebriti Makeover Destinasi
Galeri Ikon Fesyen Tip Solekan Resipi
Pentas Fesyen Nota Cantik Restoran Pilihan
Scene! Kesihatan+Pemakanan