• Kemewahan aneka juadah dan suasana indah tatkala menjamu selera di ruang makan, Charcoal nyata tidak menghampakan sebaik anda menikmati kepelbagaian cita rasa klasik, Barat dan Jepun yang disediakan barisan cef berpengalaman diketuai Executive Chef, Cef Tang Chee Keong dan Executive Sous Chef, Cef Hussian Bavutty.
  • Kemeriahan Ramadan kian terasa dan sempena menyambut keberkatan bulan penuh mulia ini, Swiss-Garden Hotel & Residences kembali dengan aneka bufet Ramadan menyelerakan bermula 27 Mei ini sehingga 24 Jun 2017.
  • Unik dan tersendiri, ruang makan Melur & Thyme yang terletak di aras 5 pusat beli-belah Nu Sentral Kuala Lumpur menghidangkan 1001 rasa memikat yang pasti menjemput selera anda tatkala berkunjung ke sini.
  • Kafe Bonda ini telah beroperasi semenjak tahun 2008 lagi. Sememangnya pemilihan nama kafe ini cukup menarik dan mudah diingati.
  • Kedudukannya yang berada berdekatan Bukit Bintang dan pusat beli-belah popular seperti Berjaya Times Square, Lot 10, Plaza Low Yat dan Plaza Sungei Wang memudahkan para pengunjung untuk beriadah.
  • Luangkan petang anda bersama insan tersayang dan biarkan mereka menikmati keselesaan dan suasana santai di sini. Di Garage 51, secawan kopi merupakan minuman wajib dipesan.
  • Pastinya sudah ramai mengenai Ben’s. Menempatkan jenama ini di pusat membeli-belah terkenal negara seperti Suria KLCC, Ben’s memahat moto “to eat is to love” buat anda yang ingin ke sini. Ben’s Malaysia dilihat sebagai sebuah restoran yang mampu menanam memori dalam bentuk persembahan hidangan dan peneman setia.
  • Hiruk pikuk kota ada kalanya memberikan keresahan kepada kita. Ramai memilih untuk membeli-belah sebagai alasan meredakan stres tetapi lebih ramai yang gemar mencari tempat-tempat menarik untuk menikmati hidangan enak. Ya, Hotel Istana bukan sahaja tempat inapan sementara yang menjanjikan keselesaan tetapi sajian ala Eropah menanti anda di Urban, Hotel Istana.
  • Selangkah kaki menerjah ruang makan serba indah ini terus membuatkan penulis rasa selesa. Lontaran rona pastel dan tanah meresapi benak fikiran yang kusut. Banyak mengetengahkan elemen eko moden untuk ruang makan, konsep ini menyampaikan maksudnya yang mementingkan keselesaan pelanggan.
  • Bagi yang ingin menikmati hidangan Cina yang halal dan menyelerakan, Restoran Tao yang terletak di Intercontinental Kuala Lumpur adalah destinasinya. Penyediaan sajian yang hanya menggunakan bahan-bahan segar sebagai intipati resipi makanan ini menambahkan lagi keenakan rasa dan tarikan kepada pelanggan.
  • Lupakan seketika keenakan makanan Itali seperti piza atau pasta yang biasa anda nikmati kerana di Favola, Le Meridien Kuala Lumpur anda akan dihidangkan dengan pelbagai juadah Itali yang enak dan menyelerakan!
  • Hampir 23 tahun rangkaian perniagaan Restoran Serai berada dalam carta F&B di sekitar Selangor. Dengan hidangan masakan Thailand, Barat dan tempatan yang memenuhi citarasa ramai, Serai mula mengembangkan empayar niaganya dengan membuka cawangan terbaru di Life Centre, Kuala Lumpur. Yang pasti, pembukaan Serai di kawasan segi tiga emas ini menepati permintaan warga kota pula.
  • Sempena kedatangan Ramadan, bawalah keluarga anda menjamu selera di Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur. Terdapat lebih dua restoran di hotel bertaraf lima bintang ini antaranya Warisan Café, Bunga Emas Restaurant, L’Heritage French Cuisine dan Tai Ping Chinese Cuisine.
  • Bawa ahli keluarga mahupun sahabat handai anda menikmati keselesaan dan ketenangan di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Sebagai meraikan kedatangan Ramadan, pihak hotel menyediakan pelbagai promosi dan hidangan berbuka puasa dari dapur Essence.
  • MEMASUKI PUSAT BANDAR KUALA LUMPUR BARANGKALI BUKANLAH SATU PILIHAN YANG MENARIK. NAMUN SEKIRANYA ADA SATU DAYA TARIKAN YANG MEMBAWA ANDA KE SANA TENTULAH KESESAKAN BUKAN SATU HALANGAN. BERTEMPAT DI LIFE CENTRE KUALA LUMPUR, DORAKU SUSHI MENJADI PERSINGGAHAN UNTUK MENGISI PERUT YANG BERKERONCONG.
  • Seharian mengisi ruang waktu dengan kesibukan di pejabat, tibalah masanya untuk memberi ketenangan kepada jiwa dan minda. Beriadah menjadi pilihan utama untuk menyihatkan badan tetapi bagi sesetengah di antara kita, ‘beriadah’ di restoran mahupun kafe menjadi pilihan yang menyeronokkan. Bercambahnya restoran-restoran dan kafe-kafe baru di Malaysia ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
  • Menghargai keindahan sebuah bangunan klasik di pinggir kota, Majestic Hotel Kuala Lumpur menyimpan jawapannya. Simbahan cat rona putih memenuhi keseluruhan bangunan manakala sentuhan elegan terletak pada dekorasi klasik zaman kolonial.
Kelab Safi Rania Gold
#
A heart of gold issue... Cerita kemanusiaan. Realiti kesusahan. Kisah bangkit dari kejatuhan. Dapatkan Nona edisi Mac 2016 di pasaran.
PERSONALITI FESYEN CANTIK LIFESTYLE
Tetamu Tip Bual Cantik Dekor
Wanita Cemerlang Selebriti Makeover Destinasi
Galeri Ikon Fesyen Tip Solekan Resipi
Pentas Fesyen Nota Cantik Restoran Pilihan
Scene! Kesihatan+Pemakanan