Kemeriahan Ramadan kian terasa dan sempena menyambut keberkatan bulan penuh mulia ini, Swiss-Garden Hotel & Residences kembali dengan aneka bufet Ramadan menyelerakan bermula 27 Mei ini sehingga 24 Jun 2017.

Bertemakan Cita Rasa Kampung, Bufet Ramadan Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur bakal berlangsung di restoran utamanya, Flavors Restaurant yang terletak di aras satu. Selain berpeluang menikmati lebih 100 menu kulinari tempatan dan sajian pencuci mulut, pelanggan turut diberi tawaran harga promosi serendah RM70 bagi dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak berbanding harga biasa RM118 seorang yang kini sedang dijual sebelum 26 Mei 2017.

Antara juadah istimewa yang disediakan termasuk Nasi Kerabu, Gulai Tulang Rusuk Lembu, Ikan Patin Masak Tempoyak, Asam Pedas Melaka, Sambal Udang Petai, Kerabu Tembikai, Bubur Lambuk Burung Unta, Kambing Golek, Rendang Tok dan Puyuh Goreng Berempah.

Tidak ketinggalan, pelbagai jenis kuih seperti Pulut Mangga, Onde-onde, bubur dan seleksi hidangan mi serta sajian masakan Arab. Sebarang tempahan dan pembelian baucar bufet Ramadan di sini, hubungi 03-2785 1190 atau e-mel kepada faizal.daud@shrkl.swissgarden.com.

Istimewa buat pembaca Nona, rebut peluang memenangi baucer berbuka puasa bernilai RM118 dengan menghantar borang peraduan dalam keluaran Majalah Nona Jun 2017!