Pelakon cantik Anzalna Nasir memang sangat terkenal dengan budi bicaranya yang lembut dan mempunyai hati mulia. Keberkatan bulan Ramadan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Anzalna untuk beramal.

IKLAN

Lukisan Jadi Rebutan, ANZALNA NASIR Ambil Kesempatan Keberkatan Bulan Ramadan

Anzalna berhasrat untuk menjual lukisan hasil tangannya sendiri dan kutipannya disalurkan sepenuhnya kepada golongan yang memerlukan.

Alhamdulillah, tak semua orang ada niat yang baik macam Anzalna ni. Dah la cantik, lemah lembut, pandai berlakon dan ada bakat melukis pula tu.

Difahamkan, Anzalna hanya berkesempatan untuk kembali menghasilkan karya-karya yang lahir dari hati setelah lebih 20 tahun tidak memegang kanvas dan berus selepas berhenti mengambil tawaran berlakon untuk beberapa bulan ini.

Iyalah, sambil menjaga rumah tangga yang telah dibina selama dua tahun bersama suami tercinta Hanif Zaki, boleh isi waktu yang terluang dengan melakukan aktiviti kegemaran untuk beramal. Baru suami sayang. Betul tak?

Lukisan Jadi Rebutan, ANZALNA NASIR Ambil Kesempatan Keberkatan Bulan Ramadan

IKLAN

Siapa sangka, bakat melukis yang ada pada mulanya hanya dijadikan sebagai hobi sekarang ini boleh meraih pendapatan dan membantu golongan yang memerlukan. Atas permintaan ramai juga, Anzalna mengasah bakatnya dengan cuba melakar potrait perdana menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad.

Lukisan Jadi Rebutan, ANZALNA NASIR Ambil Kesempatan Keberkatan Bulan Ramadan

IKLAN

Hasil painting Anzalna juga mendapat sambutan hangat sehingga lukisan belum siap tapi dah ada orang booking! Apa yang menarik lagi, lukisan Anzalna juga pernah dijual sehingga ke Kanada! Anzalna juga berjaya untuk membuat sedikit sumbangan dengan menyerahkan hasil karyanya untuk digantung di Hospital Kuala Lumpur.

Lukisan Jadi Rebutan, ANZALNA NASIR Ambil Kesempatan Keberkatan Bulan Ramadan

Cantik-cantik painting Anzalna, bukan? Tak sabar Nona nak tengok hasil karya Anzalna yang lebih love lagi selepas ni.

sumber: Instagram Anzalna Nasir

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI