Perkembangan teknologi membawa arus dunia semasa semakin canggih dan pesat membangun. Ilmuwan pintar mencetuskan inovasi terkini yang nyata memudahkan manusia menjalani kehidupan seharian. CGI merupakan salah satu teknologi yang sering digunakan di dalam filem dan membantu perkembangan dunia perfileman. Salah satunya adalah filem produksi Marvel yang banyak menggunakan CGI dalam proses pembikinannya.

IKLAN

Teknologi ini semakin mendapat perhatian tidak hanya dalam industri perfileman. Ia terbukti apabila teknologi ini digunakan dalam industry fesyen dengan terciptanya supermodel digital pertama dunia bernama Shudu Gram. Wanita virtual ini adalah hasil 100% daripada Computer Generated Image (CGI) yang dicipta oleh jurugambar Cameron James Wilson.

Menariknya, supermodel ini kelihatan tidak ubah seperti manusia sebenar dan ada yang mengganggap kewujudannya adalah nyata. Padahal ia adalah gabungan dari inovasi teknologi yang kian berkembang. Terlihat seolah nyata Shudu Gram dinobatkan sebagai World CGI First Model. Bagaimana tidak, hanya diciptakan dengan teknologi CGI, Shudu khabarnya digunakan sebagai model dalam produk makeup Fenty yang diproduksi oleh penyanyi terkenal Rihanna.

Dengan pengikut hampir 100 ribu di laman Instagram, supermodel ini diinspirasikan daripada Barbie di Afrika dan filem yang hangat diperkatakan iaitu Black Panther. Ternyata Shudu memberi impak dengan rupa yang eksotik dan selayaknya bergelar supermodel.

Namun, karya seni ciptaan Cameron James menimbulkan kontroversi di kalangan netizen. Segelintir kecewa dengan tindakan jurufoto tersebut dengan tidak memberi peluang kepada model sebenar untuk terbabit dalam dunia peragaan.

IKLAN

Dalam temubual bersama Cameron James, beliau menjelaskan ia adalah muse daripada hasil kreativitinya dan tidak cuba untuk menggantikan peranan model sebenar. Selain itu, beliau menjelaskan Shudu adalah sebuah ilustrasi ciptaannya. Jom kita lihat potret Shudu dengan pelbgai pose sebagai seorang supermodel!

Macam Supermodel Betul, Tak Sangka SHUDU GRAM Cuma Watak Imaginasi Semata-Mata!

IKLAN

Macam Supermodel Betul, Tak Sangka SHUDU GRAM Cuma Watak Imaginasi Semata-Mata!

Macam Supermodel Betul, Tak Sangka SHUDU GRAM Cuma Watak Imaginasi Semata-Mata!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI