Sebut saja nama Dr Hamid Arshat, pasti ramai yang terkenangkan foto dan visual pembedahan serta penulisannya tentang penyakit yang berkait rapat dengan kaum wanita. Selain kepakarannya membantu kesihatan wanita khususnya isteri, kejayaan Dr Hamid Arshat dalam bidang kesuburan juga bukan calang-calang.

IKLAN

Terbaru, namanya sekali lagi menjadi perhatian apabila pasangan selebriti Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim akhirnya berjaya menimang cahaya mata setelah mendapatkan rawatan dengan pakar sakit puan ini dengan keizinan Allah SWT.

Disifatkan seorang yang aktif menyampaikan ilmu perubatan dan penyakit wanita di laman media sosial, perkongsian Dr Hamid Arshat baru-baru ini turut menjadi tular di kalangan netizen. Antara yang menarik perhatian tentunya pesanan beliau kepada para isteri yang berhasrat untuk menimang cahaya mata sempena kehadiran Tahun Baru 2018.

Nasihat yang diberikan cukup tepat, padat dan mudah difahami semua.

===================

Mahu Hamil, Isteri Perlu Ubah TABIAT! Dr Hamid Arshat Pesan Amalkan 6 Gaya Hidup Ini

Ubah tabiat jika ingin mudah hamil

Apa azam anda? Nak hamil!

  • Beli buku nota, catatkan makanan setiap hari
  • Buat exercise 30 minit
  • Timbang berat setiap minggu
  • Lakukan deep breathing exercises
  • Yoga 30 minit
  • Baca Al-Quran, solat, zikir, sedekah dan doa

Di samping menggalakan para isteri melakukan perkara yang disarankan, Dr Hamid turut menekankan aspek kesihatan yang selalu diabaikan ramai pihak. Katanya, “Banyak penyakit bermula dari minda dan sebaliknya pun benar, penyakit boleh mengganggu dan menekan minda.

IKLAN

Fikir positif, bertindak dengan positif dan optimis. Ubah tabiat dan cara gaya hidup. Katakan dengan suara kuat pada diri sendiri ‘Aku sihat’, ‘Aku kuat’, ‘Aku subur’, ‘Aku boleh hamil’.

Jangan biarkan minda kita lemah, berasa hampa dan putus asa. Jangan biarkan kesedihan dan kemurungan menguasai anda. Ia akan mencetuskan penyakit dan menjadikannya lebih teruk. Ia melemahkan ketahanan (immunity) anda.

Mahu Hamil, Isteri Perlu Ubah TABIAT! Dr Hamid Arshat Pesan Amalkan 6 Gaya Hidup Ini

IKLAN

Setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati yang pasti akan berlaku pada waktu yang ditentukan Allah. Makan yang berkhasiat dan berzat, 70% dari bahan-bahan segar dan mentah (sayur2 buah2 dan ulam).

Lakukan exercise 30 minit setiap hari. Brisk walking, jogging, running, swimming, yoga atau lain-lain.

Relax minda, lapangkan dada, ceria, senyum selalu, bergembira dan bersyukur atas segala nikmat Allah, berdoa serta BERTAWAKAL kepada Allah.”

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI