Biarpun sudah lebih dua minggu meniti tahun baru namun kenangan 2017 masih segar bermain di ingatan. Sebagai majalah yang mengetengahkan inspirasi dan kejayaan wanita di Malaysia khususnya, Nona berbangga kerana naskhah yang telah menembusi pasaran lebih tiga dekad ini tetap menjadi rujukan sampai sekarang.

IKLAN

Bercerita tentang kegemilangan Nona sekitar tahun lalu, selain kejayaan edisi Nona VIP yang menampilkan lebih 30 figura berjaya dan terkenal negara pada Disember 2017, satu lagi edisi yang mencipta sejarah tersendiri adalah menerusi isu Romantis keluaran Februari 2017. Percaturan untuk menggandingkan hero dan heroin popular drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP) sebagai cover story waktu itu nyata pilihan yang sangat tepat.

Major Throwback, Cover PALING LARIS & Cipta Fenomena LUAR BIASA 2017!

Major Throwback, Cover PALING LARIS & Cipta Fenomena LUAR BIASA 2017!

Satu-satunya majalah yang berjaya menampilkan Fattah Amin dan Neelofa sebagai penghias muka depan, penangan watak juruterbang kacak iaitu Ejaz Fakhri dan pasangannya Warda Erina melakar fenomena luar biasa. Bukan saja dalam industri lakonan bahkan gandingan mereka berdua turut membuatkan edisi tersebut laris di pasaran sehingga terpaksa dicetak sekali lagi atas sambutan yang cukup memberangsangkan.

Bertitik-tolak daripada SHMP juga gelaran LOFATTAH diberikan kepada mereka berdua kerana keserasian yang terbina di antara Neelofa dan Fattah. Kesan mutu lakonan yang hebat di antara kedua-duanya, ramai yang menjadikan mereka sebagai ikon. Pendek kata, apa saja perbuatan, pemakaian dan bidang yang diceburi Neelofa dan Fattah menjadi ikutan peminat.

Major Throwback, Cover PALING LARIS & Cipta Fenomena LUAR BIASA 2017!

Baru sehari berada di pasaran naskhah eksklusif ini sudah sold out di kebanyakan kedai-kedai buku. Tidak cukup dengan itu, meja editorial Nona turut dihujani dengan beratus-ratus panggilan telefon daripada peminat yang mahu memiliki edisi tersebut. Itu belum lagi yang menghantar pesanan emel, mesej melalui Facebook dan Instagram serta sanggup datang ke Karangkraf semata-mata untuk membeli Nona Februari 2017. Memang laku keraslah orang kata!

Memandangkan sambutan hangat yang diterima dan demi memenuhi permintaan peminat yang mahu bertemu dua selebriti popular berkenaan, Nona buat julung kalinya mengadakan sesi Meet & Greet bersama Neelofa dan Fattah Amin.  Seawal jam 7 pagi lagi, sudah ada peminat yang berbaris mengambil nombor giliran dan alhamdulillah sesi ini berjalan dengan jayanya.

IKLAN

Major Throwback, Cover PALING LARIS & Cipta Fenomena LUAR BIASA 2017!

Major Throwback, Cover PALING LARIS & Cipta Fenomena LUAR BIASA 2017!

Jika diimbas kembali detik pertemuan ketika penggambaran cover story ini berlangsung,  baik Fattah mahupun Neelofa kedua-duanya sangat profesional ketika berada di set. Telah pun membina keserasian sepanjang melakonkan watak Ejaz dan Warda dalam SHMP, team Nona mengakui tidak sukar untuk ‘menangkap’momen dan memotretkan wajah mereka untuk dijadikan penghias muka depan. Tidak keterlaluan kalau kami katakan, sesi photo shoot bersama Neelofa dan Fattah ini antara yang paling menyenangkan sepanjang tahun 2017.

IKLAN

Setahun berlalu, kedua-dua selebriti pujaan ramai ini sudah pun memiliki empayar niaga sendiri dan ligat merencana masa depan di dalam mahupun luar negara. Neelofa misalnya selain aktif memasarkan produk Naelofar Hijab, wajahnya turut menghiasi kempen promosi sebagai duta dan jurucakap untuk Oppo, Lancome, Swarovski, Perbadanan Putrajaya, Bank Rakyat, program Transformasi Nasional 2050 (TN50), Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan macam-macam lagi. Malah kejayaannya terpilih sebagai Forbes List 30 Under 30 Asia 2017 dan perlantikan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Air Asia merupakan pencapaian yang begitu membanggakan.

 

Tidak kurang juga Fattah Amin yang bukan hanya pemilik Stalker Cafe dan Expendables Gym by Fattah Amin, sebaliknya dia turut bergelar duta bagi produk OPPO, Oli Candy, Far8 by Altelia Amani, Safi Men, Maydan dan banyak lagi. Di samping berjaya meraih kejayaan cemerlang dalam karier, keputusan jejaka berusia 28 tahun ini berkahwin dengan selebriti cantik, Nur Fazura Sharifuddin hujung November lalu pastinya menjadi kenangan termanis dan bermakna bagi Fattah sebelum menutup lembaran tahun 2017!

Terima kasih dan tahniah Fattah dan Neelofa kerana mencipta fenomena luar biasa dalam industri seni tanah air serta memberi inspirasi buat seluruh masyarakat. #moveon

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI