Siapa di sini yang tidak sukakan KFC? Penulis rasa hampir semua orang akan kecur liur apabila teringatkan set snack plate KFC. Sejak kita kecil lagi KFC merupakan antara jenama makanan segera yang popular di Malaysia. KFC atau nama penuhnya Kentucky Fried Chicken menjadikan ayam goreng sebagai bintang utama dalam menunya.

Kini seluruh dunia dikejutkan koleksi fesyen KFC.Koleksi baju dan aksesori ini dilancarkan di bawah KFC Ltd dan secara jujurnya bagi penulis ia sangat menarik. Antara rekaan yang menjadi highlight seperti sweatshirt rona kuning teranf yang tertera perkataan 'Fried Chicken USA', pin enamel 'Ketucky Fried Chicken' dan juga beberapa rekaan t-shirt ala vintaj.

Jom kita lihat rekaan-rekaan menarik ini. Telah dilancarkan diluar negara, penulis tidak pasti sama ada koleksi fesyen ini akan dijual di Malaysia ataupun tidak. If yes, I will definitely want one!Tetapi dengar khabar, beberapa rekaan sudahpun habis dijual di luar negara.