Tampak suci dan sopan, namun tetap megah melayangkan aura mewah... Nona rasa gaun Dior Haute Couture pilihan Miranda Kerr ini boleh diadaptasikan oleh para pengantin di Malaysia. Taklah terdedah-dedah, sopan jer, kan?

Berkolar separas leher dan berlengan panjang, gaun pengantin yang dikenakan oleh aktres Miranda Kerr yang juga Victoria's Secret Angel ini di hari bahagianya di Los Angeles, mencuri perhatian tetamu.

Gaun putih itu direka sendiri oleh Pengarah Artistik Dior, Maria Grazia Chiuri berinspirasikan gaun perkahwinan ikonik Puteri Monaco, Grace Kelly pada tahun 1956.

Kerr dan suaminya iaitu Pengasas Snapchat, Evan Spiegel dilaporkan memilih Fiji sebagai destinasi bulan madu mereka. Spiegel dan anak lelaki Kerr, Flynn turut dilihat mengenakan sut 'three-piece' Dior yang amat segak pada majlis perkahwinan mereka.

Sumber: Vogue