• Di sebalik bakat besar dan kejayaan yang dimiliki Shah Rukh Khan, ada seorang wanita yang berdiri teguh di belakangnya dan setia memberi sepenuh sokongan terhadap suami tercinta iaitu Gauri Khan.
  • Tahun lalu pelakon dan pengacara kelahiran Kelantan ini telah dipilih sebagai Friends of Swarovski dan sehingga kini masih lagi memegang status tersebut. Bukan calang-calang selebriti yang dipilih tau!
  • Jangan pernah memandang rendah mengenai kekurangan orang lain. Siapa tahu esok lusa mereka akan menjadi lebih berjaya dari anda. Bercakap soal keyakinan diri, model terkenal Winnie Harlow tahu bagaimana perasaan apabila selalu diejek akibat kekurangan yang ada pada dirinya.
  • Siapa yang tidak kenal dengan selebriti pujaan ramai ini. Bahkan kalau sebut namanya kepada anak-anak kecil mereka mungkin kenal dek penangan drama popular yang dibintanginya.
  • Diam tak diam rupanya hampir setahun aktres Fasya Sandha melalui episod perpisahan dengan Rizal Ashram Ramli. Dari lontaran kata-kata dapat dibaca ibu kepada Putra Rayfal (3 tahun) dan Putri Raysha Jemyma (4 tahun) semakin pulih dari duka.
  • Tak ramai model daripada Malaysia berjaya melangkah kaki ke pentas peragaan antarabangsa. Salah seorang yang berjaya melepaskan diri ke sana ketika ini adalah Atikah Karim.
  • Sempena dengan fokus Nona September ini kisah di sebalik hijab, soalan seputar isu itu turut diaju kepada Rozita Che Wan yang menghiasi muka depan kali ini.
  • Demi rindu yang menebal, Nona gigih menjejaki Amelina dari tahun ke tahun, namun hasilnya...hampa! Sehinggalah tibanya Januari 2015, pencarian itu ternoktah. Lembaran tahun baru berjaya dibuka dengan kemunculan semula diva dangdut yang ditunggu-tunggu
  • Ikuti edisi menarik hujung tahun dengan menampilkan segalanya tentang kemewahan dunia fesyen dan kecantikan. Selain itu, sertai dunia terkini wanita penghias muka depan, Nora Danish, yang sentiasa menjadi dambaan peminat-peminatnya.
  • Tatkala meminta Lisa membicarakan perihal kenangannya di United Kingdom, dia tersenyum sendiri. Ada rasa yang tidak kami fahami. Malah daripada lirik anak matanya, bagai terlipat kenangan lama di celah-celah memori.
  • Selain ketinggian intelek, sifat pemurah tidak pernah luntur dari jiwa Norjuma Habib Mohamed. Barangkali itulah yang membuatkan rezeki beliau pernah putus kerana kesenangan yang dimiliki sentiasa dikongsi bersama.
  • Kayla Elayna menyinari dunia kehidupan mereka pada 3 Februari 2014 lalu. Baru berusia 43 hari, kami abadikan potret keluarga ini sebagai tatapan pembaca Nona, sesuai dengan edisi Hari Ibu.
  • Bertahun lamanya mencari cinta sejati dan akhirnya bertemu dengan sang arjuna yang berjaya mengetuk pintu hatinya untuk melangkah ke fasa seterusnya. Sejuta rasa bahagia yang sedang dikecapi saat ini bersama suami tercinta, Linda ingin berkongsi rasa itu dengan mereka yang selama ini sentiasa berada di sisinya.
  • Bukan mudah untuk membuat keputusan memilih siapakah yang bakal menghiasi Nona edisi Mac memandangkan tema kali ini adalah ‘Rich & Famous’, saat redaksi Nona bertungkus lumus memetik nama setiap personaliti yang terlintas, namanya dijulang sebagai wajah tepat untuk diabadikan.
  • Apa itu cinta? Itu yang dipinta Nona sewaktu menghubungi saya tempoh hari. Mulanya saya hanya diam mendengar penerangan sambil minda sudah berlegar-legar cuba mencari idea atau subjek rencana. Saya tidak pernah percaya pada ‘cinta pandang pertama’ sejak zaman remaja. Malah ketika di tingkatan 5 dalam suatu sesi hati ke hati bersama rakan asrama, saya telah dinobatkan sebagai ‘Yang Paling Tidak Romantis’ dan ‘Berkemungkinan Kahwin Paling Lambat’. Lucu sekali!
  • Beberapa bulan sebelum Nina mengerjakan haji, kami sempat bertemu untuk satu sesi penggambaran. Tidak langsung diceritakan mengenai perancangannya untuk ke tanah suci Mekah. Malah, daripada perkongsian aktiviti akan datang, Nina sibuk dengan penghasilan kompilasi album, rancangan televisyen baru dan beberapa lagi aktiviti seni yang sememangnya sudah sebati dengan insan bergelar Mizz Nina.
  • Temasya ulang tahun Nona Inspirasi 3 Dekad sudah berakhir. Di antara kemuncak acara adalah upacara penyampaian anugerah untuk menghargai jasa wanita-wanita ikon yang pernah menjadi penghias kulit Nona. Empat yang paling dipuja diiring ke pentas... YM Tengku Zawyah, Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim, Ziana Zain dan Raja Ema, kali ini dipelawa sekali lagi sebagai penyeri Nona Januari 2014.
  • 3 dekad memberi inspirasi kepada golongan wanita bukanlah tempoh yang singkat. Pendekatan dan pengisian lebih padat dan seiring peredaran masa diperbaharui dari setahun ke setahun demi memenuhi citarasa pembaca setia Nona. Sebagai penghargaan atas sokongan yang diberikan, Nona Inspirasi 3 Dekad Edisi Platinum bakal dipasarkan sekitar bulan November ini. Menariknya, dalam edisi terulung ini 14 jelitawan digabungkan bersama sebagai cover story.
  • Sudah agak lama wajah tiga jelitawan ini tidak terpampang di dalam dada akhbar mahupun kaca televisyen. Kelibat mereka juga sudah jarang ditemui dalam majlis-majlis hiburan begitu juga kerjaya seni mereka yang dilihat tidak serancak seperti dahulu. Mungkin selepas mendirikan rumahtangga dengan golongan VIP membataskan pergerakan mereka yang kini lebih tertumpu kepada keluarga dan anak-anak.
  • April tahun lalu menyaksikan hari paling bersejarah buat aktres popular, Nur Fasha Sandha Hassan apabila beliau sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan nama Jejai. Ikatan pernikahan penuh gemilang itu sememangnya amat dinanti-nantikan lantaran teka-teki mengenai perkahwinannya mula bertebaran di dada akhbar. Walaupun kerap dihimpit kontroversi, namun Fasha tetap tabah mengharungi liku kehidupan sebagai anak seni.
  • Kecantikan yang dimiliki anak seni bernama Rozita Che Wan cukup mengagumkan. Biarpun sudah bergelar ibu kepada dua orang anak, namun beliau bijak menjaga penampilan diri. Berkesempatan mendekati Rozita ketika pembikinan penghias muka depan majalah Nona Edisi Rumah Terbuka kali ini merupakan peluang terbaik untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.
  • Suatu tika dulu, Permaisuri berjiwa rakyat ini pernah menjadi ikon kepada seluruh wanita di Malaysia. Keperibadian Permaisuri Siti Aishah begitu terkesan di hati masyarakat hingga ke hari ini. Kesempatan bertemu Permaisuri sebagai penghias muka depan bagi Edisi Aidilfitri kali ini dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi mengubat rindu masyarakat yang ingin menatap wajah Permaisuri kesayangan.
  • Marhaban Ya Ramadan! Bulan penuh keberkatan datang lagi. Bulan yang paling dirindukan oleh setiap umat Islam. Gandingan Irma Hasmie dan Ayu Raudhah sebagai penghias muka depan edisi bumper Ramadan menyemarakkan aura Ramadan tahun 2013. Lebih-lebih lagi apabila dua ibu muda ini baru sahaja menyambut kehadiran cahaya mata sulung pada tarikh yang sama pada 29-03-2013. Nona jangka, penampilan dan gandingan ibu muda berhijab pasti menangkap perhatian setiap mata memandang sebaik saja edisi ini menjengah di pasaran. Ternyata, kejelitaan dan bakat yang dimiliki membuatkan kehadiran mereka diterima baik oleh pencinta seni. Seperti keindahan suasana dekorasi ala Moroccan yang cukup klasik di Sunway Putera Hotel, Nona membawa anda menyelami isi hati mereka tentang kisah terbaharu dalam kehidupan dan ekspresi Ramadan kali ini.
  • Antisipasi tinggi dalam jihad ke arah memperjuang nasib rakyat Gaza melayakkannya dilantik sebagai duta Aman Palestin. Semangat srikandinya takkan pernah surut hingga Gaza memperoleh ketenangan yang hakiki. Maka bertepatan dengan edisi hijab hati kali ini, Nona tampilkan selebriti dan ahli perniagaan, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf menguntai kata kisah pengalamannya membantu rakyat Gaza yang ditindas oleh Yahudi.
  • Demi menzahirkan tema Hijabella kali ini, NONA menyatukan lima nama popular dalam industri seni tanah air. Hadir dari latar seni serta era yang berbeza menjadikan gabungan ini cukup istimewa dan relevan. Masing-masing memiliki pakej lengkap yang meletakkan mereka di kelas yang tersendiri. Dato’ Siti Nurhaliza, Datin Nor Aliah Lee, Melissa Saila, Wardina Safiyyah dan Sharifah Aleya telah dipertemukan dalam sebuah fotografi yang cukup santai. Mengambil sentuhan emas dan jingga bagi busana yang disarungkan menyerlahkan sisi glamor dan anggun mereka. Semuanya tampak manis dan ayu dengan imej bertudung. Sambil berkongsi kisah terkini, mereka turut berkongsi pengalaman berhijab bersama pembaca setia Nona.
  • Perlahan sekali suara Azean Irdawati menjawab salam sewaktu kami tiba menziarahinya. Biarpun sedang diuji penyakit kanser, primadona Melayu yang mesra disapa sebagai Kak Yan ini tetap mesra menguntum senyuman. Ketenangan menghiasi wajah gebunya, malah biarpun sentiasa terlantar di atas katil namun diri Kak Yan tetap kemas dirapi sempurna. Begitulah perhatian dua orang puteri kesayangan, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty yang tidak jemu-jemu berbakti menjaga ibu yang sakit. Kasih sayang sejati, mengisi seluruh kekuatan Kak Yan pada waktu-waktu sulit begini.
  • Cinta ibarat bunga yang berkembang, kekal cantik dan segar jika disirami kasih sayang tanpa jemu. Setiap ekspresi cinta penting dalam menyemarakkan kehidupan agar penuh membahagiakan. Rasa itu meresap di kalbu penghibur terkenal tanah air, Ziana Zain yang masih unggul di persada seni dunia hiburan. Sehangat kasih dan cinta pada kerjayanya yang tak pernah malap, sisi hidup ceriteranya sebagai anak seni dan ibu kepada empat orang cahaya mata, menjadi bingkisan menarik untuk edisi Mei ini.
  • Sewaktu penulis diberi tugasan oleh Editor supaya mendapatkan gadis ini sebagai penghias kulit depan majalah, terlintas di benak fikiran. Kenapa Shila?
INSTAGRAM


TWITTER
Kelab Safi Rania Gold
Isu Rumah Terbuka & Kemerdekaan, Nona mendekati insan 'from all walks of life' berkongsi kisah kebebasan. Miliki Nona Ogos 2017 sekarang.
PERSONALITI FESYEN CANTIK LIFESTYLE
Tetamu Tip Bual Cantik Dekor
Wanita Cemerlang Selebriti Makeover Destinasi
Galeri Ikon Fesyen Tip Solekan Resipi
Pentas Fesyen Nota Cantik Restoran Pilihan
Scene! Kesihatan+Pemakanan