Diam tak diam, tinggal seminggu saja lagi kita akan meraikan ibadat puasa. Dalam debaran menantikan bulan mulia ini, pasti sudah ramai wanita yang mula membuat persiapan raya khasnya baju yang akan dipakai pada musim perayaan nanti. Kalau rasa rambang mata dengan pelbagai pilihan di pasaran, koleksi daripada Hatta Dolmat ini mungkin sesuai dipertimbangkan.

Ketika melihat sendiri koleksi lebaran Hatta Dolmat di depan mata, hati kami awal-awal lagi sudah terpikat dengan tema yang dipertaruhkan oleh pereka berbakat besar ini. Setiap satunya amat memukau, senang cerita memang menepati cita rasalah. Kami pasti anda pun suka. Ini tujuh sebabnya kenapa busana Hatta Dolmat mesti dipakai Aidilfitri nanti.

Bertemakan vintaj Inggeris

Kaum wanita memang cair dengan tema ini. Tapi walaupun berlatarkan vintaj Inggeris, tapi Hatta bijak menggarapnya dalam siluet busana Melayu tradisi. Koleksi ini dinamakan Em'Bloom.

Warna-warna manis

Satu lagi sebab yang mencairkan hati. Hatta memilih palet lembut seperti peach, blush pink, fuschia, mocha, bronze dan hijau zamrud untuk koleksi Em'Bloom.

Setiap fabrik dilukis tangan

Ya, pelukisnya adalah Hatta sendiri. Beliau telah mengabadikan kemahiran melukis untuk menghasilkan motif fabrik sendiri. Ia menjadikan setiap ceraian begitu unik dan kita tak perlu bimbang kalau bertembung wanita yang berbaju serupa.

Potongan anggun untuk pagi Syawal

Walaupun bertema Inggeris, namun koleksi ini didatangkan dalam potongan baju kurung Pahang, baju kebaya dan kebaya pendek. Ada juga rekaan kaftan dan abaya yang lebih longgar.

Selesa dan praktikal dipakai

Masa beraya, ciri keselesaan baju memang penting, bukan? Hatta menghasilkan koleksi ini dengan fabrik sejuk seperti heavy moss crepe, crepe, jersi dan sifon supaya ia praktikal dipakai sepanjang hari.

Berpatutan

Soal harga berpatutan memang kegemaran kita. Percaya tak, anda boleh dapatkan koleksi Em'Bloom ini bermula dari harga RM400 sahaja?

Dapat percuma

Caranya cuma sertai peraduan GAYA RAYA TOP BERSAMA HATTA DOLMAT & SITI ELIZAD ni. Anda hanya perlu rakamkan foto dengan keluarga tersayang dalam suasana perayaan yang menggembirakan dan kemudian nyatakan mengapa anda patut menang koleksi busana raya Hatta Dolmat bernilai RM10,000. Senangkan? Klik link www.nona.my/topgayaraya2017 sekarang!