Hampir 5 minit, setiap mata yang menyaksikan temasya perasmian Sukan SEA 2017 terpukau dengan aksi gadis berbaju putih ini ‘terbang’ di Stadium Nasional Bukit Jalil.
IKLAN
Detak jantungnya dapat dirasakan. Dengan riak wajah yang sedikit gugup, akhirnya dia terpilih menyalakan obor terakhir sebagai simbolik bermulanya acara sukan berprestij itu.
Dia, Dhabitah Sabri, bukan calang-calang orangnya.
Dilahirkan pada 12 Julai 1999 dan berusia 18 tahun, atlet terjun negara dengan ketinggian 152cm ini pernah meraih kedudukan lebih tinggi berbanding rakan sepasukannya, Pandalela Rinong.
Beliau yang selesa dengan gelaran Bitah, berlatih 8 jam sehari, 6 hari seminggu, bersama rakan terjunnya.
Dan tahukah anda, sehingga kini Dhabitah Sabri kekal sebagai penerjun paling muda Malaysia yang memenangi kategori senior antarabangsa? Ya, beliau pernah memenangi pingat emas dalam acara springboard Kejohanan Renang Asia Tenggara 2012 pada usia 12 tahun. Hebatkan?
IKLAN
Pengalaman yang dikutip atlet paling muda negara dalam Sukan Olimpik Rio, Nur Dhabitah Sabri, memberi impak bermakna untuk dia terus mencipta kejayaan pada masa hadapan.
IKLAN
Prestasi konsisten atlet terjun dari Kuala Lumpur itu sepanjang pembabitan dalam arena sukan terjun telah menyemarakkan lagi semangatnya untuk meraih pingat dalam Sukan SEA 2017.
Mungkin juga disebabkan pencapaian Dhabitah di pentas Olimpik lalu telah melonjakkan pemilihannya untuk menyalakan obor temasya perasmian Sukan SEA 2017 sebentar tadi.
3 Perkara Perlu Tahu Tentang Dhabitah
Dia bermula sebagai perenang pada umur 7 tahun, namun kemudiannya bapa beliau menyedari bahawa beliau mempunyai ciri-ciri penerjun.
Dia sering tersenyum kerana ia membantunya untuk bertenang dan melupakan rasa gemuruh.
Selepas bersara daripada sukan terjun, dia ingin menjadi penyampai hiburan TV. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah lama tak dengar khabar usahawan yang terkenal dengan gelaran ‘Queen of Fairy Tales’ ini. Kalau dulu nama Joy Revfa sinonim dengan kisah ‘hangat’ peribadi antaranya putus tunang.
Setelah itu, pengasas Merve Cosmetics yang juga ibu tunggal kepada seorang anak ini mula menyepi. Kehidupan Joy Revfa atau lebih mesra disapa sebagai Joy kini lebih banyak tertumpu kepada bisnes serta keluarga.
Melihat kepada update terkini di akaun Instagram, Joy berkongsi foto-foto percutiannya bersama keluarga di Istanbul, Turki. Memang terserlah ketenangan dan kebahagiaan Joy di samping insan-insan tersayang. Joy bertuah kerana mempunyai support system yang kuat termasuk team yang sentiasa menyokongnya dari belakang.
KELUARGA NAK JODOHKAN TAPI…
Sebagai wanita ‘single’ yang memiliki bisnes sendiri, pasti ramai yang nak mendekati. Namun, disebabkan pernah kecewa beberapa kali sebelum ini menjadikan Joy lebih berwaspada.
“Selepas putus tunang pada 2020 saya hanya fokus pada bisnes saja. Memang ada yang nak mendekati tapi buat masa ni saya nak lebih fokus kepada bisnes, anak dan keluarga. Buat masa ni biarlah saya fokus kepada kerjaya dulu.
“Saya sebenarnya banyak belajar dari pengalaman lalu, kenal dulu siapa orang yang akan hidup dengan kita.
“Ada juga keluarga nak jodohkan tapi saya rasa biarlah dulu. Kalau ada jodoh tu tak ke mana. Apa pun keputusan, saya yang akan tentukan mana yang terbaik.”
Memetik kata-kata Joy yang dikongsi di Instagramnya baru-baru ini: –
“Tidak layak rasanya hati ini untuk sesiapa kerana perjuangan saya hanya untuk dunia akhirat, anak serta keluarga.
“Saya mahu terus memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Mungkin bahagia bukan sekarang, tapi nanti. Saya yakin janji Allah SWT itu pasti.”
IBU SUMBER KEKUATAN Sejak dulu sehingga kini, ibunya, Sofia Abbas sentiasa menjadi tulang belakang serta sumber kekuatan dan inspirasi dalam kehidupan Joy. Lebih-lebih lagi, ibunya juga seorang ibu tunggal. Maka, kekuatan luar biasa yang dimiliki ibunya telah mematangkan diri Joy.
“Kalau sebut tentang ibu memang akan membuatkan saya mudah sebak dan menangis. Bagi saya beliau ibu tunggal yang berjaya sebagai SEORANG USAHAWAN. BERKAT didikan dan usahanya itu kami ADIK BERADIK berjaya sekarang, alhamdulillah.
“Kami saksi kecekalan ibu dalam membangunkan bisnes termasuklah menghantar kami ke tempat-tempat mahal untuk kami belajar dan upgrade kemahiran.
“Antara pesan ibu yang saya ingat, biar apa pun terjadi jangan cepat putus asa. Teruskan saja, hargai orang sekeliling kita. Yakin dan sentiasa hargai diri.”
Joy turut mengharapkan agar tahun 2023 membawa lebih banyak kebaikan dalam kehidupannya.
“Moga tahun 2023 ini menjadi permulaan untuk kehidupan kita semua jadi lebih baik. InshaAllah. Doakan saya juga.”
Kredit Foto: Instagram Joy Revfa
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan gadis berhijab, Azreen Nabila Alias di atas trek balapan sekali lagi menambat perhatian dunia. Wajahnya fokus dan tenang, sekali imbas bagai tak percaya atlet olahraga Muslimah berusia 22 tahun ini mampu menandingi pesaing bertubuh lebih besar di sebelahnya.
Namun sangkaan tersebut jelas meleset. Sesaat tembakan dilepaskan, pecutan anak Terengganu ini bagai peluru membelah angin. Laju langkahnya meninggalkan atlet lain, mencipta rekod baru dan meraih emas sekaligus membuktikan kepada dunia agar tidak memandang rendah pada wanita berhijab.
Kehebatan Azreen Nabila Alias bukan calang-calang. Biarpun pernah terkandas sekadar di pusingan pertama 100m wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini beliau bangkit semula dengan semangat luar biasa.
EMAS UNTUK AZREEN
Gelaran ratu pecut temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 menjadi milik pelari pecut negara, Azreen Nabila Alias selepas beliau memenangi acara 100m wanita yang berlangsung di Stadium Sisaket City, Thailand.
Azreen pada acara itu merekodkan catatan masa 11:88s menewaskan seorang lagi wakil negara, Nor Sarah Adi yang menamatkan saingan dengan meraih perak dengan catatan 11:97s.
Manakala gangsa diraih atlet tuan rumah Thailand, On-Uma Chattha yang menamatkan saingan dengan catatan masa 12:41s.
Azreen berkata kemenangan ini dalam masa sama menebus kekalahannya pada atlet Thailand berkenaan pada Sukan SEA Vietnam 2021.
“Saya tak jangka saya dapat menang hari ini kerana saya tak berapa sihat dari semalam. Saya cuma nak lakukan yang terbaik dan pegang kata-kata jurulatih.” Azreen Nabila
Dengan ketinggian sekitar 152cm, bekas juara MSSM empat kali berturut-turut itu mula mewakili negara dalam pelbagai kejohanan sukan olahraga sejak remaja. Beliau sebelum itu pernah diketepikan dalam skuad olahraga Terengganu pada usia 14 tahun kerana bertubuh kecil.
Siapa sangka, berkat keazaman dan usaha berterusan bekas pelajar Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas (SSTBN) itu kini membuahkan hasil. Dikenali sebagai pelajar pintar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Azreen merupakan seorang atlet yang bersemangat tinggi serta tidak banyak karenah.
Syabas Azreen Nabila!
******************************
Kita yang bukan atlet negara ni entah masa bila la dapat pakai medal emas macam Azreen Nabila. Tapi yang kemaruk nak rantai emas mungkin sesuai pakai macam rantai Nona suka ni. Loket emas punya cantik, paling best dapat beli harga diskaun dengan kod promo NONGSP5. Dapat buat reward diri sendiri, jadilah! Tekan je sini (klik).
******************************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagaimana yang kita sedia maklum, suami kepada selebriti Ramona Zamzam adalah adalah lelaki warga Palestin. Finalis Dewi Remaja ini baharu saja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-6 pada 1 Mei lalu. Isteri kepada Rami Alashkar ini juga sering menggunakan tanda pagar #MyPalestinianBoy yang merujuk kepada suaminya.
Menelusuri perasaan wanita yang mempunyai nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam ini sebagai isteri warga Palestin sedikit sebanyak menyuntik inspirasi. “Sedih with the whole issue yang tak penah habis, sedih anak-anak hilang keluarga, sedih that these people are still going through war even though its already 2021.
But I got my strength daripada my husband and his family. They talked to each other tapi mereka sangat kuat. Kalau tengok saya menangis suami siap cakap jangan menangis, have faith. Going through all that with him and his family made me realized how strong they have become,” tutur Ramona saat dihubungi.
Menurut Ramona, sepanjang perkahwinannya belum pernah lagi menjejakkan kaki ke bumi Palestin. “Saya tak pernah lagi ke sana. Suami dan semua ahli keluarganya tak pernah balik ke Palestin lagi dah. Since tanah mereka dah diambil, keluarga suami keluar dari Palestin and they have been moving to so many countries.
Suami saya pernah membesar di Greece, Qatar, Libya, Bulgaria, Yemen, China dan Malaysia. His last stop sangkut kat Malaysia sebab he met me then kami bercinta, berkahwin and have a family now,” terang Ramona sambil tersenyum.
AKTIVITI SENI
Rezeki Ramona juga sekarang mencurah-curah dan kini begitu sibuk dengan jadual seninya. “Saya syukur sangat walaupun situasi semasa terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 tapi saya masih dapat tawaran kerja.
Tapi banyak shooting terganggu sebenarnya, first2 MCO, saya shoot drama, kemudian halfway kena pause sebab PKP, lepas beberapa bulan baru sambung balik. Ia agak mengganggu dari segi kacau momentum kerja dan kacau mood nak masuk karektor.
Besides that, saya banyak work from home by doing a lot of hosting untuk beauty brandlive streams, dah set up studio sendiri kat rumah (sambil ketawa) but ok la, I enjoyed it, banyak benda saya dapat belajar. So far so good alhamdulillah,” kongsi Ramona.
HARI RAYA
Bercerita tentang sambutan Syawal baru-baru ini, “Saya faham everyone is stressed with COVID-19, stres tak dapat jumpa famili, same here. Saya pun rasa benda yang sama but there’s no point nak stres lebih-lebih. Sambut lah raya, bersiap sikit, tangkap gambar sikit-sikit, enjoy family time and that’s it. Ramona tak nak stres fikir lebih-lebih, so I just enjoyed my time as much as I can.
Secretly, I’m thankful for raya, walaupun tak meriah but I get to use those times untuk rehat. Saya asyik shooting non stop, drama, telemovie, I’ve been hosting as well, pergi rancangan yang jemput jadi artis jemputan and a few more. Time raya dapat lah rehat seminggu macam tu, rasa lega sangat tak payah shooting tak perlu fikir kerja so I used that time untuk spend time dengan famili as much as I can,” ujar ibu kepada Ivanna Alashkar ini.
Bercerita tentang perkembangan seninya, “Projek terbaharu, Ibu Belum Mati baharu saja ditayangkan di Astro Citra seminggu lalu. Drama seterusnya yang akan disiarkan di Mega Drama Astro Ria ialah Love Elsa. Saya juga tengah tunggu masa nak masuk set baru untuk drama 28 episod yang bertajuk,” ujar Ramona mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau dah bergelar jutawan kosmetik, minat Wan Nur Syuhada membina empayar Kek Lapis Sarawak pula kian menunjukkan hasil lumayan. Jika sebelum ini Wan Nur Syuhada Wan Norzie atau mesra disapa sebagai Syu lebih dikenali sebagai pengasas kosmetik SoBella, kini Syu melangkah ...