• "Sebaik suami ditugaskan ke Dubai, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi anak-anak. Tapi sedih rasanya bila kadang-kadang tak dapat beraya lama dengan suami," YM Tengku Putri Robiatul Adawiah
  • Gadis genit kelahiran Selangor ini cukup bertuah kerana pada usia 21 tahun, dia diberi kepercayaan untuk mengendalikan tren Transit Aliran Ringan (LRT), sekaligus menjadikannya Kapten LRT termuda di Malaysia.
  • Biar setinggi mana pun darjat yang kita miliki, fesyen yang kita gayakan itu lebih sederhana adalah lebih baik dan itulah sebenarnya menjadi kayu ukur dalam berpakaian atau berfesyen bagi seorang wanita.
  • Sungguhpun sudah mencecah 40-an dan memiliki 3 orang cahaya mata, kecantikan Mas Anizan Mohd Shahid masih terserlah. Kejelitaan wanita ini masih berbisa, malah sekali imbas kelihatan seperti gadis muda 20-an!
  • "Ibaratnya Hari Raya kami sudah jadi seperti pesta baju. Pagi raya baju lain, pergi sembahyang pakai baju lain dan bila keluar beraya pun kami tukar pakai baju baru." Datin Norjuma Habib
  • Bulan puasa adalah bulan 'extra work' untuk wanita sebab bukan saja perlu berpuasa dan bekerja, malah terpaksa bangun awal menyiapkan sahur untuk keluarga.
  • "Saya sanggup tinggalkan lakonan demi menjaga Mama. Teringat kenangan menyuap makanan, memandikan Mama dan tidur bersamanya. Itulah perkara terindah dalam hidup saya!"
  • Ada juga ibu bapa yang sanggup berselindung membantu anak mereka menggugurkan kandungan pertama. Tapi apabila anak itu mengandung kali kedua, barulah berusaha dapatkan bantuan.
  • Pertama kali mendengar suara beatbox dari bibir gadis ini, hanya satu perkara yang terlintas di fikiran – kagum! Dia melantunkan kemahiran membuat beatbox pada lagu-lagu berunsurkan ketuhanan secara unik.
  • Sememangnya menguruskan rumah tangga dan mengendalikan perniagaan sendiri dalam masa yang sama bukanlah tugas mudah. Namun YM Raja Petrina Suziana Raja Putra Shah buktikan sebaliknya.
  • Pertemuan yang diatur khas di Holiday Villa Hotel Subang Jaya itu menerbitkan sebuah suasana santai. YM Raja Izzah Amira Raja Zaen tiba tepat pada waktunya, diiringi bonda tersayang YM Raja Shaharizad Raja Shahar yang kelihatan bagaikan sepasang teman karib. Kedua-duanya begitu mesra dan menyenangkan, sekali gus membibit rasa selesa tatkala temu bual dijalankan.
  • Bergelar ibu kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor nyata bukan perkara mudah bagi Datin Noor Kartini Mohammad Noor. Biarpun pada awal pembabitan anak ketiga daripada sembilan beradik itu dalam industri seni menerbitkan perasaan gusar di benaknya namun saban tahun Datin Kartini yang lebih dikenali dengan panggilan Datin Tini sudah mampu menyesuaikan diri dengan tempias dunia glamor Neelofa.
  • Meraikan edisi Hari Ibu dan sebagai mewakili kaum ibu di seluruh negara, Datin Syahida Arifin menyimpul indah perjalanan hidup yang dilaluinya selama ini khusus buat tatapan pembaca dengan harapan agar segala perkongsian membawa manfaat kepada bakal ibu di luar sana.
  • Meskipun laluan kerjayanya sebagai penghibur di Malaysia baru bermula, namun berkat tular di aplikasi media sosial, kewujudannya di sini telah lama dirasakan.
  • Mengenali beliau, boleh dikatakan bahawa Dato Nadia Marni seorang yang cukup peramah dan tidak memilih ‘bulu’ dalam membina tali persahabatan. Tiada istilah siapa yang lebih berkelas ataupun tidak. Ini menjadikan beliau begitu disenangi.
  • Semenjak berusia 10 tahun, dia telah diberikan raket dan bulu tangkis bagi membiasakan diri di gelanggang. Dari sekadar suka-suka, minat terhadap sukan itu mendorong beliau agar bermain secara serius. Dan akhirnya pada usia 13 tahun, langkah beliau terus mara dengan memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk bergelar atlet badminton nasional.
  • Ketakutan seorang usahawan adalah apabila industri yang diusahakan menjadi tidak relevan. Lihat seperti bagaimana Uber menjejaskan perkhidmatan teksi, begitu jualah impak teknologi baru kepada setiap industri.
  • Siapa yang tidak mengenali figura terkenal Sarimah Ibrahim yang memiliki raut wajah pan asian serta petah berkata-kata. Melihat raut wajahnya yang tidak dimakan usia umpama melihatnya ketika mula-mula berjinak-jinak dalam industri seni tempatan sebagai pengacara televisyen 20 tahun lalu. Menginjak usia 38 tahun, bentuk tubuh langsing seperti anak dara benar-benar menimbulkan rasa cemburu.
  • Meniti usia 25 tahun, kejayaan Nor Atirah Mohd Rahani sebagai usahawan wajar menjadi contoh kepada para wanita di luar sana. Jika sebelum ini empayar niaga berasaskan kecantikan dan hijab Atirah hanya beroperasi secara online, kini penggemar hijabi boleh mendapatkan rangkaian produk yang diusahakan isteri kepada Azzuddin Ezhar dengan mudah di butik fizikal Aeira Couture di Saujana Utama, Sungai Buloh.
  • Sejak kecil, dia sudah dibawa masuk ke studio rakaman. Bukan sebagai hos seperti yang dilakukan Adriana Adnan ketika ini tetapi kerana sering menemani ibunya, Datin Zamzarina Zambri yang merupakan bekas penyampai berita dan pengacara program di RTM.
  • Tidak yakin dengan diri sendiri akhirnya membawa gadis ini tidak mahu bersosial dengan masyarakat. Namun, akhirnya gadis tinggi lampai ini membina semangat untuk ‘membalas dendam’ segala hinaan yang diterima dengan mengembalikan berat badan ideal.
  • Cit cat Nona bersama Nora Ariffin, selebriti jelita yang kini sudah mendirikan rumah tangga selama 24 tahun dengan komposer Johan Nawawi turut berkongsi pandangannya tentang cinta.
  • Media sosial boleh menjadi sesuatu yang negatif kerana ia mengambil atau mencuri masa wanita itu daripada keluarga. Lebih-lebih lagi apabila penggunaannya tidak terkawal.
  • Adakah pasangan ini sememangnya telah berkongsi hati dan benar-benar bercinta? Adakah ini sekadar gosip dalam industri hiburan?
  • Melihat telatah nan ceria dan optimis, tidak menduga wanita cantik yang tidak lekang dengan senyuman ini pernah menempuh mimpi ngeri. Ternyata ujian dalam kehidupan manusia adalah lumrah dengan jalan cerita yang berbeza.
  • ‘Cinta kepada bangsa dan negara Malaysia, saya sanggup mati untuknya’ demikian erti patriotisme yang diungkapkan oleh Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail, 80.
  • Langkah Datin Sri Umie aida kemas diatur sewaktu tiba ke perkarangan studio. Sambil ditemani jurusolek tersohor, Sue Cantik, wanita kenamaan ini mesra menghulurkan salam pertemuan. Cahaya kelembutan memancar terang daripada raut wajah jelitanya, malah semenjak berhijab, beliau tampak semakin anggun dan matang. ibarat magnet, kerudung biru dipadukan jeans dan kardigan putih DKNY menarik perhatian. Sepatu sneakers Isabel Marant melengkapi gaya.
  • Wanita yang berusia 36 tahun ini merupakan pengarah kreatif dan juga pereka fesyen jenama A’sutra. Jari-jemari dan mindanya sentiasa berkarya demi kepuasan pelanggan setia.
  • Pereka fesyen kecil molek ini bukanlah asing di dalam dunia fesyen tempatan. Bakat dan kehebatannya diakui ramai bukan sahaja daripada golongan kebanyakan bahkan kerabat-kerabat diraja juga mendapatkan khidmat beliau dalam mereka pakaian.
  • Pernah dikenali dengan gelaran saudagar permata handalan, figura profil lelaki bulan ini bukan calang-calang hebatnya. Kredibiliti Dato’ Meer dalam menjalankan bisnes perdagangan batu permata, emas dan berlian yang bernilai jutaan ringgit sesungguhnya amat mengagumkan.
  • Menyambut lebaran di luar negara tanpa keluarga tercinta di sisi untuk bersalaman dan bermaafan bukanlah keinginan setiap insan. Namun apakan daya, demi kerjaya dan suami tiga wanita bergelar isteri dan ibu ini iaitu Rosyati Mohd Taha, Nur Bettina Abu Hassan dan Dr Suzani Samuri akur akan tuntutan tersebut.
  • Si molek anggun, Nurida Suraya Mohd Suhaimi ini tampak tidak kekok sepanjang penggambaran dilakukan.
  • Di usianya yang masih muda, Tunku Hanis atau nama sebenarnya Tunku Norhanis Binti Tunku Salman, tidak hanya cantik rupawan namun juga bijak dan berkarakter.
  • Lebih tiga puluh tiga tahun, Dato’ Ahmad Rasidi Bin Hazizi telah berkhidmat di Kementerian Luar Negeri. Terlalu banyak pengalaman kerjaya dan kehidupan yang telah dilaluinya, jika ingin diluahkan satu persatu tentu sahaja boleh dijadikan sebuah karya terindah buat diri dan keluarganya.
  • Tibanya Ramadan, selain memenuhi kewajipan menahan diri dari lapar dan dahaga, adalah lebih berkat jika dilalui dengan membaca Al- Quran. Kalau dapat khatam, itu yang lebih baik.
  • Walau apa jua yang diperkatakan, Cef Mohd Zalizam, Chef de Cuisine dari InterContinental Kuala Lumpur terus memartabatkan sajian ini di mata tempatan dan antarabangsa.
  • ‘She Loves To Provoke And Seduce With Smart Irony’. Meminjam ungkapan Frida Giannini, pengkarya Gucci yang punya tangan penuh magis, sewaktu pertunjukan koleksinya beberapa musim lalu adalah bertepatan digandingkan dengan seorang perawan muda yang baru mencipta nama di dalam dunia fesyen penuh kemasyhuran ini.
  • Beliau merupakan salah seorang pereka yang setia dengan konsep ciptaannya, sesuai sekali dengan prinsip Barbara - ‘Joy of living and dreams. They show that life can be magical at any moment. Just decide! My bags are arty, happy travel companions’.
  • Tengku Nor Aimie Tengku Mohd Ismail atau lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Ku Aimie seorang yang cukup merendah diri. Keramahan Ku Aimie nyata ikhlas dan asli bagaikan sudah lama mengenali.
  • Inspirasi anak jati kelahiran Selangor ini meniupkan aura semangat buat kaum Adam di luar sana bagi membangunkan perniagaan industri pengurusan acara serta seni bina dalaman, sekali gus menandingi kejayaan bangsa lain.
  • Sebagai seorang ibu muda yang menyambut kelahiran bayi pertamanya pasti sedikit sebanyak gusar bersarang di dalam hati.
  • Melangkah masuk ke dalam butiknya memberikan pelbagai variasi rekaan busana tradisi yang diberi nafas moden. Jika pereka-pereka baru begitu fokus dengan visi yang moden, pereka fesyen yang mesra dengan panggilan Jedan ini selesa mempertahankan rekaan turun temurun busana seperti baju kurung dan kurung kedah namun diberi sentuhan yang tersendiri.
  • Sebenarnya kunjungan ke Tanah Suci bukan sekadar memenuhi prinsip rukun Islam yang lima, bukan juga sekadar melewati makam-makam nabi dan para sahabat baginda, bukan juga sekadar menelusuri Islam secara dekat dan bukan juga sekadar menjalani ritual penghapus dosa tetapi yang paling utama adalah kedatangan ke Tanah Suci itu adalah kelangsungan jemputan teragung dari Ilahi.
  • Kehadiran Ramadan tentunya satu penantian yang menggembirakan. Sedang orang lain sibuk dengan urusan keluarga, Datin Seri Noor Aisha Farizan juga tidak ketinggalan.
  • “Segalanya bermula daripada minat. Saya tidak dilahirkan dalam keluarga berada. Sebagai anak kedua di dalam keluarga, tentunya saya tidak mahu membebankan ibu bapa untuk urusan perbelanjaan di universiti dulu."
  • Islam meletakkan nilai yang mulia kepada wanita yang bernama ibu. Menghormati ibu merupakan satu kewajipan.
  • Di sebalik tarikan elegan persis supermodel, Dato’ Dr. Jessie sebenarnya memiliki kelulusan kedoktoran dari Kasturba Medical College, Manipal India pada tahun 1993 dan pernah berkhidmat di hospital kerajaan selama empat tahun.
  • Seorang cahaya mata itu adalah rahsia orang tua dan pemegang seluruh hak dan keistimewaannya. Pada saat keduanya masih hidup, anak itu sebagai penenang dan pada saat ia kembali ke rahmatullah, anak itu sebagai penyambung dan lambang keabadian untuk terus berbakti mengirim amal kebaikan pada roh ayah dan bonda.
  • Bagi personaliti ini, hidup terlalu padat dengan kisah yang indah dan tak henti-henti mengalirkan inspirasi bagi mereka yang tak jemu mencari.
  • Sebelum ini, dia juga sering menulis artikel berkaitan pelancongan dan kelebihan itu dijadikan medium untuknya pergi lebih jauh.
  • Tidak seperti pasangan bercinta yang lain, Syaz dan Reza jarang sekali bertemu. Masing-masing sibuk dengan pengajian dan kerjaya impian sehinggalah perkenalan selama 12 tahun itu kembali bertaut apabila mereka sepakat menubuhkan syarikat pengiklanan bersama iaitu Seinna Studio Sdn. Bhd.
  • Reka Teemor, salah satu perancang perkahwinan terkenal tanah air bakal merealisasikan impian destinasi perkahwinan anda seterusnya mencipta sejarah tersendiri yang akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.
  • Sudah aturan Tuhan maha penyatu dua hati, Kaiyisah dan Shahril ditakdirkan untuk bertemu kembali buat ke sekian kalinya tatkala Shahril mengikut serta menghantar teman wanita sepupunya pulang ke asrama di mana tempat Kaiyisah menuntut.
  • Kisah cinta pasangan ini bermula pada tahun 2009 sewaktu mereka masih sama-sama menuntut di Royal Melbourne Institute of Technology di Australia. Namun mereka bukanlah berkenalan di universiti sebaliknya bertemu buat pertama kali ketika seorang sahabat mengadakan majlis potluck makan malam.
  • Sedang rakan seusianya sibuk mengulang kaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Allan pula sibuk mencari lubang rezeki kerana minatnya pada sekolah dan pelajaran sudah tidak ada. Mujur hasratnya untuk mencari kerja kuat dan tidak mengharapkan orang tuanya lagi.
  • Kreativiti melebihi imaginasi mencipta karya yang luar biasa. Inti pati dalam penghasilan karya menuntut komitmen tinggi bagi menjalin idea untuk membentuk hasil seni yang indah dipandang mata. Rasa ini meresap dalam dirinya yang tidak pernah henti merealisasikan apa yang bermain di fikiran.
  • Man Kajang berbicara mengenai dunia fesyen dan sekali gus melunasi informasi mengenai trend perkahwinan masa kini.
  • Kecintaan Raja Putra terhadap sukan ekstrem seperti jet ski bukan lagi baru. Semenjak tahun 90-an, beliau sudah aktif menyertai perlumbaan dan merangkul pelbagai kemenangan. Sempat kami melihat aksinya menunggang jet ski sambil ditemani Tengku Soraya di belakang.
  • Figura ini pernah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan dalam pencarian 50 Wanita Paling Cantik 2010/2011 yang dicetuskan oleh Majalah Female suatu ketika dulu. Dalam perjalanan karier ini, Dian Sharlin menemukan ramuan utama untuk terus maju yakni tak pernah kenal erti jemu dan putus asa.
  • Pasangan merpati dua sejoli ini, mula bertemu mata saat keluarga Niza memperkenalkan anak teruna mereka kepada Aqila. Waktu itu tiada apa-apa yang istimewa berlaku, mereka hanya berhubung sebagai seorang sahabat dan banyak berkomunikasi menerusi aplikasi BBM atau kadangkala berbual melalui telefon.
  • Jika dilihat pada laman Instagramnya pasti ramai yang tidak menyangka wanita yang berwajah lembut dan peramah ini merupakan seorang yang berkerjaya tinggi. Tugasnya sebagai ketua bahagian bagi produk ‘Digital Money’ di salah sebuah syarikat telekomunikasi mudah alih di ibu negara menuntutnya untuk bijak membahagikan masa dengan baik untuk mengimbangi kehidupan sebagai seorang ketua, isteri, ibu dan juga sahabat.
  • Bertepatan dengan tema perkahwinan kali ini, ruangan Fokus Nona mengetengahkan kehidupan 3 pasangan pengantin baru yang sudi untuk berkongsi pengalaman mereka sejak bergelar suami isteri. Pasangan romantis yang menarik perhatian kami edisi ini adalah Fyza Kadir dan Feruz Zainal, Nina Ismail Sabri dan Jovian Mandagie serta Zazreena dan YM Tengku Mohamed Faizal.
  • Kalau bercerita tentang solekan, sejak umur enam tahun saya sangat suka perhatikan kakak saya berias. Daripada mula dia melayangkan bedak ke pipi sampailah siap, saya tak akan berganjak dari sisi meja solek. Solekan menjadikan dia seorang wanita yang sangat cantik, malah bagi saya bagaikan seorang puteri. Waktu itu hati berkata, bilalah saya boleh bersolek seperti dia?
  • Saya sering terjumpa individu yang bermasalah kad kredit dan mempunyai tabiat berhutang tanpa urus. Kad kredit digunakan tanpa disiplin sehingga hutang melambung beratus-ratus ribu ringgit. Ada juga yang menggunakannya sehingga sembilan keping ke tahap maksimum. Akibatnya fikiran mula terbeban dengan hutang sehingga keluarga pun terkena tempiasnya.
  • Melihat personaliti dan budaya kerja yang dipersembahkan oleh bonda dan ayahanda tercinta yang mengendalikan produk kecantikan Natasya mendorong Suhaila Eliani untuk mengambil pedoman sekaligus menyanjungi keduanya dalam usaha untuk mengambil alih tampuk perniagaan yang dibina.
  • Mengukir sebuah pencapaian terutamanya dalam membangunkan sesebuah syarikat bukanlah mudah. Namun, apabila ia mula menapak dan terus berdiri kukuh di mata masyarakat, pastinya menjadi satu kebanggaan. Menyambung legasi dalam perniagaan bebas cukai, Tuan Haji Jeremy Nasrulhaq Boyce kini sudah lebih enam tahun merangka perjalanan Eraman Malaysia
  • Bertuah rasanya apabila dilahirkan dalam sebuah keluarga berada. Dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya dijaga rapi. Bahkan Anis sendiri berkongsi cita rasa fesyen bersama mummynya.
  • Kehidupan yang serba indah tampaknya kini menjadi syarat mutlak untuk kebahagiaan, namun untuk terus mengejar mimpi jauh ke depan, setiap orang cuma diberi satu pilihan dan satu lagi wajar dikorbankan. Mungkin filsuf inilah yang dipegang oleh Pengarah Kreatif dan juga Pengasas My Apparelzoo, Ellie E Norman dalam melakar mimpi menjadi realiti. Cita-cita tak lagi bergantung pada sijil penganugerahan hari graduasi, tapi cukup bersandarkan pada cinta dan kesungguhan.
  • Media sosial dan dunia siber masa kini sememangnya memberi pengaruh besar tentang kredibiliti dan perniagaan seseorang. Hakikat inilah yang dipungut 3 selebriti dalam alam maya ini untuk terus melebarkan sayap perniagaan mereka mahupun personaliti diri.
  • Untuk pengetahuan anda wanita bertubuh langsing ini juga merupakan seorang usahawan kecantikan berjaya. Beliau merupakan pemilik kepada spa kecantikan D’Lugano.
  • Jenama Radiusite sememangnya cukup sinonim dengan fesyen hijab tempatan. Rekaannya yang trendy dan mengikuti arus fesyen semasa menjadikan ia antara label hijab paling digemari ramai. Lebih-lebih lagi apabila tibanya musim perayaan Aidilfitri.
  • Siapa sangka, wanita yang bermula dengan bidang kejuruteraan ini mampu mencipta nama dalam dunia fesyen. Apatah lagi, pengetahuannya dalam ilmu fesyen masih ‘kosong’. Namun, Dato’ Ida berusaha untuk belajar dan menimba pengalaman demi menzahirkan minatnya terhadap dunia fesyen yang tidak bersempadan.
  • Suite mewah di pinggir bandar milik pasangan suami isteri ini cukup indah. Dilengkapi dengan kolam renang infiniti, ketenangan terpercik walaupun masih berada dalam sebuah bandar raya. Sambil menanti Audri dirias, sempat kami mencungkil detik pertemuan Audri dan suaminya Firdaus.
  • Jika dilihat pada usia dan gayanya, pasti ramai menyangka bahawa figura ini merupakan seorang wanita bekerjaya. Apabila penulis bertanya perkara ini, isteri kepada Dato’ Md. Wira Dani Daim ini seraya menjawab, “Saya merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Sebelum berkahwin saya aktif sebagai model sambilan untuk siaran televisyen dan pernah membintangi beberapa iklan. "
  • “Kami amat bersyukur kerana bakal menimang cahayamata tidak lama lagi. Ia adalah rezeki yang tidak ternilai buat kami. Mudah mudahan selepas ini kehidupan kami akan bertambah bahagia dan anak ini bakal menjadi insan yang berakhlak dan berbakti kepada ibu dan bapa seterusnya bangsa juga negara,” ungkap Tengku Sofia yang tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilannya itu.
  • Karya pemotretan yang dihasilkan nyata mampu berbicara sendiri. Tiap momen yang terakam menerusi lensa kamera mistik milik produksinya menangguk perhatian pencinta seni foto raja sehari. Membuka lembaran Generasi Y kali ini, bersama pengasas Qippy Photography Studio, Faralia Bahari bersama cinta hatinya, Syed Naqib Albar.
  • Bermula dengan koleksi resort pada tahun 2011, nama Alia Bastamam terus maju dengan rekaan yang memukau.
  • Merentasi batas waktu, sebuah hubungan yang diisi dengan cinta suci itu tidak lagi terbiasa bernoktah meskipun berbeza budaya dan adat. Semuanya saling berubah bersama hari yang sudah. Keterbukaan menjalinkan hubungan pada dekad ini telah banyak menyatukan dua hati melayari bahtera rumah tangga dengan penuh kerukunan dan kebahagiaan.
  • Di antara kenangan dan bayang-bayang impian, kita leka mengulit masa. Terasa masih banyak yang ingin dikejar namun tahun baru dan cabaran baru sudah menunggu di depan. Ibarat menimang bayi baru, kebahagiaan 2014 sudah menjelajah di segenap hati. Ingin saya resapkan letusan semangat ini bersama semua wanita agar kita sama-sama bangun merintis segala kemungkinan.
  • Seutuh jenamanya, Pengasas dan Pengarah Urusan Red Profile Sdn. Bhd., Puan Norma Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Emma Ibrahim giat melebarkan kuasa empayar perniagaannya. Beliau merupakan satu-satunya pengilang dan pembekal kasut kulit bumiputera yang beroperasi di Kuching, Sarawak dan mempunyai cawangan sendiri di Kuala Lumpur. Kredibiliti beliau sebagai pengeluar kasut kulit berkualiti membuatkan namanya tersohor di kalangan agensi-agensi kerajaan seperti agensi kerajaan seluruh Sarawak.
  • Tetamu kenamaan kali ini, Datin Ayza Sarbani berjaya mengangkat martabat dan kebolehan wanita apabila mampu menceburi bidang kerjaya yang monopolinya diterajui kaum lelaki. Biarpun bergelar isteri kepada seorang Dato’ dan mampu untuk hanya tinggal di rumah tanpa bekerja, namun personaliti ini lebih berminat menyertai kerjaya lasak tersebut sementalah ia merupakan cita-cita Datin Ayza sejak dari kecil.
  • Susur galur wanita yang lebih mesra dengan panggilan Cher ini berkelulusan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) (Perhubungan Awam) dari UiTM Shah Alam. Cher berasal daripada darah kerabat Perak yang diwarisi bondanya, YM Raja Kamariah Raja Dato’ Amir. Beliau berketurunan dari Sultan Perak ke-28 iaitu Sultan Idris Murshidul’ Adzam Shah atau Sultan Idris Shah 1. Anakanda Sultan merupakan moyang Cher iaitu Raja Bendahara Abdul Rashid, manakala anakanda Raja Bendahara Abdul Rashid pula ialah nendanya iaitu Raja Datin Mariam yang akhirnya berkahwin dengan datuk, Raja Dato’ Amir Raja Razman.
  • Penampilan dan susuk tubuhnya seperti anak gadis yang baru menginjak usia awal 20an. Tetapi sebenarnya wanita berusia 33 tahun ini merupakan ibu kepada seorang cahaya mata, Saif Khalifa dan juga suri hati kepada Erwin Azizi. Walaupun berasal dari Jakarta, Indonesia namun Angela tidak pernah menetap di sana sebaliknya pada usia yang masih kecil, beliau telah dibawa berpindah ke Singapura.
  • Beliau mula mendapat gelaran Datin Seri termuda pada tahun 2000 ketika baru menginjak usia 23 tahun. Hasil perkongsian hidup bersama adinda kepada DYMM Tuanku Raja Perlis, YAM Dato’ Seri Syed Badlishah Putra Jamalulail selama 14 tahun, pasangan diraja ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama YM Sharifah Felucia Aneetra Delfea Jamalullail Syed Badlishah dan YM Syed Fedriel Putra Jamalullail Syed Badlishah.
  • Iras wajah mereka jelas menunjukkan tiga figura berdarah kerabat diraja Pahang ini adalah adik-beradik. Biarpun dilahirkan dalam keluarga bangsawan dan ternama, namun perwatakan diri tiga personaliti tetamu diraja kali ini sentiasa berpijak di bumi yang nyata.
  • Kalau sudah jodoh takkan ke mana. Itulah kata-kata yang paling tepat bagi menggambarkan kisah cinta pereka terkenal Ezuwan Ismail dan permaisuri hatinya, Zahie Omar atau lebih dikenali sebagai Zahida. Walaupun pada mulanya masing-masing menampakkan ego untuk menyulam perkenalan itu, namun desakan jodoh Maha Esa tiada siapa mampu menghalang.
  • Menjadi orang kenamaan yang bergelar status Dato’ pasti mencuri perhatian ramai. Daripada perlakuan sehinggalah ke aspek penampilan, semuanya perlu diselia dalam keadaan baik. Begitulah juga yang sering dititikberatkan Pengarah Eksekutif BEWG (M) Sdn Bhd dan LOYAL BEWG Sdn Bhd, Dato’ Amirul Rahman Abdul Rahim. Beliau yang berusia 39 tahun dan dilahirkan di Kulim, Kedah ini boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki metroseksual. Kenyataan ini turut disokong permaisuri hatinya, Datin Sharifah Sheena Syed Hussein.
  • “Pada awalnya sukar juga menyesuaikan diri dengan suasana baru terutamanya untuk bekerja dengan ibu sebagai majikan. Selama ini kita ada kawan-kawan untuk makan tengah hari, teman berborak atau teman untuk berhibur. Sekarang ini, pelanggan adalah teman. Setiap hari saya mengikat tali persahabatan yang baru dengan datang ke butik.”
  • Menjadi suri hati kepada ahli usahawan yang berjaya nyata memberi 1001 rahmat kepada Datin Paduka Nik Baizura. Saban tahun, beliau menyaksikan jatuh bangun perniagaan yang diusahakan suami tercinta tatkala menghadapi risiko dunia perniagaan. Biarpun bukan lahir dalam keluarga yang berdarah usahawan, namun sokongan dan dorongan yang diberikan suami, Dato Paduka Nik Izani banyak membantunya untuk membina empayar sendiri.
  • Cinta dan semangat Farahana Azmin terhadap dunia tarian begitu mendalam. Beliau mula diberi pendedahan tentang dunia tarian sejak berusia empat tahun lagi. Ketika itu, Farahana mengikuti kelas tarian balet dan gemar melakukan regim tiptoe dan twirl. Kesan daripada keasyikkan sewaktu menari, gadis berusia 28 tahun ini mula terjun ke arena sukan negara sebagai atlet sukan gimnastik berirama. Lebih membanggakan, Farahana pernah mewakili negara dalam pertandingan bertaraf antarabangsa seperti Kejohanan Dunia dan Kejohanan Empat Benua.
  • Lina Teoh, Elaine Daly dan Kavitha Kaur Sidhu. Tiga nama besar dalam sejarah lembaran Pertandingan Miss Malaysia. Selari dengan edisi kali ini yang mengetengahkan ‘Sihat dan Cantik’, Nona berkesempatan merakamkan wajah terbaru tiga jelitawan ini secara eksklusif di samping menyelongkar rahsia dan perkembangan terbaru mereka.
  • Kemenangan dinobatkan sebagai Mrs. Malaysia Beauty Ambassador 2013 sedikit sebanyak mengubah kehidupan Datin Reiss Tiara terutama dari segi penampilan dan kesihatan. Biarpun bergelar suri rumah sepenuh masa, namun kelibatnya sering kelihatan di majlis-majlis eksklusif. Memiliki ramai kenalan di kalangan golongan sosialit disertai dengan minat mendalam terhadap dunia fesyen dan kecantikan mendorong figura ini untuk sentiasa tampil elegan.
  • Tutur bicara personaliti diraja Nona kali ini mengenai definisi cantik dan sihat cukup menyakinkan. Selain bercerita perihal ini dari perspektif yang berbeza daripada kebanyakan wanita, figura ini juga nyata memiliki keperibadian yang tinggi. Biarpun memiliki status kenamaan dan darah diraja mengalir pekat di dalam tubuhnya, namun Vic enggan menggunakan kelebihan tersebut semata-mata untuk meraih kesenangan dan penghormatan daripada masyarakat.
  • Kenangan sewaktu dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Miss Malaysia/International 1979 lalu seakan masih hangat di fikiran. Semenjak peristiwa tersebut, penglibatan saya dalam industri seni semakin kukuh terutamanya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lumrah gadis remaja, pada awalnya saya memang tidak menjaga kecantikan sehinggalah menyedari betapa tingginya nilai kecantikan untuk mendapat tawaran kerja.
  • Demi kesinambungan legasi perniagaan yang diwarisi kedua ibu bapanya, Pengarah Urusan Jakel, Datuk Hj Mohamed Faroz Mohamed Jakel terpaksa menguburkan hasrat ketika waktu kecilnya untuk menjadi seorang akauntan dan doktor. Jelas Mohamed Faroz, di saat kanak-kanak seusia 12 tahun sedang bebas bermain bersama rakan-rakan, beliau pula terpaksa akur dengan kemahuan bapanya untuk membantu menguruskan perniagaan Jakel.
  • Tiada bezanya manusia sempurna dengan golongan kelainan upaya (OKU) dalam meraih kebahagiaan dan kejayaan hidup. Tanpa usaha yang gigih tidak mungkin kejayaan itu datang secara bergolek. Paling utama, kecekalan dan tekad untuk berjuang dan berjaya perlu ada dalam sanubari setiap insan baik kepada mereka yang mempunyai fizikal lengkap mahupun OKU.
  • Mempunyai kelulusan dalam bidang Pengajian Perniagaan membuatkan Shena Mohamed mampu menguruskan perniagaan sendiri. ‘Romanza Le Restaurant’ merupakan restoran kendalian beliau di bawah syarikat Global Food & Hospitality Sdn Bhd yang merangkumi bidang restoran dan hospitaliti sejak ditubuhkan pada tahun 2010.
  • Menetap di kota London hampir tujuh tahun nyata tidak mengubah jati diri Datin Norizan sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup masyarakat Melayu. Biarpun terpaksa berjauhan daripada keluarga tersayang sebaik mendirikan rumahtangga, namun keakraban rakyat Malaysia di sana sedikit sebanyak mengubati kerinduan wanita ini.
  • Darah diraja yang mengalir dalam tubuhnya sedikit pun tidak menjejaskan kehidupan sosial YM Raja Noor Aleza. Bahkan, kelebihan sebagai orang kenamaan digunakan sebaiknya bagi tujuan kebajikan. Biarpun hidup Raja Noor Aleza dilimpahi dengan kemewahan, namun beliau masih beringat untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  • Di ambang Syawal, sudah menjadi tradisi bagi umat Islam di negara ini untuk menganjurkan majlis rumah terbuka. Selain merayakan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, open house diadakan untuk mengeratkan lagi silaturahim bukan sahaja di kalangan kaum kerabat seagama, tetapi juga di kalangan bangsa asing.
Kelab Safi Rania Gold
#
#
A heart of gold issue... Cerita kemanusiaan. Realiti kesusahan. Kisah bangkit dari kejatuhan. Dapatkan Nona edisi Mac 2016 di pasaran.
PERSONALITI FESYEN CANTIK LIFESTYLE
Tetamu Tip Bual Cantik Dekor
Wanita Cemerlang Selebriti Makeover Destinasi
Galeri Ikon Fesyen Tip Solekan Resipi
Pentas Fesyen Nota Cantik Restoran Pilihan
Scene! Kesihatan+Pemakanan