• Forbes menyenaraikan Nguyen sebagai di antara wanita paling berkuasa dan di antara individu terkaya di dunia. Wanita ini merupakan Pengasas dan CEO syarikat penerbangan tambang murah di Vietnam, VietJet Air.
  • Bertudung labuh bukanlah penghalang untuk menceburi dunia fesyen. Bagi Nur Amirah Maulat Abdullah, perniagaan bukan sekadar platform mencari keuntungan tetapi sebagai ibadah yang penuh syafaat.
  • Berhijab adalah wajib dan tidak kira dalam apa jua keadaan kita perlu taat pada suruhan-Nya dan tidak boleh elak sama sekali. Sukar saya hendak menerangkan pengertian sebenar hijab sebab semua ini bukanlah perkara yang boleh kita kompromi kerana ia telah ditetapkan oleh Allah.
  • Hubungan akrab di antara ibu dan anak pasti mencipta sebuah kenangan indah untuk dikenang sampai bila-bila. Noor Hayati Kamarzaman, Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi akui corak pendidikan terhadap anak-anak bergantung kepada keperibadian anak-anak itu sendiri.
  • “Jadikanlah hari ini sebagai modal untuk kejayaan pada hari esok dan selamanya serta istiqamah dalam perjuangan keusahawanan. Tanamkan juga sifat integrity dalam urusan perniagaan dan kehidupan serta ikhlas kepada diri, masyarakat dan Pencipta. Untuk menjadi usahawan yang berjaya tunaikan solat sunat tahajud dan solat dhuha setiap hari bagi mendapat keberkatan Illahi dan rezeki yang halal.”
  • Biarpun bertubuh genit namun kesungguhan wanita anggun berusia 33 tahun ini boleh dijadikan inspirasi buat seluruh wanita di luar sana. Dia sanggup meninggalkan kerjaya tetapnya demi melihat anak-anak membesar di hadapan mata seterusnya mendapatkan kembali masa berkualiti bersama keluarga.
  • Meniti usia 54 tahun, ibu tunggal kepada dua orang anak yang kini bergelar stokis De’Xandra mampu tersenyum puas apabila kerja keras mengangkat produk wangian berinspirasikan jenama antarabangsa ini mendatangkan pulangan lumayan buat dirinya.
  • Sebagai ikhtiar semula jadi berasaskan makanan sunah, Nona diperkenalkan dengan jenama LISTRA yang menggunakan ramuan asli habbatussauda. Bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasasnya, Siti Eaishah Haji Hamzah, kami bercerita tentang empayar LISTRA yang kian berkembang luas.
  • Memiliki barangan mewah seperti beg tangan Chanel yang ikonik, menyarung sepatu Louboutin yang autentik dan melilit jam berlian Longines ibarat satu kepuasan. Nikmat memilikinya, hati diulit riang apatah lagi menggayakannya ke majlis glamor. Kerana itu wanita senantiasa menyenangi item-item mahal, meskipun ada kalanya di luar kemampuan.
  • Mengimbas detik bergelar seorang ibu, tersimpan kisah suka dan duka tatkala Dr Niki dan suami dikhabarkan bakal menimang cahaya mata. “Pengalaman melahirkan kedua-dua zuriat merupakan momen terindah buat saya secara peribadi kerana sepanjang kehamilan saya dikelilingi keluarga dan mendapat sokongan suami tercinta.
  • Realitinya, tugas Doktor Gigi Tentera ini bukan hanya merawat kesihatan gigi anggota tentera sebaliknya wanita berusia 31 tahun ini turut tidak terlepas menjalani latihan sukar dan aktiviti ketenteraan yang lasak.
  • Penerimaan yang tinggi terhadap produk De’Xandra telah melahirkan ramai usahawan sukses yang berjaya menjana pendapatan lumayan sekali gus dijadikan inspirasi dalam merubah gaya hidup agar menjadi lebih baik. Bagi Nur Aliah Mohd Nor, pegangan mutlak itu sentiasa tersemat di jiwa usahawan muda yang berusia 25 tahun ini.
  • Pengalaman menceburi dunia minyak dan gas sebagai seorang Financial Controller membuatkan Amalina Abas sentiasa sibuk dengan komitmen tugas. Antara portfolio terbaiknya adalah sewaktu berkhidmat dengan sebuah syarikat multinasional selama 10 tahun sebelum kini menyertai sebuah syarikat tempatan, memasuki tahun kedua.
  • Tiga tahun berhempas-pulas mencari rezeki melalui perniagaan atas talian, sedikit demi sedikit Faziani menyimpan duit keuntungan untuk membuka sebuah salun kecantikan. Malangnya, ia cuma bertahan seketika kerana dipecah masuk perompak.
  • Butik Neng Geulis tidak perlu diperkenalkan lagi. Jenama Neng Geulis kini semakin dikenali dan diterima ramai kerana sentiasa memenuhi cita rasa pengguna. Kegawatan ekonomi tidak sedikit pun memberi kesan kerana mereka sentiasa tampil dengan produk fesyen terkini pada harga mampu milik.
  • Sandwich bukan merupakan makanan ruji kita tetapi sandwich mampu mengenyangkan perut dan menjadi hidangan lengkap lebih-lebih lagi buat mereka yang sedang berdiet. Fenomena Sandwich Garsa Kitchen telah mencipta nama dengan penghantaran sandwich istimewa ke depan pintu rumah.
  • Memulakan perniagaan dengan membuka kios yang menjual pelbagai jenama hijab adalah langkah pertama dilakukan walaupun memiliki ijazah sarjana muda undang-undang di University of London.
  • Peluang bertemu dengan ketua pegawai eksekutif Mustika Ratu tidak penulis sia-siakan. Siapa sangka beliau yang kelihatan cukup anggun dan kekal cantik ini sudahpun berusia 58 tahun.
  • Minat terhadap bidang kesukarelawan bermula ketika Tini mengendalikan program televisyen 3R. Sebagai hos dan wartawan, dia banyak berhubung dengan golongan wanita serta belia untuk membincangkan tentang pelbagai isu berat seperti kes rogol, cabul dan diskriminasi jantina.
  • Menyentuh tentang bidang penerbangan, pasti ramai yang terbayangkan jentera udara seperti helikopter, jet dan kapal terbang. Namun hakikatnya, belon udara panas juga adalah salah satu cabang aviation yang menuntut skil latihan profesional serta lesen yang diiktiraf untuk dikendalikan.
  • Hijab itu bukan tabir suria, penghalang dari terik mentari yang menerpa. Bukan juga selimut yang menghangatkan atau selembar kain pelindung dari terpaan debu-debu berterbangan.
  • Raja Elly Yusnita Raja Kamaruddin merupakan seorang blogger di tapak blogspot miliknya ‘Elly in W onderland’ yang dalam masa sama turut mengusahakan empayar niaga pemindahan barangan orang perseorangan dan syarikat dikenali sebagai Mashoor Gemilang (MG) Movers.
  • Mahligai indah milik Datin Seri Salasiah Bidin di Seremban gamat dengan usikan dan gelak tawa. Cerita beliau tentang kediaman banglo kayu dua tingkat itu menjadi pembuka bicara, seterusnya membuatkan perbualan kami tambah akrab.
  • Sebelum ini heboh di media sosial Dato’ Sri Hanni Borhan Pengasas Jamu Susuk Dara, Syarikat (JSD) Holdings Sdn. Bhd. dipukul dan didera oleh suami.
  • Kita lihat betapa mudahnya untuk 'lean back', iaitu mengelakkan cabaran, 'stagnant' dalam zon selesa, tunduk kepada tekanan masyarakat dan stereotaip terhadap jantina. Apa lagi selepas seseorang wanita berkahwin dan memiliki anak, fokus untuk maju dalam kerjaya pun mula tergugat.
  • Wanita ini berjaya membuktikan wanita Malaysia juga boleh meraih jawatan tertinggi dalam syarikat kosmetik yang bertaraf antarabangsa.
  • Dua beradik jelita ini mengubah persepsi ramai orang tentang dunia ratu cantik yang dilihat hanya menekankan kecantikan luaran saja. Tapi keduanya menukar pandangan tersebut, adik dan kakak ini merupakan pelajar perubatan malah Miss Grand Malaysia 2016 iaitu Ranmeet sudahpun bergelar doktor.
  • Daripada industri perbankan, wanita ini mencabar keupayaan diri untuk menceburi bidang pengangkutan awam. Bukan bas atau teksi tapi kereta api.
  • Nama Joyah Vegas atau JV sememangnya popular untuk wanita ini. Rata-rata rakyat Malaysia yang ke Las Vegas, Amerika Syarikat pasti akan mengenali anak jati Malaysia kelahiran Pagoh, Johor ini.
  • Sudah lumrah kehidupan wanita sentiasa dikaitkan dengan segala perihal dunia yang feminin, cantik, sopan dan juga lemah lembut. Ciri-ciri ini bagaikan satu tanda aras kepada personaliti wanita yang ideal.
  • Tujuh tahun lalu Faziani Rohban bukan sesiapa. Hanya seorang suri rumah yang gigih menjana pendapatan dengan menjual produk secara online.
  • Persis peragawati tapi rupanya doktor! Bukan itu saja, susuk tubuh yang langsing ramai tak menyangka dia ibu kepada dua cahaya mata.
  • Nurzahida merupakan lulusan Master of International Revenue Administration dari Canberra University, Australia, serta pemegang kelas pertama dengan kepujian dalam jurusan Ba. Accounting & Finance dari Middlesex University, London. Semasa di London, Nurzahida aktif melibatkan diri dalam kelab UMNO London antaranya menyertai aktiviti Easter Break Football Tournament, Hari Merdeka, Hari Malaysia, jualan amal dan ceramah bersama menteri.
  • Tidak pernah terlintas walau sedetik pun di benaknya untuk menyertai perniagaan multi level marketing. Sikap kurang percaya dan tidak berminat menjadi faktor utama. Namun, kelebihan syarikat Phytoscience membuatkan jiwanya tertarik untuk menyertai perniagaan MLM.
  • Bersandarkan kepada bakat dan kecintaannya terhadap lukisan sejak kecil telah membawa wanita berusia 35 tahun ini mendalami seni lukisan. Dalila Dato’ Daud, sebuah nama yang masih segar dalam arena seni lukisan tanah air.
  • Berfikiran jauh serta aktif melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan antara kelebihan yang ada pada wanita ini. Di sebalik kelembutan peribadinya tersemat keyakinan dan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru. Walaupun dihambat dengan kesibukan tugas sebagai setiausaha di syarikat milik suaminya, dia masih mampu ‘mencuri’ peluang mengusahakan sebuah butik pakaian di sekitar Shah Alam.
  • Sejujurnya, wanita ini wajar digelar ikon. Pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penyiaran radio pastinya menyaksikan pelbagai perit jerih serta jatuh bangunnya wanita ini bergelar penyampai radio berkaliber.
  • Menyingkap sejenak latar belakangnya, Dato’ Norliza merupakan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang namun dibesarkan di Sabah kerana mengikut kedua ibu bapanya yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Gaya. Dato’ Norliza merupakan anak sulung dari enam beradik. Dato’ Norliza pernah menjadi pelajar di Sekolah Menengah St. Francis Convent, Kota Kinabalu serta Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu. Sebaik tamat persekolahan, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni (Kepujian) dalam bidang Geografi.
  • Dr. N. Sutina Nordin merupakan Pakar Kecantikan dan Kesihatan Estetik serta pemilik kepada En-hanze Medical Aesthetics Centre yang terletak di Phileo Damansara 1, Petaling Jaya. Menurut wanita yang mesra disapa sebagai Dr. Sutina, kliniknya itu mula dibuka sekitar tahun 2001. Namun begitu, Dr. Sutina mula menceburkan diri dalam bidang ini ialah pada tahun 1998.
  • Di sebalik kejayaan yang dikecapi hari ini tersimpul sebuah kisah perit yang masih segar dalam ingatan wanita berusia 47 tahun ini. Hasil perkongsian hidup Nora bersama suami tercinta, Abdul Ghani Hadzri pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata termasuk seorang anak kelainan upaya (OKU). Walaupun tidak dilimpahi dengan kemewahan, namun gaya hidup sederhana yang diterapkan Nora kepada anak-anaknya menguatkan lagi ikatan kekeluargaan sesama mereka.
  • Mengambil selebriti popular sebagai duta produk penjagaan kulit dan kecantikan merupakan salah satu strategi syarikat kosmetik dalam mempromosikan barangan. Tidak dinafikan, inisiatif tersebut berupaya melonjakkan nilai jualan produk. Walaupun ada benarnya kenyataan itu, namun pengasas jenama penjagaan kulit Melissachens lebih yakin dengan kualiti produknya berbanding kemahsyuran seseorang selebriti tersebut.
  • Biarpun hanya dipasarkan di farmasi tertentu, namun produk kosmetik Cosmoderm masih utuh bertahan dan semakin mendapat tempat di kalangan mereka yang mengalami masalah kulit wajah. Menyingkap kembali kisah kebangkitan Cosmoderm, figura yang dulunya berkhidmat di sektor awam dan swasta dalam bidang pendidikan, pengurusan sumber manusia dan latihan selama 22 tahun ini tekad menceburi bidang perniagaan kosmetik Cosmoderm. Memandangkan syarikat tersebut sedang berada dalam peralihan pengurusan dan memerlukan pelabur serta Pengurus Urusan, maka Mawarni Hassan bersedia untuk mencabar kemampuan dirinya.
  • Dilahirkan dalam keluarga yang memiliki empayar perniagaan sendiri merupakan satu bonus buat Nur Fatin Datuk Ibrahim. Memegang jawatan Pengarah Eksekutif Kumpulan di Dewin Holdings Sdn Bhd di syarikat milik ayah sendiri bukan bererti beliau sudah berada dalam kedudukan selesa. Sebaliknya, kepercayaan penuh yang diberi dimanfaatkan sebaik mungkin agar perniagaan produk makanan yang dibina selama ini terus berkembang maju.
  • Siapa sangka keyakinan yang dulunya hilang sejak pemergian suami tercinta dua tahun lepas kembali teguh hingga melayakkan wanita ini menggungguli pasaran produk kecantikan tempatan. Usianya yang masih muda menyeru Amiza Abdullah untuk terus gigih mengusahakan produk makanan tambahan Ephyra keluaran syarikatnya Oceanlife Marketing Sdn Bhd.
  • ‘Genggam bara api biar sampai jadi abu’ bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat. Begitulah tingginya aspirasi dalam diri Pengarah Eksekutif Empire Classic Furniture, Christine Chooi yang mengusahakan syarikat perabot terkemuka iaitu Empire Classic Furniture (ECF) yang sudah mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2003 lagi.
  • Menguasai kerjaya yang majoritinya dimonopoli oleh lelaki bukanlah menjadi penghalang kepada Dato’ Samsiah Abu Bakar untuk terus berbakti kepada negara. Mujurlah kesibukan kerjayanya sebagai Ketua Pegawai Integriti atau Chief Integry Officer (CIO) di salah sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka sejak Jun 2012 tidak menghalang pertemuan yang telah diatur. Keramahan dan sifat optimistik yang dimiliki membuatkan wanita waja ini begitu selesa didampingi di sebalik ketegasannya.
  • Dari suaranya di gagang telefon sudah terbit rasa hormat pada Kak Liza atau nama lengkapnya, Noorulazwaliza Bte Noh, 37, yang memiliki pengalaman yang meluas dalam bidang pengurusan makanan. Tidak hairanlah jika wanita ini sering menjadi rujukan kakitangan pelapis selain menjadi sumber inspirasi kepada mereka.
INSTAGRAM


TWITTER
Kelab Safi Rania Gold
Isu Rumah Terbuka & Kemerdekaan, Nona mendekati insan 'from all walks of life' berkongsi kisah kebebasan. Miliki Nona Ogos 2017 sekarang.
PERSONALITI FESYEN CANTIK LIFESTYLE
Tetamu Tip Bual Cantik Dekor
Wanita Cemerlang Selebriti Makeover Destinasi
Galeri Ikon Fesyen Tip Solekan Resipi
Pentas Fesyen Nota Cantik Restoran Pilihan
Scene! Kesihatan+Pemakanan