Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid bukan lagi nama asing dalam acara dan majlis ilmu di negara ini. Terkenal dengan gaya penyampaian santai dan tutur bicara penuh kelembutan, maka tidak hairanlah pendakwah berusia 34 tahun ini mendapat tempat di kalangan belia yang selesa dengan pendekatan sedemikian. Tiap butir bicara tersusun rapi dan sarat dengan ketegasan.

IKLAN

Semakin pesat pembangunan sesebuah negara, semakin tinggi jugalah cabaran yang harus dihadapi masyarakat. Itulah realiti yang dialami kebanyakan orang masa kini. Yang miskin terpaksa berhempas-pulas menempuh hari esok demi kelangsungan hidup. Namun bagi golongan kaya, ia sama sekali tidak menjanjikan kebahagiaan berkekalan kerana pastinya ada dugaan yang sedang menanti.

Ustaz Don Dan Masalah Depresi

Ustaz Don berkongsi tentang masalah depresi yang melibatkan Chester Bennington (vokalis Linkin Park), Chris Cornell (vokalis Audioslave) dan juga bintang KPOP iaitu Kim Jong-Hyun. Katanya Ustaz Don sendiri pun terkesan dengan kematian salah satu idola masa remajanya.

Posted by Zayan on Friday, 5 January 2018

Mengambil insiden kematian vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington yang suatu masa dulu pernah menjadi idola zaman remajanya, Ustaz Don mengakui turut terkesan dengan kejadian berkenaan. “Ia buat saya fikir banyak kali kenapa dia ambil keputusan macam itu, apa ada dalam fikiran dia, apa yang buat dia rasa itu jalan terbaik sedangkan ada anak-anak yang ramai.

Bukanlah cara terbaik untuk cari jawapan atau buat kebaikan dengan memandang ke Barat atau Timur. Sebaliknya kita kena tanya iman. Apa iman nak kata tentang isu begini. Dalam Islam benda yang tak nampak (iman) adalah sangat penting. Buktinya, Allah beritahu awal-awal dalam Al-Quran tentang kepercayaan kepada perkara ghaib, percaya kepada benda-benda tak nampak dan beriman bahawa Allah mencipta manusia sebaik-baik ciptaan. Antara ciptaan manusia yang ada di dalam (tubuh) yang tak nampak, iaitu perasaan dan hati. Memang kita bukan buta di mata tapi buta di hati. Itu respon pertama saya apabila depresi ini berlaku.”

“Pi Berkawan, Jangan Duk Sorang-Sorang!” USTAZ DON DANIYAL Pesan Cara Terbaik Hadapi Stres Menurut Islam

PUNCA-PUNCA DEPRESI

IKLAN
  • Hati tidak tenang – tak dapat memenuhi kemahuan yang diingini sedangkan dirinya sendiri tidak tahu apa yang dimahukannya dalam hidup
  • Tidak mahir dengan ilmu qada’ dan qadar bila berlaku tekanan – seseorang itu tidak faham tentang takdir hidup dan cara untuk menghubungkan perkara tersebut ke arah lebih baik. Malah bila berlaku mereka akan cepat tertekan.

JALAN PENYELESAIAN & PENDEKATAN ISLAM

  • Pertama, kena kenal siapa pencipta. Jangan terus lari kena tafakur dulu. Apa tujuan kita diciptakan di muka bumi. Adakah sekadar pelakon di atas pentas dunia?
  • Mesti kena ada teman. Misalnya, Nabi Musa yang sering disifatkan hebat dan ganas pun meminta kepada Allah, “Ya Allah, tolong jadikan kepada aku teman.” Mesti kena ada teman dan juga guru.

 

IKLAN

“Pi Berkawan, Jangan Duk Sorang-Sorang!” USTAZ DON DANIYAL Pesan Cara Terbaik Hadapi Stres Menurut Islam

“Kalau saya boleh kaitkan dengan mendiang Chester Bennington. Dia ada kawan tak? Ada. Tapi yang bunuh diri sama macam dia juga. Sebab ada kawan macam itu mendorong diri dia jadi seperti kawannya. Orang depresi ni, kena fikir siapa diri dia dan pergi majlis ilmu. Kemudian, kena ada kawan dan guru. Depresi tak ada ‘face’ untuk tunjuk dekat orang. Ia ada dalam hati. Jadi, pi berkawan jangan duk sorang-sorang,” pesan Ustaz Don agar mereka yang mengalami tekanan mencari teman terbaik untuk meluahkan perasaan yang dialami.

Sumber: Facebook Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI