Beberapa bulan lalu, tular mengenai video dan gambar Adam Wan, 16 tahun, yang sedang mengamuk di pasar raya sambil berguling-guling.

Video tersebut sedikit sebanyak membuka mata masyarakat tentang hakikat sebenar yang terpaksa ditempuhi oleh ibu bapa yang mempunyai anak autisme.

IKLAN

Bagi Norhaida Hassan dan suaminya, Iman Wan, kewujudan laman sosial terutamanya Instagram telah membuka mata masyarakat tentang realiti kehidupan bersama anak autisme.

Luahan pasangan ini banyak menceritakan kecekalan mereka dalam membesarkan Adam. Jom tengok…

Idea untuk membuka laman Instagram dikenali sebagai AdamAutismeFamily juga bertujuan untuk berkongsi kisah dan realiti hidup keluarganya, keluarga autisme.

Kebanyakan ‘posting’ di dalam laman Instagram tersebut telah berjaya menyentuh hati masyarakat, lebih-lebih lagi melihat keikhlasan yang ditunjukkan oleh Aida mahupun Iman serta seisi keluarga dalam berkongsi kisah dan realiti kehidupan mereka keluarga.

“Realiti Memelihara ANAK REMAJA AUTISME Tak Semudah Disangka” Iman Wan & Norhaida

Ujar Aida, dalam sebuah keluarga yang mempunyai anak autisme, peranan seisi keluarga amat penting bagi memastikan kehidupan dapat diteruskan walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Pasangan ini mempunyai dua lagi anak, Arena Wan, 18, dan Aramysara Wan, 6, dan mereka akan menghabiskan 75 peratus masa mereka dalam sehari bagi memberi tumpuan terhadap Adam.

“Ia bukanlah perkara yang mudah untuk kami seisi keluarga pada mulanya. Sebelum kami mengajar Arena dan Ara untuk menerima kekurangan Adam, kami terlebih dahulu harus bersedia menerima kekurangan Adam.

Saya akui pada mulanya agak sukar. Tetapi saya bersyukur kerana Arena (hanya setahun beza usia dari Adam) berjaya melalui situasi ini walaupun pada mulanya agak sukar.

Arena menjadi saksi bagaimana kami ketika itu kurang pengetahuan untuk berhadapan dengan situasi autisme ketika itu. Namun apabila Ara dilahirkan, Adam sudah berusia 9 tahun. Ketika Ara dilahirkan, kami sudah mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai autisme dan mengajar Ara untuk menerima kekurangan Adam. Kami juga banyak belajar dari semasa ke semasa,” ujar Aida lagi.

IKLAN

“Realiti Memelihara ANAK REMAJA AUTISME Tak Semudah Disangka” Iman Wan & Norhaida

Kini, kami lebih menumpukan nilai kasih sayang di dalam keluarga dan Arena serta Ara terlibat secara langsung untuk sama-sama membantu menjaga Adam. Kami sering mengingatkan mereka untuk menyayangi Adam dan sudah menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga Adam.

Kami tanamkan dalam diri mereka tentang bagaimana mereka sepatutnya merasa bangga mempunyai adik-beradik yang istimewa. Saya pentingnya rasa kasih, sayang dan erti kekeluargaan sesama mereka sebagai adik-beradik,” ujar Iman Wan pula.

IKLAN

Beliau juga pernah menunjukkan bagaimana dapur rumahnya comot gara-gara Adam tiba-tiba naik angin dan mencampakkan mangkuk kari ketika mereka sekeluarga sedang makan.

“Realiti Memelihara ANAK REMAJA AUTISME Tak Semudah Disangka” Iman Wan & Norhaida

Bercerita lanjut, Iman Wan berkata apabila mempunyai anak autistik, ia akan memberi kesan kepada kehidupan seluruh ahli keluarga. Katanya, setiap kanak-kanak autistik mempunyai corak dan gaya kehidupan yang berbeza dan ibu bapa perlu bersedia untuk BERUBAH.

“Autisme bukan sahaja sekadar melalui zaman kanak-kanak tetapi ibu bapa sering lupa bahawa kanak-kanak ini juga bakal melalui alam remaja dan dewasa. Apabila mereka meningkat remaja dan dewasa, semakin besar cabarannya dari segi emosi dan fizikal kerana mereka juga bakal melalui zaman baligh dan sebagainya.

Sabar adalah kata kunci yang perlu ada dalam diri ibubapa dan sentiasa ingat bahawa anak merupakan anugerah dari-Nya. Betulkan minda dan pemikiran, kita boleh mencipta kehidupan terbaik dengan kehadiran anak istimewa ini,” katanya mengakhiri perbualan.

“Realiti Memelihara ANAK REMAJA AUTISME Tak Semudah Disangka” Iman Wan & Norhaida

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI