Hidangan ikan sememangnya terkenal sebagai makanan yang kaya dengan sumber protein. Selain baik untuk mereka yang sedang berdiet, santapan ini juga cukup enak dimasak asam pedas atau ramuan kari.

Disebabkan kedua-dua masakan punya rasa berbeza dan menyelerakan, apa kata hujung minggu ini anda sajikan keluarga dengan dua resipi berikut!

IKLAN

IKAN MERAH ASAM PEDAS DAUN KESUM

Resipi Ikan Merah Asam Pedas Vs Kari Kepala Ikan, Mana Satu Tambat SELERA Anda Hari Ini?

Bahan-bahan:

  • 150 gram minyak masak
  • 2 liter air
  • 100 gram bawang merah
  • 80 gram bawang putih
  • 80 gram halia
  • 70 gram serai
  • 40 gram daun kesum
  • 50 gram bunga kantan
  • 200 gram cili kisar
  • 30 gram asam keping
  • 80 gram kunyit hidup (dikisar)
  • 300 gram ikan merah
  • 150 gram bendi
  • 300 gram air asam jawa
  • 50 gram cili merah
  • 50 gram cili hijau
  • 50 gram tomato
  • Garam secukup rasa

Cara membuat:

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun kesum, bunga kantan, cili kisar, asam keping dan kunyit hidup (dikisar) hingga naik bau. Pastikan masakan dikacau perlahan. Apabila semua bahan telah garing, tuangkan air ke dalam masakan sehingga kuah mendidih. Seterusnya, masukkan ikan merah dan bendi. Bubuh garam secukup rasa bersama hirisan cili merah, cili hijau dan tomato. Siap dan sedia untuk dihidang.

Resipi: TERIMA KASIH PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE, HAZMIL

KARI KEPALA IKAN

Resipi Ikan Merah Asam Pedas Vs Kari Kepala Ikan, Mana Satu Tambat SELERA Anda Hari Ini?

IKLAN

 

Bahan-bahan utama:

  • 700 gram kepala ikan merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ biji bawang besar

Bahan-bahan untuk menumis:

IKLAN
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil halba campur
  • Sedikit daun kari

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 2 cawan santan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 paket rempah gulai ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji tomato (dipotong empat)
  • 5 batang bendi
  • Garam

Cara membuat:

Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar. Ketepikan. Bancuh serbuk kari  dan serbuk cili menjadi pes pekat. Kemudian, panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi bersama daun kari serta halba campur hingga naik bau. Masukkan pes serbuk kari dan cili, tumis hingga pecah minyak. Seterusnya, masukkan ikan. Tutup selama tiga minit di atas api sederhana. Masukkan santan cair dan dibiarkan sehingga mendidih. Masukkan pula satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali, masukkan tomato dan bendi. Masak selama dua hingga tiga minit atau sedikit layu. Sedia untuk dihidang.

Resipi: TERIMA KASIH PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM, FAZLIAH NOOR MOHD FOUZI

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI