Vila Casa Casuarina yang terletak di Pantai Miami, Florida merupakan sebuah rumah agam yang dibina sekitar tahun 1930an dan pada tahun 1992 pereka fesyen dan juga pengasas jenama Versace, Gianni Versace membeli rumah ini sebagai salah satu tempat tinggalnya.

IKLAN

Membeli rumah ini dengan harga $2.7 juta, Gianni turut membeli sebuah hotel sebelah rumah ini dengan harga $3.7 juta dan kemudian menghabiskan lebih $32 juta untuk proses ubahsuai.  Sejak membeli rumah dan juga hotel tersebut  Gianni telah mengubahsuai dan membina semula beberapa struktur mengikut cita rasanya dan ideanya boleh dilihat sehingga hari ini.

Rumah Mendiang Gianni Versace Berubah Menjadi Hotel Mewah. Memang Cantik Dan Berseni Bak DNA Jenamanya

Walaupun begitu rumah ini bukan lagi milik legasi Versace. Pada tahun 2000, tiga tahun selepas kematiannya akibat dibunuh hendap pada tahun 1997 rumah ini telah dibeli oleh Peter Loftin dan kemudiannya diubah menjadi sebuah hotel butik. Namun pada tahun 2013 dia menjual rumah ini kepada syarikat VM South Beach LLC $41.3 juta yang menang dalam bidaan pembelian yang turut disertai oleh presiden Amerika Syarikat kini, Donald Trump.

Rumah Mendiang Gianni Versace Berubah Menjadi Hotel Mewah. Memang Cantik Dan Berseni Bak DNA Jenamanya

Tertarik dengan keindahan rumah ini, ia telah diubah sebagai sebuah hotel mewah untuk mereka yang mahu merasa pengalaman penginapan yang ekskusif.

IKLAN
Rumah Mendiang Gianni Versace Berubah Menjadi Hotel Mewah. Memang Cantik Dan Berseni Bak DNA Jenamanya
Suite Villa Ini Dahulunya Merupakan Bilik Mendiang Gianni Versace

Kemewahan hotel ini jelas menonjolkan identiti jenama Versace yang dikenali dengan rekaan fesyen yang berani. Lihat sahaja pada padanan warna dan juga pemilihan perabot. Boleh dikatakan semua berwarna-warni dan over-the-top yet it is so classy.

Rumah Mendiang Gianni Versace Berubah Menjadi Hotel Mewah. Memang Cantik Dan Berseni Bak DNA Jenamanya

IKLAN
Rumah Mendiang Gianni Versace Berubah Menjadi Hotel Mewah. Memang Cantik Dan Berseni Bak DNA Jenamanya
Kolam Renang Ini Diperkemaskan Dengan Lantai Jubin Bersalut Emas 24 Karat. Wow!

Rumah Mendiang Gianni Versace Berubah Menjadi Hotel Mewah. Memang Cantik Dan Berseni Bak DNA Jenamanya

Bagi mengingati mendiang Gianni, pemilik rumah ini kini menamakan restoran di sini sempena nama mendiang pereka fesyen tersebut. Makanan yang dihidang berkonsepkan makanan Itali dan Mediterranean yang merupakan seleksi makanan kegemarannya.

Mungkin jika anda melancong ke Miami, Florida, Amerika Syarikat anda boleh singgah ke hotel ini untuk merasainya dengan mata dan kepala sendiri.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI