‘…and they lived happily ever after.’
Itulah plot akhir cerita dongeng Puteri Disney yang Nona yakin, diingati oleh semua orang.
Alkisah puteri Disney telah diceritakan kepada kita sejak kecil lagi. Sama ada melalui buku yang dibacakan sebelum tidur atau filem-filem kartun yang ditonton, watak-watak seperti Cinderella, Belle dan Snow White sememangnya cukup dekat di hati.
Tapi cuba bayangkan jika puteri-puteri Disney itu benar-benar hidup pada zaman ini. Bagaimanalah agaknya wajah dan pakaian mereka?
Teka-teki ini mendorong artis digital, Fernanda Suarez ‘menjelmakan semula’ watak-watak legenda Disney mengikut arus fesyen semasa. Jaket denim, off shoulder tops, aksesori tribal dan solekan neutral berjaya ‘menukar’ karakter biasa mereka.
Agaknya kalau mereka ‘hidup’ di dunia realiti, tentu jadi social media influencer, kan. Jom tengok 7 ilustrasi Suarez yang hebat ni. Mana satu kesukaan anda? Norzalina Mohd Alias
(1) Mulan
(2) Belle
(3) Ariel
(4) Jasmine
(5) Pocahontas
(6) Snow White
(7) Cinderella
Pelitup Muka Istimewa Buat Wanita Berhijab, Erra Fazira & Wany Hasrita Teruja Menggayakannya
Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pemakaian pelitup muka sudah menjadi ‘aksesori’ wajib buat semua masyarakat. Namun, bagi wanita berhijab pemakaian pelitup muka menimbulkan sedikit masalah ketika memakainya kerana kebanyakan pelitup muka hanya menggunakan ear-loop.
Berita baik buat semua wanita berhijab apabila Anggun Kirana Sdn. Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan produk kesihatan dan kecantikan telah memperkenalkan pelitup muka medikal bergaya buat wanita berhijab dengan rekaan menggunakan head-loop. Lebih istimewa lagi apabila pelitup muka di bawah label Himaya ini telah berkerjasama Erra Fazira dan Wany Hasrita untuk memperkenalkan dua warna terbaru keluaran syarikatnya.
“Kami amat berbangga dengan kolaborasi Himaya dengan Wany Hasrita dan Erra Fazira. Himaya, pelitup muka medikal hijab berjaya mendapat sambutan hangat dan antara sebab utama ialah kualiti yang bagus serta berfesyen dengan pilihan warna yang menarik.
Selain itu, dengan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pelitup muka medikal Himaya yang mendapat kelulusan MDA (Medical Device Authority) juga dapat memberikan keyakinan kepada pengguna.,” kata Datuk KK Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya.
Wany Hasrita kelihatan anggun dalam persalinan sut warna sedondon dengan warna pilihan pelitup mukanya. “Saya sebenarnya tak boleh pakai pelitup muka yang diperbuat daripada fabrik. Jadi saya teruja menggunakan pelitup muka daripada Himaya ini,” tutur Wani Hasrita yang menggayakan pelitup muka berwarna Apricot Dream.
Begitu juga Erra Fazira turut menggayakan pelitup muka berwarna Blue Lagoon yang menjadi warna kegemarannya. “Saya selesa dan gemar memakai pelitup muka Himaya kerana sesuai untuk orang yang berkulit sensitif disebabkan kualiti fabrik premium yang lembut,” tutur Erra Fazira tampil jelita pada majlis yang berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
Kempen terbaru Himaya, iaitu kempen “Siapa Cakap Pakai Medical Mask Tak Boleh Bergaya” dilancarkan dengan objektif untuk menggalakkan wanita berhijab untuk terus bergaya serta tampil yakin dengan koleksi fesyen pelitup muka terbaru dari Himaya.
“Berpuluh Tahun Impi Jejak Kaki Ke Dalam Masjid, Akhirnya…” DR SOO WINCCI Akui Tenang & Banyak Timba Ilmu Islam
Jika sebelum ini pelakon Jasmine Suraya Chin mencuri perhatian apabila sudi meluangkan masa di majlis ilmu anjuran pelakon dan usahawan Neelofa, semalam, bekas ratu cantik Miss World Dr Soo Wincci pula menjadi bualan apabila buat pertama kalinya, beliau melangkah kaki ke dalam masjid apabila dijemput menjadi panel ceramah pada satu program yang diadakan di program di Masjid Al Mursyid Gurung, Pauh, Perlis, semalam.
Menurut laporan Berita Harian, Wincci mengakui hatinya tenang bila berkumpul dengan ramai hadirin berbeza agama dalam majlis ceramah berhubung topik keharmonian itu.
“Saya sebenarnya sangat tersentuh apabila dijemput menjadi panel ceramah itu. Banyak topik yang dikupas mengenai keharmonian negara dan lebih 100 orang hadir dari pelbagai latar belakang agama. Saya bersyukur dapat menghadiri majlis seperti ini”, jelas Wincci.
Program yang berdurasi lebih dari tiga jam itu, menyaksikan Winnci menjadi penel bersama-sama dengan penceramah berbangsa India ke dalam masjid. Wincci yang tampil sederhana menyarung baju kurung hijau juga dilihat nampak sangat sopan dan cukup menghormati adab ke dalam masjid.
“Sesi selama lebih tiga jam itu sekali gus menepis pandangan saya terhadap larangan masuk masjid. Ini kerana saya telah berpuluh tahun menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke dalam masjid”, katanya.
******************************
Jadikan Al Quran Kareem sebagai panduan hidup, demi ketenangan di sana. Dapatkan My Qalam Elite Digital Al-Quran Bertajwid Wakaf Iftida 2.0. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik).
******************************
Bekas Miss World Malaysia 2008 itu turut bersyukur dapat menimba banyak ilmu berkenaan Islam di program itu. “Saya gembira apabila ustaz yang terbabit berfikiran terbuka dan moden. Mereka memberi kami jawapan yang tepat untuk pelbagai persoalan kami ingin tahu.
Untuk makluman, Soo Wincci yang juga kini pensyarah Muzik dan Perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan juga selebriti pertama menyandang gelaran Prof Madya ini telah pun 11 tahun mengamalkan amalam puasa di bulan Ramadan malah sudah terbiasa dengan kehidupan serta cara hidup orang Melayu sejak di bangku sekolah lagi. Well done Soo Winncci!
Kredit foto: Instagram (@dr.soowincci) dan Suara Merdeka
Mogul Kosmetik & Jutawan Muda Kylie Jenner Sambut Anak Kedua Pada Tarikh Cantik 2.2.22
Siapa yang tidak mengenali Mogul Kosmetik & Jutawan Muda, Kylie Jenner ini. Bukan sahaja mencipta nama dalam industri seni malah wanita cantik ini berjaya sebagai usahawan muda.
Majalah Forbes ini telah menyenaraikan Kylie Jenner sebagai salah seorang wanita muda yang berjaya dalam perniagaan kosmetik sehingga bergelar Instagram-Savvy Makeup Moguls.
Menariknya, Kylie Jenner bukanlah seorang anak hartawan apatah lagi jutawan. Tetapi bintang program realiti TV ini bekerja keras dan berjaya atas segala usaha dan titik peluhnya sendiri serta meraih populariti melalui laman media sosial.
Bergelar jutawan dalam usia yang terlalu muda merupakan satu kebanggaan buat dirinya dan telah menyuntik inspirasi buat wanita lain seusianya mahupun yang sudah berusia. Mesti terasa puas hati segala usaha yang dilakukan nyata berbaloi.
Wanita yang bakal menginjak usia 25 tahun pada 10 Ogos ini telah telah mengumumkan dirinya selamat melahirkan anak kedua pada tarikh yang sangat cantik iaitu 2 Februari 2022. “2/2/22,” kongsi Mogul Kosmetik & Jutawan Muda ini ringkas di laman Instagram milik peribadinya.
Memiliki 309 juta pengikut di laman Instagram dan menjadi akaun ketiga tertinggi jumlah pengikut selepas akaun Instagram sendiri dan Cristiano Ronaldo. Dengan jumlah pengikut sebegitu, perkongsian tentang kehadiran insan baharu dalam hidupnya mendapat 21 juta butang like.
Usahawan kosmetik ini juga turut berkongsi gambar yang cukup ringkas. Gambar tangan seorang kakak memegang tangan adik yang baharu lahir dalam suntingan gambar berwarna hitam putih. Sebelum ini Kylie telah mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Stormi kini berusia 4 tahun.
Bisnes kosmetik yang diberi nama sempena namanya, Kylie Cosmetics telah mentransformasikan dirinya daripada seorang gadis biasa kepada seorang Jutawan dengan jumlah harta kekayaan USD900 juta dalam masa tiga tahun memulakan perniagaan.
Wajah yang jelita dan sering tampil cantik dengan solekan sempurna ini sebenarnya seorang yang berhati mulia.
Jutawan muda ini pernah mengeluarkan duit poketnya sendiri yang bernilai RM4.3 juta (USD1 juta) demi membantu hospital-hospital di Los Angeles mendapatkan bantuan dan bekalan bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19 dahulu.