Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”), rangkaian piza No.1 Malaysia telah mengorak sempadan digital baru dengan memperkenalkan sebuah restoran konsep digital yang diperbaharui di Sunway Pyramid berserta aplikasi mudah alih baru. Kedua-dua inisiatif ini telah melonjakkan Pizza Hut dalam transformasi digitalnya di samping menyokong misi rangkaian berkenaan untuk menjadikan proses membeli piza “Lebih Senang” dan memberi pengalaman “Lebih Baik” kepada pelanggan.

IKLAN

Restoran konsep digital baru Pizza Hut memberikan pelanggan pengalaman digital yang baru dari saat mereka melangkah masuk ke restoran, membuat pesanan dan menikmati hidangan mereka sehingga saat mereka keluar. Begitu juga dengan panel pesanan dan pengurusan yang terletak di luar restoran serta robot penyambut tetamu yang direka khas untuk berfungsi secara digital. Di restoran konsep digital baru Pizza Hut juga semua pekerja dilengkapi dengan tablet untuk mengambil pesanan dengan lebih efisien dan tepat.

Segala-galanya Hanya Di Hujung Jari, Pizza Hut Lancar Restoran Digital Pertama Di Asia Pasifik!

Lebih menarik, ia merupakan cawangan pertama Pizza Hut di Asia Pasifik yang menampilkan Kios Bawa Pulang Digital. Kios ini membolehkan pelanggan membuat pesanan dan bayar dengan lebih pantas, menjadikan proses ini lebih cekap dan mengurangkan masa menunggu.

Pelanggan juga dapat menggunakan menu Augmented Reality” dengan keupayaan untuk berinteraksi dengan para pelanggan sambil memaparkan makanan dengan animasi-animasi yang membangkitkan selera. Pengalaman digital ini berterusan selepas pesanan dibuat dengan penyediaan permainan digital yang menarik untuk memastikan para pelanggan akan terhibur sambil menunggu piza mereka.

Kemudahan di hujung jari anda

Bagi pelanggan yang lebih suka menikmati piza yang dihantar ke rumah, Pizza Hut telah mula membuat pengalaman ini lebih baik dengan pembaharuan laman webnya pada awal Mei tahun ini. Lengkap dengan mekanisme pesanan, navigasi dan penjejakan yang lebih mudah menerusi aplikasi mudah alihnya.

IKLAN

Aplikasi ini akan menjadikan proses pesanan piza satu pengalaman yang lebih mudah dan bermanfaat. Ia mampu mengingati pesanan dan pilihan pelanggan yang terakhir termasuk alamat penghantaran sebelumnya, supaya pelanggan tidak perlu memasukkan data berulang kali. Dengan data GPS dan data lokasi yang terbina di dalam kebanyakan telefon mudah alih hari ini, aplikasi ini dapat mengesan lokasi pelanggan dan menjadikan proses menempah semudah satu klik sahaja. Pemantauan status penghantaran juga memudahkan pelanggan menjangka bila penghantaran pizza mereka akan tiba.

Di samping membuat proses memesan lebih mudah. Dengan setiap pesanan, pelanggan akan diberikan point piza yang boleh ditebus untuk ganjaran seperti hidangan sampingan percuma, minuman ataupun piza percuma. Sejak diperkenalkan pada awal bulan September, aplikasi mudah alih ini telah dimuat turun sebanyak 37,432 kali dengan peningkatan kadar jualan melaluinya.

IKLAN

Gandakan ganjaran dengan “You download, We Belanja!”

Untuk meraikan aplikasi mudah alih baru ini, Pizza Hut akan memberikan 35,000 piza percuma melalui promosi terbaru mereka, “You Download, We Belanja”. Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih Pizza Hut dan buat pesanan untuk satu piza saiz biasa dan mereka akan mendapat satu lagi piza saiz biasa secara percuma! Pizza Hut berhasrat untuk teruskan pelaburan mereka dalam teknologi digital bagi meningkatkan kualiti kepuasan pelanggan.ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI