Penahanan aktivis remaja oleh tentera Israel, Ahed Tamimi sejak 20 Disember lalu menyebabkan ribuan netizen Palestin mengkritik tindakan berkenaan secara besar-besaran.

Semenjak seluruh dunia memberi perhatian penuh pada perkembangan di Baitulmaqdis, nama Ahed Tamimi kembali diperkatakan.

IKLAN

Ahed Tamimi, 16 tahun, mungkin masih kurang dikenali di Malaysia, namun siapa sangka gadis Palestin ini begitu popular di negaranya rentetan sikap berani menentang penaklukan Israel.

Berasal dari sebuah kampung bernama Nabi Saleh di wilayah Palestin, Ahed yang berambut keriting dan bermata biru ini amat berani menentang keganasan tentera Israel walaupun bertubuh kecil.

Pengalaman ibu bapanya yang pernah ditahan beberapa kali oleh tentera Israel menjadikan Ahed seorang yang berani dan matang bersuara.

Siapa Ahed Tamimi? GADIS PALESTIN Ini Tular Kerana Tengking & Gigit Tentera Israel, Serius Berani!

Terbaru, gadis itu dikatakan bertindak luar biasa apabila menyerang tentera Israel hingga menyebabkannya ditahan.

Ibu Ahed, Nariman, dikhabarkan turut ditahan oleh tentera Israel ketika melawat anaknya di balai polis pada hari yang sama.

Siapa Ahed Tamimi? GADIS PALESTIN Ini Tular Kerana Tengking & Gigit Tentera Israel, Serius Berani!

Siapa Ahed Tamimi? GADIS PALESTIN Ini Tular Kerana Tengking & Gigit Tentera Israel, Serius Berani!

Menurut bapa Ahed, Bassem, sekumpulan tentera Israel mengetuk pintu rumah mereka pada jam 3 pagi dan memaksanya membuka pintu. Rumah itu digeledah sebelum mereka memaklumkan penahanan Ahed tanpa sebab.

“Nariman menangis dan cuba memeluk Ahed tapi dia telah ditolak dengan kuat oleh tentera,” ceritanya. Tangan Ahed digari dan dia dibawa menaiki jip tentera Israel ke balai polis.

Bassem juga menuduh pasukan keselamatan Israel merampas telefon bimbit, komputer dan barangan elektronik lain dari rumah mereka. Bassem sebelum ini pernah ditahan beberapa kali oleh pihak Israel kerana berjuang mempertahankan bumi Palestin yang tercinta.

IKLAN

Generasi Baru

Sejak kanak-kanak lagi, Ahed Tamimi sudah mula menunjukan sikap beraninya apabila turut turun berdemonstrasi di lapangan bagi menuntut hak Palestin daripada cengkaman Israel. Dia juga sangat menyukai sukan bola sepak dan meminati pemain Neymar Jr.

Wajah gadis ini pernah tular apabila dilihat menengking tentera Israel walaupun ketika itu dia masih kanak-kanak. Dua tahun lalu, videonya menggigit tangan seorang tentera Israel turut menjadi tular.

IKLAN

Siapa Ahed Tamimi? GADIS PALESTIN Ini Tular Kerana Tengking & Gigit Tentera Israel, Serius Berani!

Siapa Ahed Tamimi? GADIS PALESTIN Ini Tular Kerana Tengking & Gigit Tentera Israel, Serius Berani!

Tindakan berani Ahed Tamimi itu membuatkan aktivis Palestin memuji tindakannya, sementara pihak Israel menuduh keluarga itu sengaja menggunakannya sebagai alat propaganda.

Dalam pada itu, seorang anggota keluarga Tamimi dilaporkan ditembak di kepala dengan peluru getah ketika berlangsungnya protes bantah Israel pada hari Jumaat lalu, kata keluarga Tamimi.

Siapa Ahed Tamimi? GADIS PALESTIN Ini Tular Kerana Tengking & Gigit Tentera Israel, Serius Berani!

Bagaimanakah nasib Ahed dan ibunya dalam tahanan sekarang? Sama-samalah kita nantikan khabar terbaru mereka. Semoga wanita-wanita jihad ini mendapat pembelaan sewajarnya, insyaAllah. Norzalina Mohd Alias

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI