Nak Kulit Mulus Selembut Sutera, Nikmati Kebaikan GARAM LAUT!

Nak Kulit Mulus Selembut Sutera, Nikmati Kebaikan GARAM LAUT!

Garam laut sememangnya telah terbukti secara saintrifik baik untuk kesihatan. Selain baik untuk kesihatan, ia juga mempunyai khasiat yang baik untuk kecantikan. Tidak hairanlah mengapa garam laut telah digunakan sebagai elemen utama untuk merawat kecantikan tubuh serta mengembalikan kesegaran tubuh yang baik. Antara kebaikannya termasuklahmeredakan tekanan, mengurangkan hidrasi, baik untuk sistem pencernaan,mencegah rambut gugur dan sebagainya.

HerbaLine Spa, antara spa terkemuka yang menawarkan teknik rawatan menggunakan kebaikan garam laut untuk menyerlahkan lagi kecantikan dan kesihatan. Sebaik melangkah masuk ke HerbaLine Facial Spa, hati terasa nyaman dan tenang. Spa itu bukan saja mementingkan kecantikan luaran, bahkan kesihatan dalaman juga diambil berat.

Sea Salt Spa merupakan bilik perawatan kecantikan yang umpama pantai bergaram, dipenuhi dengan butiran garam yang diambil daripada Slovenia, Tengah Eropah yang menawarkan pelbagai fungsi kecantikan dan kesihatan. Sea Salt Spa yang pertama di negara ini, ia menjanjikan satu pengalaman yang berbeza untuk setiap orang yang pernah mencubanya.

“Pelanggan yang melangkah ke spa ini akan merasa tenang dan selesa. Setiap pelanggan yang datang juga akan menerima perawatan ‘fish spa’ sebagai complementary daripada pihak spa, tidak kira apa jenis perawatan yang mereka pilih. Di sini juga, polisi kami adalah tidak mendesak pelanggan untuk menanda tangani pakej-pakej tertentu, sebaliknya menyerahkan kepada pelanggan untuk menilai menerusi khidmat yang kami berikan.

Sea Salt Treatment khas untuk wanita adalah yang pertama diperkenalkan di negara ini dan sambutan sangat menggalakkan. Semua orang boleh mencubanya dan sesuai untuk dilakukan bersama rakan-rakan baik. Pelbagai kebaikan daripada sudut kesihatan dan kecantikan boleh diperoleh dengan perawatan tersebut. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih perawatan lain seperti perawatan wajah dan sebagainya,” ujar Jocelyn Liao, mewakili HerbaLine Facial Spa.

Bagi pelanggan yang ingin mencuba rawatan spa berasaskan garam ini, terlebih dahulu mereka akan melalui proses konsultasi dan pelanggan akan memilih perawatan yang dikehendaki. Sebelum meulakan rawatan, pelanggan akan dibawa ke bahagian dikenali sebagai ‘fish spa’.

Pelanggan akan dibawa ke bilik ‘salt spa’ yang mendapat sentuhan bagaikan berada di pantai penuh pasir. Pelanggan akan diminta berbaring dan badan akan ditimbus dengan garam. Setelah itu pelanggan akan dibungkus dengan kain selama 15 – 20 minit.

“Seterusnya, rawatan Salt scrub akan dijalankan dengan pelanggan beralih ke bilik lulur. Di situ pelanggan akan berbaring di atas katil dan ahli terapi akan menjirus badan pelanggan dengan air suam. Kemudian badan pelanggan akan disapu dengan skrub yang dicampurkan dengan body mask. Tubuh akan disental untuk menghilangkan sel kulit mati, daki dan segala kotoran. Kemudian badan akan dicuci dengan air suam.

Rawatan seterusnya pula dikenali sebagai Salt Mask di mana tubuh pelanggan akan disapu dan diratakan dengan body mask (Ocean Mineral Mud). Kemudian badan badan akan ditutup dengan selimut dan dibiarkan kira-kira 20 minit. Penggunaan masker itu adalah untuk melembapkan kembali kulit selepas proses lulur. Selepas itu masker akan dicuci bersih. Untuk membersihkan tubuh serta mengembalikan kesegaran, teknik rawatan Japanese bath akan digunakan dimana pelanggan akan dibawa mandi dan membersihkan badan. Selepas satu perawatan sudah dapat dirasai kesannya apabila pelanggan akan rasa kulit lebih lembut.

Tak Pernah Langgar PANTANG Waktu Muda, Tiru Rahsia Sihat Ibu CHE TA Ni Yang Maintain Menawan Walau Umurnya 66 Tahun!

Tak Pernah Langgar PANTANG Waktu Muda, Tiru Rahsia Sihat Ibu CHE TA Ni Yang Maintain Menawan Walau Umurnya 66 Tahun!

Tak seperti Che Ta, ibu kepada tujuh orang anak ini sebenarnya seorang yang tak banyak cakap. Tapi jiwanya sarat dengan naluri keibuan dan mudah tersenyum dengan sesiapa saja. Meskipun jelas kelihatan garis usia di raut wajah Zabedah Saad, namun jika diamati fizikal ibu kepada selebriti popular Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah ini… memang cantik orangnya. Tak hairanlah, kelima-lima anak perempuannya sering dapat perhatian ramai. Mewarisi kecantikan ibunda tersayang rupa-rupanya!

Tanpa berselindung, ibu berusia 66 tahun ini membongkar rahsia. Sambil mengakui tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, dia menyusun kata. “Tak ada rahsia dan makan apa-apa pun. Tak ambil jamu dan tak ambil juga ubat. Cuma masa dalam pantang lepas bersalin tu je jaga makan.

Puan Zabedah bersama Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha

 

Dulu, waktu berpantang memang tak sentuh ‘makanan-makanan sejuk’ sampai tiga hingga enam bulan. Sayur pun tak makan termasuk laksa. Rasanya, lebih daripada setahun kot baru makan. Lagi satu, saya amalkan bertungku 4 kali sehari. Makan pula hanya dua kali. Waktu pagi tu minum kopi O yang ada sedikit gula dengan biskut kering. Tengah hari baru makan nasi. Itu pun dengan lauk ikan masin bakar dan lada. Ikutkan petua orang dulu-dulu, makanan berkuah seperti gulai pun mereka tak bagi ibu lepas bersalin makan. Sudahnya, memang ikut saja apa yang mak ajar.

Bukan kena jaga makan je, masa berpantang dulu pun tak digalak minum air. Sampai kadang-kadang tu terlupa nak minum. Tahu-tahu saja dah sedu,” telus Puan Zabedah sambil tersenyum dan masih menerapkan amalan sama ketika menjaga kesemua anak perempuannya selepas bersalin.

Bersama Che Ta

“Che Ta, masa saya sedang berpantang dia akan tunggu je kalau nasi tak hanis makan. Dia memang suka lauk orang berpantang ni. Dari dulu lagi pun dalam adik-beradik, Che Ta ni lain sedikit. Saya tak bagi sangat anak-anak pegang adik mereka yang baru lahir. Tapi Che Ta, dia akan beria tolong basuhkan adiknya bila buang air besar atau mandikan mereka. Sebab dia suka pegang baby.”

Pernah lalui hidup susah ketika membesarkan ketujuh-tujuh orang anak memaksanya membuat bermacam-macam pekerjaan demi menyara keluarga. Salah satu cara mendapatkan wang adalah dengan mengambil tempahan baju. “Dulu ada juga ambil tempahan baju daripada jiran-jiran. Dalam sehari tu, dapatlah siapkan tiga pasang baju. Ada yang hantar minta buat baju kurung, mini kurung, kebaya dan sebagainya. Bab sediakan baju raya anak-anak, ada antara mereka yang tak kisah ada juga yang minta pattern tertentu.

Bersama anak perempuannya, Che Ta, Rahimah dan Ayu

5 anak perempuan Puan Zabedah / Dari kiri : Ruby, Ayu Raudhah, Jaja, Che Ta dan Rahimah

Biasanya, Che Ta yang paling suka berfesyen. Kalau orang lain suka satu keluarga pakai warna sedondon tapi kami hanya tetapkan bunga saja perlu sama tapi warna baju boleh lain-lain. Anak-anak tak berapa pandai jahit baju tapi kreatif cantikkan baju dengan jahitan labuci.”

Sebelum menutup bicara, Puan Zabedah yang selesa berbual dalam loghat Kedah ini berkongsi resipi sihat. “Kalau nak buang angin dalam badan, boleh cuba resipi telur ni. Ambil telur ayam sebaiknya ayam kampung dan campurkan bersama lada hitam, halia dan bawang putih. Pastikan bahan-bahan kering ni ditumbuk sampai lumat sebelum dimasukkan dalam telur. Bubuh garam sedikit dan kacau rata. Goreng tanpa menggunakan minyak dan makan dengan nasi. Ini adalah petua turun-temurun dan anak-anak saya pun masih makan hidangan ni sampai sekarang.”

 

 

 

Amalkan Asid Folik & Teh Hijau Untuk KULIT GEBU, Ini Rahsia Cantik MARLEENA Persis Gadis Jepun!

Amalkan Asid Folik & Teh Hijau Untuk KULIT GEBU, Ini Rahsia Cantik MARLEENA Persis Gadis Jepun!

Mengenali ibu kepada dua cahaya mata, Marleena Mustaffa nyata menimbulkan rasa cemburu kepada sesiapa pun. Masakan tidak, selain dikurniakan susuk badan menawan, dia juga memiliki kulit mulus dan gebu. Sekali imbas pasti ramai yang menyangka isteri kepada Afendi Dahlan ini berasal dari Jepun.

Ditambah pula dengan sepasang mata yang sepet, menguatkan lagi telahan itu.

Sambil tersenyum, Marleena mengangguk tanda setuju yang dirinya memang memiliki darah kacukan Jepun. Tatkala ditanya rahsia untuk mendapatkan kulit sihat sepertinya, wanita berusia 33 tahun ini lantas membuka bicara.

“Saya seorang yang kuat minum air kosong setiap hari. Dalam sehari saya boleh minum lebih daripada 3 liter air. Sampaikan rakan-rakan di pejabat dan keluarga selalu bertanya berapa kali saya akan ke tandas setiap hari kerana kerap membuang air kecil. Memang kelakar tapi saya sudah terbiasa dan tidak kisah.

Selain minum banyak air kosong, saya juga sangat menggemari teh hijau. Mungkin sudah sebati dengan darah Jepun saya agaknya,” seloroh Marleena.

“Sejak kecil lagi, bapa saya akan beli segala macam suplemen untuk kami sekeluarga. Pada mulanya memang malas hendak ambil makanan tambahan ini. Tetapi lama-kelamaan ia jadi kebiasaan.

Bahkan sewaktu saya belajar di luar negara dahulu, setiap kali bapa saya telefon dia pasti akan bertanyakan tentang suplemen yang dibelinya. Sampailah ke hari ini amalan itu masih berterusan.

Buat masa sekarang saya mengambil asid folik kerana ibu saudara saya yang juga seorang doktor pakar beritahu asid folik sangat bagus untuk wanita terutama bagi mengurangkan tekanan darah tinggi.

Selain itu, saya juga mengambil CoQ10 sebagai pembekal tenaga lebih-lebih lagi bila tugas di pejabat dan urusan penjagaan anak-anak makin bertambah. Untuk ketahanan stamina pula, saya amalkan pemakanan multi vitamin dan Berocca.”

Mengakui selesa untuk tidak mengenakan solekan tebal sewaktu ke pejabat mahupun saat berlibur, pemilik Muzium Coklat di Kota Damansara yang turut diusahakan bersama suami tercinta ini sememangnya cukup menitikberatkan soal kesihatan kulit.

Ujarnya, “Penjagaan kulit adalah keutamaan kerana saya mempunyai kulit yang agak sensitif terhadap sinaran matahari sama seperti ibu saya. Kalau tidak dijaga, ia mudah terdedah kepada pigmentasi dan jeragat. Sebab itu saya kena disiplin menjaga kulit walau sesibuk mana sekali pun.”

Kunci utama untuk memiliki kulit secantik Marleena adalah konsisten dan amalkan gaya hidup sihat. Itu saja dan yang pasti bukan terletak pada produk kecantikan yang mahal semata-mata.

Turut berkongsi petua kebahagiaan yang diamalkan sejak mendirikan rumah tangga lebih lapan tahun lalu, graduan Master of Architecture dari RMIT University di Australia ini membongkar rahsia.

“Suami banyak memberi kejutan kepada saya. Siapa sangka dia sanggup datang ke Australia semata-mata ingin menjadikan saya sebagai teman hidup. Selepas bernikah, kami berpisah seketika kerana saya harus pulang ke Australia untuk meneruskan pengajian. Sepanjang berjauhan, Afendi tidak putus-putus menceriakan hidup saya.

Paling saya ingat waktu itu bulan Ramadan dan dia mengirimkan kad kepada saya. Keesokan harinya saya terima sekeping kad lagi daripada dia. Dalam masa dua minggu, saya terima berbelas-belas kad daripada suami.

Dia juga sering menghadiahkan saya bunga untuk menceriakan rumah kami di sana. Isteri mana yang tidak bahagia apabila diberi kejutan sebegitu. Apatah lagi waktu itu kami saling berjauhan.

Alam rumah tangga ini banyak pahit dan manisnya. Tipulah kalau saya cakap semuanya manis. Ada ketika mesti ada pergaduhan, perselisihan faham dan sebagainya. Walau apa pun, sebagai suami isteri kita harus banyak bersabar dan berbincang. Apa yang saya belajar daripada suami, kalau sedang marah atau berselisih faham, jangan sesekali memanggil suami atau isteri dengan nama atau gelaran tidak sepatutnya.

Panggil dengan gelaran yang romantik atau sopan seperti ‘abang’ atau ‘sayang’ seperti yang biasa kita panggil. Pada mulanya, saya sendiri susah untuk praktikkan. Iyalah, bila sedang marah kita tidak sedar apa yang kita cakap.

Tetapi lama-kelamaan apabila memanggil mereka dengan gelaran sebegitu perasaan marah akan surut. Macam ‘miracle’ pula. Bagi saya panggilan manja inilah yang dapat menyejukkan hati suami isteri. Percayalah,” pesan Marleena bersungguh.

Kulit Mudah KERING & MENGELUPAS, Anda Mungkin Telah ‘Langgar’ 12 Amalan Kecantikan Berikut!

Kulit Mudah KERING & MENGELUPAS, Anda Mungkin Telah ‘Langgar’ 12 Amalan Kecantikan Berikut!

Kulit kering biasanya terlihat kasar dan kusam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tahap sebum dan kelembapan kulit yang rendah. Sebum merupakan kelenjar lemak semula jadi yang dihasilkan oleh tubuh, seterusnya menjadikan kulit anda tetap terjaga kelembapannya. Nak dapat kulit sihat dan bebas kering, kenalah amalkan 12 trik ini!

  1. Kulit kering memerlukan penjagaan yang lebih teliti berbanding jenis kulit yang lain. Ini kerana kulit kering memerlukan pelembap serta urutan yang lembut secara teratur untuk meningkatkan peredaran darah dan mengaktifkan kelenjar yang menghasilkan sebum.

 

  1. Sebaik mencuci wajah, lapkan wajah anda secara lembut. Jangan cuba mengeringkan kulit kering anda itu dengan cara menggosok secara kasar.

 

  1. Gunakan krim pelembap pada waktu malam iaitu sebelum tidur. Krim yang lebih bagus serta sesuai untuk kulit kering ialah jenis losen kerana produk ini memiliki kandungan minyak yang lebih banyak.

 

  1. Sapukan krim atau minyak bayi selepas mandi. Cara ini dapat membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Salah satu cara lagi untuk mengekalkan kecantikan kulit termasuklah menyapu krim susu pada waktu malam iaitu sebelum tidur.

  1. Kulit kering boleh mencepatkan penghasilan kedutan. Gunakan krim di sekitar bahagian mata dan mulut. Kedua-dua bahagian  ini merupakan tempat paling awal untuk kedutan muncul.

 

  1. Ylang ylang, mawar, cendana dan chamomile merupakan antara minyak pati yang berkhasiat untuk mendapatkan kulit yang halus.

 

  1. Sental sel kulit mati sekurang-kurangnya seminggu sekali.

 

  1. Pilihlah pelembap yang memiliki kandungan minyak yang tinggi. Sekiranya anda memiliki kulit wajah yang sangat kering, pelembap yang mengandungi minyak dalam jumlah tinggi akan bekerja dengan baik untuk kulit anda. Namun, jika tahap kekeringan kulit wajah sederhana, anda harus menggunakan pelembap yang sedikit kandungan minyaknya serta yang berasaskan air.

 

  1. Dapatkan produk yang dapat membantu memperbaiki kulit wajah. Beberapa jenis produk yang boleh meningkatkan kecantikan kulit iaitu losen, pelembap, penyegar, cecair penanggal solekan dan skrub wajah. Jika kulit kering gunakan produk yang tertera  ’untuk kulit kering’ atau ‘untuk kulit sensitif’.

 

  1. Jauhi produk jenis sabun yang akan menyebabkan kulit bertambah kering. Kebanyakan sabun mandi boleh menyebabkan kulit kering. Mungkin ada yang sesuai dengan sabun tertentu tetapi belum tentu sesuai dengan kita kerana setiap orang memiliki tahap sensitiviti kulit yang berbeza. Kebanyakan sabun mengandungi sodium lauryl sulfateatau bahan pembuat buih sabun yang boleh menyebabkan kulit kering. Anda boleh memilih sabun yang disesuaikan dengan jenis kulit dan mengandungi pelembap yang baik untuk kulit kering.

 

  1. Elakkan mandi terlalu lama. Menggosok sabun pada kulit terlalu lama juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Malah, penggunaan air panas untuk mandi juga boleh menyebabkan kulit kering.

 

  1. Gunakan air yang bersih. Apabila air di persekitaran anda kualitinya adalah kurang baik serta mengandungi bahan berbahaya untuk kulit seperti logam berat, cubalah saring terlebih dahulu dengan alat-alat penyaring air bersih.

 

Patuhi 7 AMALAN CANTIK Ini Supaya Kulit Wajah Bebas Jerawat & Sihat! No 5 Tu Memang Ramai Yang Buat

Patuhi 7 AMALAN CANTIK Ini Supaya Kulit Wajah Bebas Jerawat & Sihat! No 5 Tu Memang Ramai Yang Buat

Wanita mana yang tak mahu sentiasa nampak cantik menawan, kan? Tapi, disebabkan pelbagai faktor termasuk udara yang tercemar serta tabiat makan tak sihat membuatkan golongan wanita lebih mudah ‘diancam’ masalah kulit.

Dalam tak sedar, kelakuan dan tindakan kita selama ini menjejaskan kesihatan kulit sedikit demi sedikit. Semak amalan yang mesti dielakkan ini supaya anda tidak terus melakukan ‘dosa besar’ kepada kulit.

Berikut 7 kebiasaan buruk yang merangsang pertumbuhan jerawat!

Buang solekan sebelum tidur

1) Solekan Tidur

Tidur dengan solekan masih menempel pada wajah adalah kebiasaan yang sangat buruk untuk kulit. Sisa minyak, solekan dan kotoran akan menyumbat pori-pori. Waktu malam sepatutnya menjadi masa paling penting untuk regenerasi kulit. Jika kulit tertutup, maka regenerasi tidak akan sempurna. Sekali gus menjadikan kulit jadi bermasalah seperti jerawat, ruam merah dan tona kulit menjadi kusam.

2) Kasar Cuci Wajah

Membersihkan wajah tidak sama seperti membersihkan tubuh. Kulit wajah lebih sensitif dan halus, sehingga sedikit sentuhan saja sudah cukup. Hindari menggosok wajah terlalu keras terutamanya ketika melakukan peeling. Wajah yang digosok secara kasar akan mudah mengalami iritasi.

Pakai krim pelindung matahari bila berada di bawah panas terik

3) Perlindungan Sinar Matahari

Pastikan anda melindungi kulit dengan produk yang mengandungi SPF dan PA + untuk menghindari pengaruh buruk sinar kesan UVA dan UVB. Dengan melakukan kebiasaan ini kulit akan jadi lebih sihat dan cantik. Mulakannya dari sekarang!

4) Kerap Bersih Wajah

Memang sangat penting jika memiliki kulit wajah yang selalu bersih. Namun, bila terlalu sering mencuci wajah anda hanya akan menyebabkan jerawat semakin parah. Sebaik-baiknya, bersihkan wajah anda dua kali dalam sehari iaitu pada pagi hari dan sebelah malam sebelum kita tidur.

5) Pegang dan Picit Jerawat

Jangan! Dengan memegang dan memicit jerawat hanya akan mengakibatkan jangkitan semakin melarat. Lebih baik sapukan jerawat dan biarkan mengering sendiri.

Syampu secara berkala ikut keadaan rambut

6) Malas Cuci Rambut

Bila kulit kepala berminyak, itu tandanya anda perlu mencucinya dengan segera. Jangan sesekali mengabaikan rambut berminyak kerana peluh dan minyak berlebihan di bahagian rambut akan mudah ‘menyerang’ ke wajah yang seterusnya menyebabkan jerawat.

7) Hindari Makanan Berlemak

Makanan berlemak dipercayai menjadi salah satu penyebab jerawat lebih parah. Sebaik-baiknya hindari makanan berlemak tinggi dan makanan ringan. Atau, tinggalkan terus makanan yang tak berkhasiat.

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: