Datin Narena Nasrudin Dedah Rahsia Kejelitaan Pada Usia 40 TAHUN, Patutlah Nampak Macam Gadis Remaja!

Datin Narena Nasrudin Dedah Rahsia Kejelitaan Pada Usia 40 TAHUN, Patutlah Nampak Macam Gadis Remaja!

Kejelitaan wanita benar-benar terserlah apabila raut wajahnya kekal remaja meskipun usia makin meningkat. Keremajaan kulit tidak akan datang dengan sendiri tanpa usaha yang berterusan. 

Rejim kecantikan kulit memainkan peranan utama dalam mengekalkan kelembapan dan keserian kulit jauh dari dalam. Sebaik-baiknya penjagaan kulit harus dilakukan sejak awal agar kejelitaan terus terpelihara.

Nona mengintai rutin kecantikan wanita jelita, Datin Narena Nasrudin yang memiliki raut wajah yang lembut dan kulit bersih tanpa sebarang cela walaupun sudah mencecah usia 40 tahun.

Keanggunan wanita yang bertubuh tinggi lampai ini tidak perlu disangkal lagi dan pesona dalam dirinya melambangkan wanita yang bercita rasa tinggi dalam kelasnya tersendiri. Pasti ibu kepada empat orang anak ini menyimpan rahsia rejim kecantikan tersendiri.

Tanpa berselindung wanita yang mudah mesra ini berkongsi rahsianya mempercayai Clé de Peau Beauté sebagai produk yang membelai lembut kulit wajahnya.

“Saya memang menitik-beratkan penampilan dan bagi saya setiap wanita perlu menjaga kecantikan untuk kepuasan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Solekan menjadi suatu kemestian bagi saya walaupun hanya dengan berbedak atau bercelak.

Setiap wanita patut mengambil inisiatif untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya. Tidak semestinya menyarung baju berjenama mewah atau menggalas beg tangan buatan luar negara tetapi setiap wanita perlu tahu memotret dirinya di depan masyarakat.

Melalui aturan yang betul dengan manfaat yang ditawarkan oleh sesuatu produk adalah penting untuk kita wanita mendapat kulit yang bersih dan cantik seperti yang diidamkan. Saya begitu cerewet dalam pemilihan sesuatu produk terutama berkaitan dengan kulit.

Saya akan mencuba dengan teliti dan membaca ulasan sesuatu produk itu. Namun saya akan setia jika sudah berjumpa dengan produk yang menambat hati.

Kunci kepada kecantikan sebenar kulit adalah apabila mempunyai tahap kelembapan yang diperlukan oleh kulit. Rahsia saya sudah semestinya serum kesayangan saya, Clé de Peau Beauté, Le Sérum! Kuasa Clé de Peau Beauté, Le Sérum ini sangat menakjubkan kerana membantu menyegarkan kulit dari dalam umpama terjaga daripada lena yang panjang. Malah serum pujaan saya ini berupaya memberikan penghidratan maksimum dan menjadi nadi utama rejim kecantikan saya. Setelah berjumpa dengan Clé de Peau Beauté, Le Sérum ini saya tidak pernah tinggalkannya dalam rutin penjagaan kulit setiap hari dan menjadi teman percutian yang wajib dibawa.

Selain itu pembersih juga sangat penting dalam rutin penjagaan kulit harian saya. Fungsi buih pembersih ini adalah untuk membersihkan wajah jauh ke dasar kulit sambil mengekalkan kelembapan semula jadi. Sudah menjadi kemestian untuk memakai pembersih dua kali sehari. Kemudian diikuti pula dengan menyapu losen serta pelembap pada waktu siang dan malam.

Bagi mengekalkan kecantikan dalaman pula saya banyak makan buah-buahan, sayur-sayuran serta ulam. Saya tidak boleh hidup kalau tidak makan buah dalam sehari,” kongsi Datin Narena tentang rahsia rejim penjagaan kulitnya yang putih dan mulus.

Clé De Peau Beauté Memperkenalkan Koleksi Autumn/Winter 2017

Clé De Peau Beauté Memperkenalkan Koleksi Autumn/Winter 2017

Dewan Bankuet Ritz-Carlton Kuala Lumpur telah bertukar wajah dengan dilimpahi cahaya penuh gemilang dalam suasana penuh sofistikated dan glamor.

Pada malam yang penuh meriah, jenama kosmetik mewah antarabangsa, Cle De Peau Beauté telah merungkaikan koleksi terbaharu, Autumn/Winter 2017 yang mengadunkan elemen Timur dan Barat. Mengimbau zaman abad ke-17 dengan mengetengahkan tema Chinoiserie sebagai inspirasi Clé De Peau Beauté untuk koleksi terbarunya.

Chinoiserie lahir hasil pertembungan budaya Timur dan Barat. Ia merupakan zaman tercetusnya permulaan revolusi budaya yang memberi pengaruh besar kepada perkembangan fesyen sehingga kini.

Menggunakan Chinoiserie sebagai sumber inspirasi utama Creative Makeup Director of Clé de Peau Beauté, Lucia Pieroni telah mencipta sebuah seni kecantikan yang menampilkan seorang wanita yang kuat dan berani. Menekankan solekan yang minimum namun menyerlahkan kecantikan kulit secara semula jadi.

Saat melangkah ke dewan, tetamu telah diiringi alunan orkestra yang merdu sambil menikmati santapan ringan sebelum masuk ke dalam dewan. Tetamu wanita telah diberi peluang untuk merasai sendiri lipstik terbaru koleksi Autumn/Winter 2017 ini.

Persembahan malam itu bermula dengan Autumn/Winter 2017 Amanda’s mood movie dan dikuti sesi pengenalan koleksi dan inspirasi oleh pengacara majlis. Acara kemuncak pula persembahan dari tiga Chinoiserie Chic mood videos, menampilkan enam Chinoiserie Beauties tempatan, Joanne Yew, Zhiny Ooi, Karena Teo, Tracy Cheong, Ein Tan dan Alicia Amin.

Video pertama, “Rising Radiance” menampilkan Joanne and Zhiny, menumpukan rangkaian penjagaan kulit pertama infused Foundation daripada Clé de Peau Beauté. Satu langkah melangkaui bedak asas tradisional, dengan tekstur pelembap kulit yang mewah yang meninggalkan kulit selembut sutera. Bedak asas yang mampu memberikan kesan yang cantik dan semula jadi.

Kemudian para tetamu telah dipersembahkan lagi dengan video “Perfection and Sophistication”, menampilkan Karena and Tracy sebagai pelakon utama. Intensifying Liquid Eyeliner daripada Clé de Peau Beauté ini telah menjadi elemen utama penghasilan video ini. Kesempurnaan garisan daripada dual-ended eye liner ini memberi impak mata yang cantik dan menyerlah.

Solekan pasti tidak akan sempurna tanpa goresan lipstik. Persembahan video seterusnya hasil persembahan Ein and Alicia, yang menampilkan Clé de Peau Beauté’s Lipstick terbaharu. Lipstik ikonik dengan 12 warna baharu ini menonjolkan solekan bibir yang sempurna.

Hujung lipstik hadir dengan bentuk S direka sempurna untuk keselesaan dan solekan yang menyeluruh, satu-satunya Rouge à Lèvres. Hamizatul Maizan Mohamed

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: