Syurga Ku Telah Kembali, Wajah Ceria Datuk Seri Dr. Wan Azizah Jelas Terpancar!

Syurga Ku Telah Kembali, Wajah Ceria Datuk Seri Dr. Wan Azizah Jelas Terpancar!

Kebahagiaan seorang isteri bukan terletak kepada kemewahan harta dan wang berjuta. Namun, rasa bahagia seorang isteri apabila suami yang dikahwini atas dasar cinta sentiasa berada di sisi di saat susah dan juga senang. Dipaksa berpisah walau atas dasar apa juga alasan, begitu merentap jiwa wanita yang bergelar isteri.  Kekuatan wanita yang bernama Datuk Seri Dr. Wan Azizah ini memang tiada galang ganti.

Melihat linangan air mata yang membasahi pipi wanita tabah ini di saat pembebasan suami tercinta mampu menyentuh hati setiap wanita yang bergelar isteri. Hanya Datin seri seorang yang faham gejolak jiwanya selama hampir 20 tahun suami berada dalam tahanan politik.

 

 

 

15 TIP ISTERI SOLEHAH

1. Perkahwinan adalah sesuatu yang perlu dipertahankan sampai bila-bila. Bila ada masalah, cari penyelesaian. Jangan mudah putus asa!
2. Pilih seseorang yang lebih tua yang anda berdua percaya untuk dijadikan tempat rujukan bila ada masalah.
3. Jaga solat anda dan Allah SWT akan jaga perkahwinan anda.
4. Akui bila anda salah dan suami anda betul. Buang ego untuk menjadi punca perbalahan.
5. Bekerjasama dalam menjaga kerukunan rumah tangga.
6. Berkongsi suka dan duka. Jika sedang berduka jangan simpan dalam hati dan sentiasa ada masa untuk meluahkan perasaan.
7. Sentiasa bertolak ansur dalam mendirikan rumah tangga. Jangan berkira atau mengharapkan suami tahu peranan dirinya.
8. Apa pun yang berlaku, sentiasa letak Allah SWT sebagai yang utama.
9. Sabar adalah kunci kebahagiaan rumah tangga.
10. Dalam rumah tangga suami adalah syurga kepada isteri.
11. Jangan besarkan perkara yang remeh-temeh.
12. Jangan ungkit perkara yang sudah lepas.
13. Kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.
14. Ingat bahawa nak jadi isteri yang baik untuk mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
15. Suami bukan pembaca minda, jadi jangan harap dia sentiasa akan faham fikiran anda.

Sumber: Bercinta Selepas Nikah

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: