Tsunami dUCkscarves Kembali, 10 RIBU Edisi Terhad ‘The Doily Duck’ SOLD OUT Dalam Masa 3 Jam!

Tsunami dUCkscarves Kembali, 10 RIBU Edisi Terhad ‘The Doily Duck’ SOLD OUT Dalam Masa 3 Jam!

Belum lagi dilancarkan secara rasmi, edisi terhad ‘The Doily Duck’ yang dijual secara online 18 Mei lalu habis terjual 10 ribu helai! Habis licin stok edisi istimewa ini termasuk semua lapan pilihan warna yang ada. Lebih mengejutkan bila Pengasas The dUCk Group, Vivy Yusof beritahu jualan ‘The Doily Duck’ melalui laman web Fashionvalet ini mula dibuka seawal pukul 5 pagi lagi.

Bukan saja ‘padat’ dalam talian, semua outlet Fashionvalet dan butik dUCk di Bangsar, KLCC, Pavilion, Publika dan IOI City Mall juga diserbu peminat tegar dUCkscarves. Beratur panjang di luar butik sememangnya senario biasa bagi pelanggan setia jenama eksklusif ini setiap kali edisi baru dilancarkan. Hebat betul fenomena dUCk!

Seiring tema lebaran yang ingin ditonjolkan, doily atau kertas doily yang selalu digunakan untuk melapik kuih dan biskut raya di dalam balang menjadi ilham kepada The dUCk Group untuk menghasilkan rekaan unik bagi Koleksi Raya 2018 ini. Mewakili narator D yang selama ini ‘berselindung’ di sebalik jenama dUCk, Vivy berkata doily menyimpan memori indah buat D dan neneknya ketika zaman kanak-kanak dulu.

“I was blown awat by D’s ingenious idea to make the doilies her inspiration for this year’s Raya design, because just as she explained, I took doilies for granted, but they are indeed so integral to our Raya celebrations – in cookie jars, on trays and on tables, there;s been no Raya without it! The development stage of The Doily dUCk was an arduous process, but it is worth every second of the wait.”

Eksklusifnya, corak kertas doily yang dihasilkan dalam setiap rekaan koleksi Raya 2018 ini dilakar menggunakan tangan dengan cukup teliti. Walaupun mengambil masa yang agak panjang namun demi kualiti dan rekaan menarik, cetusan idea berkenaan tetap diteruskan sehinggalah The Doily Duck dilancarkan secara rasmi di pusat beli-belah, Pavilion, Jumaat lepas.

8 pilihan warna menarik The Doily Duck ini pastinya menarik perhatian anda. Antaranya Red Velvet, Turquoise, Pink, Baby Blue, Emerald, Black, Blue dan Coffee. Sama ada ingin bergaya dengan fesyen bawal (square) atau selendang (shawl), kedua-dua jenis skaf ini ada dijual untuk kesemua warna. Harga bagi sehelai koleksi The Doily Duck ialah RM300. Bagi yang tak berkesempatan memiliki koleksi ini, pastikan anda tidak terlepas second batch yang akan dijual esok!

 

 

Cantiknya FAZURA Berhijab, Boleh Tiru Style Hijab Untuk Lebaran Nanti Ni!

Cantiknya FAZURA Berhijab, Boleh Tiru Style Hijab Untuk Lebaran Nanti Ni!

Amboi Faz, sejak berkahwin makin berseri-seri. Tanda sedang meniti saat bahagia barangkali. Penampilannya bertambah manis bila bertudung litup kebelakangan ini. Memang terserlah keayuan Fazura.

Meskipun bukan pertama kali figura ini mengenakan hijab di khalayak, tetapi auranya tetap bersinar dan mencuri perhatian ramai. Tambahan pula ketika pelancaran koleksi Fazbulous baru-baru ini.. sedap mata memandang tatkala isteri kepada Fattah Amin ini mengenakan tudung berwarna ungu lembut. Malah, ramai peminat gembira dan mendoakan agar Fazura mengekalkan imej sebegitu kelak.

Mengamati gaya hijabnya, selebriti ini dilihat selesa menggayakan tudung jenis bawal atau square dan polos tanpa sebarang corak. Sesuai mengenakan apa jua rona hijab memandangkan mempunyai kulit yang cerah, Fazura lebih menyerlah dengan sentuhan rona pastel dan lembut seperti merah jambu, kelabu dan champagne. 

Sementara itu, mengambil keberkatan Ramadan aktres cantik ini turut menitipkan mesej istimewa kepada semua peminat dan seluruh umat Islam. “Dengan rasa penuh rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata atau perbuatan yang telah melukakan hati anda.

Saya juga berdoa semoga Ramadan ini akan membawa seribu kemaafan, ketenangan, kasih sayang di antara kita, kesabaran serta keberkatan dalam setiap amalan. InshaAllah.”

Pertama kali menyambut Ramadan sebagai isteri, Fazura sempat menikmati sahur bersama suami tercinta pada 1 Ramadan lepas. Namun terpaksa berjauhan selama beberapa hari demi tuntutan tugas di luar negara. Dengar khabar, Fazura berada di Singapura untuk bertemu peminat selain menghadiri mesyuarat di sana.

Tak Jemu Mata Memandang, 12 Rona Hijab Pilihan NURUL IZZAH! Patut Cuba Ni Confirm Cantik

Tak Jemu Mata Memandang, 12 Rona Hijab Pilihan NURUL IZZAH! Patut Cuba Ni Confirm Cantik

Sejak akhir-akhir ini, wanita besi yang bergiat aktif dalam bidang politik, Nurul Izzah Dato’ Seri Anwar Ibrahim semakin hangat diperkatakan netizen. Selain memiliki raut wajah yang cantik dan jelita, wanita berusia 38 tahun ini sering menjadi perhatian kerana membawa imej berhijab dengan memilih hijab jenis bawal sebagai pilihan hati.

Tampil tanpa sebarang calitan mekap, wajah beliau masih tampil berseri. Mungkin ramai tertanya-tanya apakah yang membuatkan penampilan beliau sentiasa tampil anggun dan menawan. Selain gaya lilitan tudung bawal yang ringkas dan bersahaja, mainan warna tudung yang dipilih juga amat penting. Rona pastel yang dipilih membuatkan penampilan beliau sentiasa anggun. Tak percaya? Jom lihat warna tudung pilihan Izzah yang digayakan!

  • Rona merah jambu lembut bertemu Ayahanda tercinta

  • Rona ungu lembut polos digayakan dengan kurung bermotif

  • Rona dusty pink yang memberikan sisi ayu buat penampilan Izzah

  • Rona nude sesuai digayakan dengan apa jua rona baju yang disarung
  • Kuning lembut sesuai digayakan untuk aktiviti lebih santai

  • Rona kelabu lembut memberi gaya lebih elegan dan eksklusif

  • Sisi feminine Izzah terpancar saat menggayakan tudung berona pastel

  • Rona champagne yang tidak lapuk dek zaman dan sangat evergreen!

  • Mint green membuatkan raut wajah Izzah lebih lembut
  • Rona pic lembut memancarkan nada sensual dan harmoni buat penampilan Izzah

  • Creamy yellow memberi nada sopan dan ayu
  • Rona off white melambangkan kesucian dan ketulusan hati.

 

SUMBER GAMBAR : Dari Instagram Nurul Izzah

LOFA Beri Sesuatu Yang Istimewa 11 April Ni, Teruja Betul Nak Tahu!

LOFA Beri Sesuatu Yang Istimewa 11 April Ni, Teruja Betul Nak Tahu!

Tak perlu perkenalkan lagi wanita serba boleh ini. Bakat Noor Neelofa Mohd Noor tak hanya bergemerlapan dalam bidang seni malah dia kini mencipta satu per satu kejayaan pula dalam dunia perniagaan. Istimewanya April ini, Neelofa menerusi Naelofar Hijab bakal melancarkan koleksi terbarunya, La Dolce Vita secara eksklusif dalam laman beli-belah online terkemuka, ZALORA!

Antara koleksi La Dolce Vita

Antara koleksi Dolce La Vita

Khabarnya, koleksi ini akan mula di pasarkan di Zalora pada 11 April depan. Lebih menarik, idea menghasilkan rekaan hijab kali ini diinspirasikan daripada Itali yang menterjemahkan La Dolce Vita atau bermaksud ‘The Sweet Life’. Pilihan rona-rona indah berasaskan bunga mawar, buah beri dan garapan warna semula jadi diketengahkan untuk koleksi istimewa tersebut.

Diperincikan dengan elemen mewah dan ceria, La Dolce Vita hadir dengan tiga gaya hijab iaitu Instant (Claudia), Selendang (Louisa) dan Bawal (Marquesa). Rekaan Claudia dan Marquesa menggabungkan ciri seni bina Rome sementara Louisa pula sarat dengan pantulan kilauan kristal Swarovski.

Koleksi Naelofar for ZALORA dijual dengan harga RM99 dan RM105 mulai 11 April ini hanya di laman beli-belah online ZALORA!

 

 

‘Kami Mendengar & Kami Mohon Maaf!’ Ini Pula Reaksi NOOR NABILA Berhubung Pelancaran Be Lofa, Isnin Lalu!

‘Kami Mendengar & Kami Mohon Maaf!’ Ini Pula Reaksi NOOR NABILA Berhubung Pelancaran Be Lofa, Isnin Lalu!

Kesal dengan insiden yang menimpa perniagaan dan kehidupan Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor yang juga Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd dan kakak kepada selebriti popular berkenaan tampil memberi kenyataan hari ini. Memohon maaf kepada semua penyokong kuat Naelofar Hijab dan individu yang terkesan dengan situasi tersebut pada Isnin lalu, Nabila menerusi kenyataannya tidak menyangka ia menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

“Sepanjang majlis pada malam itu, kami telah mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol-botol minuman keras, gelas serta perkakas diasingkan dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat tersebut sebelum berlangsungnya majlis.

Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup dan merokok adalah dilarang sama sekali. Kami juga mendapatkan katerer luar untuk menyajikan makanan halal. Semua perkakas termasuklah sudu, garfu dan gelas yang digunakan para tetamu juga disediakan oleh katerer terlibat.”

Bagi menjernihkan keadaan, Nabila turut menyatakan lokasi majlis itu dipilih kerana kemudahan yang ada selain kekosongan ruang sewa pada setiap hari Ahad dan Isnin memandangkan ia tidak dibuka untuk kunjungan umum.

“Sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED serta sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan untuk menjayakan majlis ini dan semuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan oleh pihak ruang acara.

Kami kini telah mengambil langkah segera untuk membetulkan situasi ini. Tiada yang lebih penting dari mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua. Kami mengambil serius dan mendengar semua komen serta akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelak insiden sama berulang.

Kami akan pastikan isu keagamaan dan kebudayaan akan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa hadapan. Kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan,” kongsi Nabila penuh ikhlas.

Moga dengan kenyataan Nabila ini semua pihak dapat mengambil iktibar. Bak kata pepatah, ‘Buang yang keruh, ambil yang jernih.’

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: