Biasan Gaya Klasik Dalam Koleksi Diane Von Furstenberg Musim Bunga 2018

Biasan Gaya Klasik Dalam Koleksi Diane Von Furstenberg Musim Bunga 2018

Persembahan fesyen musim bunga 2018 jenama ini yang di ketuai oleh pengarah kreatif Jonathan Saunders mencedok aura stail pemakaian 70-an dengan suntikan masa kini menerusi penggunaan fabrik-fabrik berteraskan teknologi moden. Apa yang menariknya tentang jenama ikonik ini adalah keindahan koleksi yang siap untuk dipakai oleh pembeli fesyen dek rekaannya yang tidak terlalu bereksperimentasi serta memiliki sentuhan corak dan warna yang menarik.

Apabila berbicara soal corak dan warna DVF sememangnya satu jenama yang sentiasa mementingkan perihal cita rasa wanita, jadi pemilhan rona untuk musim ini dilihat bertemu dalam dua dimensi yang mana ada rona-rona gelap dimadu ceria dengan rona-rona terang. Corak yang direka juga cukup feminin dengan sentuhan lakaran garis grafik dan juga floral menjadi tunjang cetakan pilihan.

Dari segi siluet pula, aura 70-an jelas tertancap menerusi gaya longgar selain gaun dengan potongan ‘handkerchief-hem’ dihujung jelas memancarkan gaya era tersebut. Tiada gaya gaun wrap yang merupakan gaun ikonik DVF bagi musim bunga 2017 ini, namun ada perincian yang menarik perhatian iaitu fringe yang disuntik indah pada sesetengah blaus dan juga gaun.

 

Persembahan Pertama Solace London Selepas Hampir Lima Tahun Berada Dalam Perniagaan Fesyen

Persembahan Pertama Solace London Selepas Hampir Lima Tahun Berada Dalam Perniagaan Fesyen

Jenama ini diasaskan oleh Laura Taylor dan Ryan Holliday-Stevens pada tahun 2013 dan percaya atau tidak mereka tidak pernah mempersembahkan koleksi di mana-mana minggu fesyen. Koleksi musim bunga 2018 ini merupakan pertama kali mereka menampilkan kreativiti secara terbuka di hadapan kelompok fesyen dan juga editor fesyen yang telah lama menyaksikan pertumbuhan jenama ini.

Ryan & Laura. KREDIT FOTO: SOLACE LONDON

Walaupun bergerak secara sendiri lebih empat tahun jenama ini terlebih dahulu telah menjadi pilihan ramai menerusi lonjakan jualan dan populariti di butik atas talian bertaraf tinggi seperti Net-A-Porter dan juga Bergdorf Goodman.

Untuk koleksi ini menurut duo pereka ini mereka tidak memiliki sebarang inspirasi khusus sebaliknya menjadikan warna, material dan fabrik yang dipilih sebagai titik tumpuan dan membina koleksi penuh.

KREDIT FOTO: VOGUE.COM

Daripada segi warna mereka menampilkan carta warna yang kebanyakannya menyerlah seperti kuning biji sawi, ungu, merah jambu, biru malam, hitam, gangsa, putih dan coklat. Pemilihan fabrik yang diutamakan tadi pula nyata memberi impak seolah-olah pergerakan keras dan lembut apabila pemilihan fabrik seperti pvc dan beralih kepada satin dan juga fabrik berkait.

Sekitar Pembukaan Butik Pertama Jenama Dudalina Di Asia Pasifik. Menampilkan Busana Indah Buat Wanita Tempatan

Sekitar Pembukaan Butik Pertama Jenama Dudalina Di Asia Pasifik. Menampilkan Busana Indah Buat Wanita Tempatan

Dudalina, jenama utama baju berkualiti tinggi dan pakaian di Brazil secara rasmi melancarkan butik sendiri yang pertama di Great Eastern Mall sekaligus yang pertama di rantau Asia Pasifik.

Terletak di pusat beli belah Great Eastern Mall, butik berkeluasan 750 kaki persegi membawa campuran pakaian untuk lelaki dan wanita yang diberi nama Masculino dan Feminino. Perasmian butik ini telah dilakukan oleh H.E. Carlos Martins Ceglia, Duta Besar Brazil ke Malaysia bersama-sama dengan Rafael Milioni, Pengarah Perniagaan Antarabangsa Dudalina dan  Vijay Binwani yang merupakan Pengarah Eksekutif Kumpulan Fesyen Binwani.

H.E. Carlos Martins Ceglia, Rafael Milioni, Maya Binwani dan Vijay Binwani

Menurut Ajay Binwani, berkata, “Dengan pembukaan butik Dudalina di Great Eastern Mall, ini menunjukkan ada permintaan yang menjanjikan untuk fesyen Negara. Dudalina menyediakan baju dan blaus berkualiti tinggi, yang menggabungkan busana dipotong sempurna dengan reka bentuk yang unik menggunakan bahan berkualiti. “

Selebriti Chloe Chen dan Nadia Heng dalam persalinan Dudalina

Rafael Milioni pula berkata, “Kami bangga memperkenalkan kepada Asia jenama utama Brazil. Kedai baru ini terletak di tengah Kuala Lumpur, adalah langkah penting bagi Dudalina dalam pelan pengembangannya di Asia untuk meningkatkan nama jenama ini secara global.”

Peragawati dalam koleksi terbaru Dudalina

Semasa pelancarannya, peragawati tampil anggun dalam persalinan koleksi Dudalina Feminino yang telah diilhamkan oleh pulau Greece Santorini yang ajaib. Melalui garis elegan yang mudah, ia mencerminkan nada matahari terbenam yang berwarna-warni di Santorini dan langit biru dan putih Greece.

Innai Red Tampil Dengan Koleksi Istimewa Tahun Baru Cina. Penyatuan Menawan Moden & Tradisi

Innai Red Tampil Dengan Koleksi Istimewa Tahun Baru Cina. Penyatuan Menawan Moden & Tradisi

Menampilkan koleksi sulung sempena Tahun Baru Cina, jenama tempatan terkenal ini menampilkan rekaan interpretasi moden busana tradisi cheongsam dan qi pao. Dengan aura gadis cina yang mengimbau kembali stail lama tradisi di Pulau Pinang, siap dengan beg klasik ditangan sedia menempuhi adrenalin kesibukan perniagaan di sepanjang jalan kolonial yang memiliki estetik dan pengaruh budaya peranakan.

Koleksi yang merangkumi 10 rekaan ini memberi hembusan ‘nyawa’ Innai Red ke dalam dua jenis busana tradisi ini. Perincian signatur jenama ini seperti ropol, tatahan jemeki, organza telus dan aksen peplum dimadu rapi penuh hormat kepada siluet tradisi lantas terhasilkan rekaan yang lebih moden dan relevan dengan selera fesyen masa kini.

Setiap busana hadir dengan labuh lengan dan skirt berbeza-beza bagi memberi pelanggan pilihan yang lebih versatil mengikut selera. Setiap helaian juga hadir dengan butang cina buatan tangan sebagai satu penghormatan kepada budaya dalam cara paling glamor. Pilihan warna yang diserlahkan terdiri dari spektrum terang sehinggalah warna pastel yang lembut.

Tidak lengkap sesebuah rekaan tanpa pilihan fabrik yang tepat. Untuk koleksi ini fabrik yang dipilih terdiri daripada fabrik yang mewah seperti tafetta, jaquard, sutera charmeuse, organza, cord dan les guipure. Pemilihan fabrik bercorak cetak juga dilihat sebagai satu suntikan tradisi yang mana kebiasaan cheongsam menampilkan cetakan bunga yang menarik.

 

Koleksi Perkahwinan Sulung Pereka Fesyen Terkenal Dato’ Sri Bernard Chandran

Koleksi Perkahwinan Sulung Pereka Fesyen Terkenal Dato’ Sri Bernard Chandran

Seperti kisah cinta, setiap gaun dalam Koleksi Pengantin Bernard Chandran menceritakan corak inspirasi, reka bentuk dan inovasi yang unik.

Diilhamkan oleh pelbagai aspek wanita moden, Bernard menetapkan landasan untuk tiga ‘wanita’ yang berjalan di pentas fesyen ini. Yang pertama adalah pengantin Perempuan yang suka acara riang yang romantis, kedua pula mengenai pengantik vintaj yang membangkitkan daya tarikan dunia lama ke dalam zaman moden dan yang ketiga pula berkisarkan pengantin moden nan kontemporari yang bersedia untuk menggabungkan kualiti fesyen yang memandang ke hadapan.

Dalam satu liga sepenuhnya sendiri, Bernard Chandran memandang pernikahan sebagai sesuatu yang sangat peribadi dan memahami banyak pendapat yang mengelilingi gagasan gaun yang sempurna.

“Saya mengambil cabaran dan dan mencabar diri untuk menghasilkan rekaan busana yang sesuai untuk pelanggan saya,” ujar beliau ringkas.

Melakar warna rekaan dari transisi gaun ala dongeng yang mengasyikkan ke vintaj, mewah nan sofistikated, dan klasik bergaya, gaun itu dihasilkan secara  terperinci dari tekstur hingga ke olahan leretan panjang yang begitu megah. Gaun itu bersinar dengan mutiara, hiasan kristal dan bordir manik rona perak.

Perincian renda dengan ilusi telus menambah sentuhan yang cukup berkarismakepada gaun. Kisah bersulam yang membuat pernyataan, jaket yang unik dalam renda yang terperinci, bahagian belakang terbuka, satin yang dilukis tangan dan skirt berjalur pada renda lembut merupakan beberapa ciri cantik yang terdapat dalam koleksi ini.

Koleksi ini juga penuh dengan kejutan dalam pilihan palet warna. Bersama-sama dengan rona putih bersih, putih gading emas champange serta warna-warna lain termasuk merah, biru dan bahkan hitam.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: