Adwoa Aboah Menang Model of The Year 2017 Mengalahkan Kaia Gerber, Winnie Harlow, Bella Dan Gigi Hadid

Adwoa Aboah Menang Model of The Year 2017 Mengalahkan Kaia Gerber, Winnie Harlow, Bella Dan Gigi Hadid

Siapa sangka model berdarah kacukan yang memiliki wajah edgy dan unik ini mengalahkan anak Cindy Crawford, Kaia Gerber yang merupakan model favourite untuk memenangi kategori ‘Model of The Year 2017’ oleh British Fashion Council. Namun kemenangannya ini bukanlah sesuatu yang perlu disangkal, keberadaannya di dalam dunia fesyen memberikan satu kesegaran dan juga kepelbagaian dalam lingkungan peragawati yang rata-rata dikuasai oleh model yang berkulit putih dan berambut perang.

Memilih Untuk Menggayakan Rekaan Pereka Fesyen Muda, Michael Halpern Di Majlis Anugerah Fesyen

Berusia 25 tahun, Adwoa yang berdarah Ghana dan British ini mula dikenali ramai apabila menghiasi wajah hadapan Vogue Itali pada tahun 2015. Tahun 2017 merupakan tahun bertuah buat model ini kerana beliau dipilih menjadi penghias kempen fesyen H&M, John Hardy dan juga Marc Jacbs Beauty. Selain itu beliau menjadi pilihan untuk berjalan bagi pelbagai jenama fesyen di setiap musim fesyen sepanjang tahun ini.

Antara yang menjadikan model ini unik dan terbaik, menerusi popularitinya sebagai model terkenal dia menubuhkan satu saluran yang diberi nama Gurls Talk sebagai paltform digital untuk menangani masalah mental dan juga mempromosikan kepelbagaian kaum di dalam industri fesyen.

Model Hari Ini Terlalu Kurus, Mereka Seperti Mayat Yang Begerak – Grace Jones

Model Hari Ini Terlalu Kurus, Mereka Seperti Mayat Yang Begerak – Grace Jones

Terbaru dalam temubual bersama Guardian, peragawati terkenal zaman 70an dan 80an yang juga merupakan seorang aktres dan penyanyi telah meluahkan rasa kecewanya terhadap dunia fesyen masa kini yang semakin tidak realistik. Melihat kepada pemilihan model yang dilakukan oleh kebanyakan jenama fesyen yang mengemari model yang terlalu kurus seperti mayat menjadikan dia tidak akan boleh menjadi model jika dia ditakdirkan untuk berada di zaman sekarang.

Menurutnya, “Ketika saya bergelar seorang model, saya memperagakan baju yang bersaiz enam dan kadangkala bersaiz lapan dan bahu saya yang bidang membuatkan kadang-kadang sukar untuk muat memakai rekaan yang diberikan. Namun kalau bersandarkan standard saiz model masa kini saya pasti tidak akan muat baju tersebut kerana ia sangat kecil! Saya cukup bersyukur kerana dilahirkan awal dan tidak menjadi model di zaman sekarang, I’d probably be dead, everyone is so skinny. Model yang bersaiz 0 adalah seperti mayat bergerak, langsung tidak seksi.”

Beramah mesra bersama mendiang Puteri Diana

Walaupun tidak bersetuju dengan fenomena model yang terlalu kurus mengikut standard fesyen masa kini, Grace yang merupakan seorang penggemar seni tidak berhenti menyokong dan meraikan pereka fesyen yang baru bermula. “Bila bercakap soal fesyen, saya seorang yang sangat setia.Saya suka jenama Issey Miyaki, Alaia, Kenzo dan Phillip Treacy. Saya juga akan membuka sebuah yayasan di atas nama emak saya dan di yayasan ini kami akan menyediakan khidmat mengajar menjahit serta mereka fesyen,” katanya ringkas.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: