Angan-Angan Akhirnya Jadi Kenyataan, REKA TEEMOR Realisasi Dream Wedding DR FAZLIANA & DR FARID!

Angan-Angan Akhirnya Jadi Kenyataan, REKA TEEMOR Realisasi Dream Wedding DR FAZLIANA & DR FARID!

Melihat newsfeed Facebook baru-baru ini dipenuhi dengan foto dari sebuah perkahwinan gemilang yang boleh dikatakan menjadi talk of the town. Mana tidaknya, selain pasangan mempelai yang sama cantik dan sama padan, gabungan dekorasi majlis yang mewah melengkapkan lagi hari bahagia buat Dr Fazliana Dato’ Abd Rashid dan suami tersayang, Dr Farid Razali.

Pasangan doktor ini sememangnya mempunyai angan-angan yang tinggi untuk majlis perkahwinan impian mereka. Memandangkan Dr Fazliana dan Dr Farid mengimpikan tema perkahwinan dream wedding, mereka sepakat memilih Reka Teemor sebagai perancang majlis dan dekorasi majlis perkahwinan.

Malah, gaun pengantin yang indah hasil rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Dr Fazliana pada majlis resepsi yang bertempat di Hotel St Regis juga mempunyai kisahnya yang tersendiri. Menurut Dr Fazliana, gaun pengantin rona midnight blue dilengkapi dengan Swarovski crystal-beaded bodice dan sepanjang 5 meter. Bagaikan sang puteri menanti ketibaan cinta hatinya, Dr Farid yang turut segak mengenakan sepasang tuxedo.

Pasangan yang sama cantik dan sama padan ini telah melangsungkan majlis akad nikah pada 9 September 2017 bertempat di Dewan Astor, Hotel St Regis Kuala Lumpur.Majlis akad nikah bertemakan ‘The Damiani’ mengambil inspirasi label berlian tersohor dari Itali. Lebih istimewa, majlis tersebut telah menampilkan latar belakang berlian dipancarkan oleh lampu led yang  memukau melatari segenap perincian pelamin.

Ketika ditanya mengapa memilih tema tersebut, Dr Fazliana berkata berlian adalah simbol dirinya yang ingin menjadi berlian yang bersinar-sinar untuk keluarga dan untuk suami tersayang. Ternyata berlian sememangnya bukan sahaja menjadi teman baik wanita, malah ia melambangkan betapa sinar dalam diri wanita mencipta kebahagiaan dalam sesebuah keluarga!

Pasangan ini turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi gilang gemilang di St Regis Kuala Lumpur. Kali ini, ia bertemakan ‘The Universe’ di mana ia telah diberi nafas ultra moden.

“Reka Teemor telah memberikan kejutan kepada kami dengan ilham segar 50 lampu chandeliar origami berwarna perak berkilauan digantung dengan susunan rapi di ballroom utama St Regis Kuala Lumpur. Ia seolah-olah meteor cinta saya dan Farid yang bersinar berputar di galaksi bima sakti,” ujar Dr Fazliana yang nyata terharu dan gembira impian perkahwinan direalisasikan sebaik mungkin.

Menyingkap detik perkenalan pasangan doktor sama cantik sama padan ini, menurut Dr Fazliana mereka bertemu di Royal College of Surgeons in Ireland pada tahun 2006.

“Ketika itu, kami berdua hanya setakat kawan baik sahaja, sentiasa berbual tentang muzik dan lagu terkini, pelbagai jenis model kereta, fesyen dan juga makanan! Rupa-rupanya, kami mempunyai citarasa yang sama. Setelah 3 tahun setengah, Farid kembali ke tanah air untuk meneruskan pengajian “twinning programme”  di Pulau Pinang manakala saya pula menghabiskan pengajian selama 5 tahun di Dublin.

Dalam tempoh tersebut, kami hanya mampu menegur satu sama lain di alam siber melalui Facebook dan WhatsApp. Setelah tamat pengajian, alhamdulillah kami berdua mendapat gelaran ‘Doktor’. Saya mula bekerja di Singapura dan Farid pula pulang untuk berkhidmat di Kuching, Sarawak.

Hubungan kami bertambah erat apabila Farid datang ke Singapura dan kami berpeluang untuk catch up. Ia seperti kami tidak pernah hidup berasingan, semuanya seperti zaman universiti dulu. Perangai dan percakapan Farid seperti yang terukir dalam memori saya. Di situlah bermulanya kisah cinta kami. Hidup seharian kami dipenuhi dengan panggilan telefon, mesej WhatsApp and FaceTime.

Kadangkala, sampai overnight pun masih FaceTime. Kesibukan bekerja atau oncall di hospital tidak menjadi halangan kerana kami sentiasa cuba meluangkan masa untuk berbual walaupun seketika. Tambahan pula, kami berusaha untuk berjumpa sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, sama ada di Kuala Lumpur, Kuching atau Singapura,” ujarnya lagi. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

Tak Pernah Bersua Sedangkan 3 TAHUN Belajar Di Universiti Sama, Akhirnya Allah Satukan JODOH Mereka Ketika Pulang Ke Tanah Air!

Tak Pernah Bersua Sedangkan 3 TAHUN Belajar Di Universiti Sama, Akhirnya Allah Satukan JODOH Mereka Ketika Pulang Ke Tanah Air!

Terkadang istilah cinta sukar untuk ditafsirkan. Jauh berkelana mencari cinta namun rupa-rupanya yang dicari selama ini sudah ada di depan mata. Itulah yang dialami Dr Muhamad Syamim Jamil dan pasangannya, Dr Noramira Shafleena Dato’ Shafii yang tidak pernah menyangka rakan seuniversiti ketika menuntut di Dublin, Ireland adalah teman sehidup semati mereka.

“Selama tiga tahun belajar di Dublin kami tak pernah berjumpa. Peliknya, apabila masing-masing kembali ke tanah air dan melanjutkan pengajian di Pulau Pinang barulah takdir mempertemukan kami berdua. Detik perkenalan bermula semasa saya menumpang kereta Amy ke hospital untuk beberapa minggu.

Awal perkenalan, dia memang tidak beri sebarang respons pun setiap kali saya bertanya khabar. Mungkin kerana tak tahan dengan persoalan saya yang bertubi-tubi setiap hari, akhirnya Amy akur.

Sejak itu hubungan kami semakin rapat dan serius. Ikutkan perancangan sebenarnya kami hanya mahu berkahwin selepas umur 30 tahun dan setelah masing-masing puas mengembara ke pelosok dunia. Tapi hasrat itu tak kesampaian sebab seru untuk berkahwin datang awal.

Setelah berfikir panjang, kami sepakat untuk bernikah. Lagipun untuk apa pergi mengembara secara solo kalau memang ditakdirkan menikmatinya bersama isteri tersayang,” seloroh Syamim.

Mengikat tali pertunangan pada 24 Disember 2016, Syamim dan Amy kemudian disatukan sebagai suami isteri pada tanggal 4 Ogos 2017 di kediaman pengantin perempuan di Ukay Perdana. Dengan hanya sekali lafaz, anak gadis kepada Dato’ Shafii Haji Roshad dan Datin Juliana Hashim sah bergelar isteri kepada graduan perubatan dan penulis ini.

Mengadakan majlis resepsi di Hotel Majestic Kuala Lumpur dengan jumlah jemputan seramai 700 orang,  persandingan gilang-gemilang Syamim dan Amy yang diadakan pada keesokan hari turut dihadiri golongan ternama. Antaranya, Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Berbahagia Dato’ Sri Mohd Johari Baharum.

Bertemakan konsep moden dan le lustre yang menyerlahkan dekorasi kilauan candelier, perunding perkahwinan terkenal Reka Teemor diberi kepercayaan untuk merealisasikan persandingan impian Amy.

“Selain seorang yang sabar, Syamim juga matang dan berpandangan jauh. Dia amat optimis dengan apa yang dilakukan, seorang yang lucu, sangat sukakan cabaran dan mendekatkan saya dengan perkara baru. Alhamdulillah, saya senang dan serasi sepanjang bersama Syamim.”

Tersenyum mendengar pengakuan isteri tercinta, Syamim lantas mencelah. “Amy pula seorang yang sangat memahami dan cukup peka dengan perasaan serta keinginan saya. Senang cerita, dia mudah dibawa berbincang dan bertolak ansur. Apa jua yang saya buat, Amy selalu beri semangat termasuk minat saya dalam penulisan.”

Usai sahaja resepsi pengantin perempuan di Hotel Majestic Kuala Lumpur, pasangan mempelai sekali lagi diraikan dalam majlis bertandang pengantin lelaki di K’Seena House pada 6 Ogos lalu. Berbeza daripada resepsi sebelumnya, majlis ini hanya melibatkan 270 jemputan dan bersifat lebih intim.

Hanya ahli keluarga dan rakan terdekat saja dijemput menyerikan acara. Tidak ketinggalan, tetamu kehormat, Tuan Yang Terutama Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Dato’ Seri Dr Hilmi Haji Yahya.

Foto: TERIMA KASIH PROJECT 2 PI

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: