Sukar Miliki Kulit Wajah Gebu & Bebas Jerawat Gara-Gara 10 Regim Cucian Yang SALAH!

Sukar Miliki Kulit Wajah Gebu & Bebas Jerawat Gara-Gara 10 Regim Cucian Yang SALAH!

Regim kecantikan ada kalanya menjadi sangat sukar apabila terlalu banyak langkah yang perlu diikuti. Akhirnya anda akan hanya tidur dengan solekan yang masih cantik pada wajah. Kesalahan dalam penjagaan wajah adalah titik permulaan masalah kulit wajah. Jangan tuding jari pada orang lain tetapi diri sendiri. Sebagaimana anda mengenali tubuh, begitu juga anda perlu kenal jenis kulit wajah. Kenali 10 kesalahan yang kerap anda lakukan setiap hari.

  1. Produk

Pencuci wajah yang betul menanggalkan kotoran dan solekan, bukannya minyak semula jadi yang ada pada kulit atau sel-sel sihat. Kenalpasti produk yang memberi kebaikan ini pada kulit dan lakukan sedikit kajian mengenai produk terbaik untuk kulit anda, sama ada penggunaan secara tidak terlalu lembut dan tidak terlalu kasar sehingga menyebabkan kulit iritasi atau tegang.

  1. Over do

Mencuci wajah sekali hingga dua kali sehari adalah protokol terbaik untuk menjaga kulit wajah. Selebihnya, ia pasti menimbulkan iritasi  dan seterusnya memaksa kulit mengeluarkan lebih banyak minyak. jika anda tidak mengenakan solekan atau berpeluh sepanjang hari, tidak perlu pencuci wajah pada waktu malam dan cuba bersihkan wajah dengan air suam. Berikan masa rehat buat kulit seketika.

  1. Salah suhu

Mitos: Air panas membuka pori dan air sejuk menutupnya kembali. Realitinya, pori tidak mempunyai otot untuk terbuka dan tertutup.  Sementara air panas terasa baik untuk kulit tetapi ia sebenarnya mengganggu kulit semula jadi anda, minyak perlindungan dan membawa kepada over-drying atau over production sebum. Air suam adalah pilihan terbaik untuk mencuci wajah.

  1. Penggelupasan terlalu banyak

Penggelupasan baik untuk membuang sel kulit mati tetapi kesederhanaan adalah kata kuncinya. Skrub muka hanya sesuai digunakan dua kali seminggu agar kulit anda tidak kasar dan terasa pedih. Gunakan tangan dan elakkan tuala kerana ia lebih kasar dan menyakitkan kulit wajah.

  1. Cuci bersih

Apabila anda tidak membersihkan wajah dengan betul, sabun yang tertinggal itu akan menjadi sisa dan menutup pori serta mengeringkan kulit. Cuci sempurna walaupun anda garisan rahang, garisan rambut dan hidung kerana ia biasanya menjadi spot terlepas pandang.

  1. Kandungan iritasi

Berjanjilah pada kulit anda untuk tidak menggunakan produk mengandungi bahan-bahan penyebab iritasi seperti pewangi, pewarna dan bahan preservatif seperti paraben. Sentiasa baca label kandungan sebelum membeli produk penjagaan kulit.

  1. Tuala muka

Tekap, jangan gosok. Benar, menggosok tuala pada muka terasa sedap tetapi ia umpama menarik kulit dan meletakkan kulit wajah anda pada tahap elastik. Pilih tuala muka yang lembut dan sesuai untuk wajah. Paling penting, jangan berkongsi tuala muka walaupun kulit muka orang itu tidak bermasalah.

  1. Lembapan berpanjangan

Untuk melembutkan kulit dan membiarkan kulit wajah terus lembap dan berseri, sapu pelembap wajah sebaik sahaja anda menbersih wajah. Begitu juga dengan sapuan serum dan produk rawatan kulit lain. Biarkan kulit anda benar-benar kering agar serum dan losyen pelembap tadi boleh menyerap sempurna.

  1. Pelaburan jangka panjang

Semakin meningkat usia, kulit wajah semakin sukar dibelai. Penjagaan lebih rapi perlu agar ia sentiasa terpelihara. Cari produk dengan kandungan ringkas, semula jadi dan kekal merawat wajah berbanding produk berjenama, mahal tetapi meninggalkan kesan sampingan.

  1. Takut minyak

Ramai mengelak dari menyapu minyak pada wajah kerana telah lama disogokkan dengan pendapat;wajah berminyak akan menambahkan lagi minyak pada wajah. Kajian kini menunjukkan minyak yang betul boleh membersihkan pori wajah dan menjadikan ia lebih lembap dan terpelihara serta mengelakkan kulit wajah dari kering dan kusam.

 

 

.

 

 

 

Biar Cantik Secara SIHAT, Bukan Kerana Bahan Kimia! Amalkan Diet 6 SAYURAN Ini Untuk Kulit Sihat & Awet Muda

Biar Cantik Secara SIHAT, Bukan Kerana Bahan Kimia! Amalkan Diet 6 SAYURAN Ini Untuk Kulit Sihat & Awet Muda

Ramai berpendapat produk yang menjalani proses teknologi memberikan hasil yang lebih baik kepada kulit. Tahukah anda bahawa apa yang kita makan dengan mudahnya menyerlahkan kecantikan diri? Cara terbaik untuk anda yang ingin mencerahkan kulit adalah dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet harian kerana bajet lebih rendah berbanding produk kosmetik lain.

Cuaca panas menyebabkan pigmentasi kulit berubah menjadi gelap dan meninggalkan noda gelap pada wajah. ia disebabkan pendedahan terhadap cahaya UV. Oleh yang demikian, diet memainkan peranan penting agar ia dapat melindungi keperluan nutrien kulit.

  1. Kacang peas
  • Kekacang kecil adalah solusi kepada masalah kesihatan dan meningkatkan tahap bronze kulit. Kacang peas berupaya menyingkirkan pigmentasi gelap pada kulit anda. Malah, kacang peas juga mempunyai vitamin A yang membantu melembap kulit dengan lebih efektif.

DIY: Campurkan kacang peas dengan salad atau jadikannya stew. Ambillah kacang peas setiap hari agar kulit anda kelihatan lebih cerah dan sihat.

  1. Cendawan
  • Cendawan mengandungi banyak nutrisi termasuk protein dan vitamin terutamanya lemak dan tiada kolestrol. Pengambilan cendawan secara sederhana membuatkan kulit wajah lebih cantik dengan peningkatan pengeluaran estrogen menentang penuaan. Cendawan mengandungi vitamin D dan antioksidan untuk melindungi kulit daripada berkedut akibat cahaya matahari.

DIY: Rendam cendawan bersama minyak bijan untuk dijadikan mask wajah dua kali seminggu. Campurkan juga cendawan dalam masakan seperti sup dan salad agar ia menjadi lebih berkhasiat.

  1. Timun
  • Timun sangat popular bila tiba musim panas. Ia mengandungi banyak vitamin termasuk vitamin B2, vitamin C, vitamin E serta asid amino dan asid tartaric. Setiap asid ini mempunyai kelebihan menentang sunburn dan freckles, membersih serta mencerahkan kulit. Malah ia juga mengurangkan alergi pada kulit. Terdapat banyak lagi nutrisi [ada timun seperti protein, karbohidrat, karotin, niacin, kalsium dan fosforus.

DIY: Ambil perahan jus timun dan lemon kemudian sapukan pada wajah. selepas 15 minit, cuci bersih dan ulanginya dua kali seminggu. Anda boleh lihat perubahannya selepas satu bulan.

Di samping itu, anda juga boleh menjadikan timun sebagai masker. Hanya kisar dan jadikannya puri kemudian sapukan pada kulit wajah. lakukannya setiap hari selama 20 minit.

  1. Tomato
  • Tomato adalah buah yang mencerah kulit secara semula jadi. Ia sesuai untuk kulit berminyak dan yang mempunya bintik hitam. Tomato mengandungi antioksidan seperti vitamin A dan C. Semakin banyak anda mengambil tomato dalam diet seharian, semakin cepat kesannya boleh dilihat.

DIY: Hiris tomato dan sapu pada wajah dengan cara memutar selama 15 minit selama 20 hingga 25 minit. Kemudian cuci wajah dengan air sejuk. Dengan cara ini, kulit akan mencerahkan kulit dan menjadikannya tampak lebih muda.

Ambil dua hingga tiga sudu besar tomato yang ditumbuk lumat dan campurkan dengan lima hingga enam titis jus lemon. Ulangi cara ini selama sebulan untuk lihat hasilnya.

*Jus lemon akan membuatkan kulit anda terasa ketat dan pedih tetapi ia akan berkurangan jika anda sering melakukannya.

  1. Lobak merah
  • Lobak merah sangat baik untuk penglihatan dan kulit kerana ia diperkaya dengan vitamin A, vitamin C dan fiber. Ia mempunyai antioksidan yang boleh memutihkan kulit. Ia juga berupaya menyingkirkan toksin dalam badan.

DIY: Makan lobak merah dan minum segelas jus lobak merah tiga kali seminggu untuk kulit lebih berseri. Jus lobak merah bertindak sebagai anti-radang dan bagus untuk menjadikan kulit halus dan lembut. Bersihkan lobak, buang kulit dan tumbuk halus kemudian campurkan bersama dua sudu teh madu dan kuning telur agar menjadi pes. Sapukan pada wajah (elakkan bahagian mata dan mulut). Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air suam.

  1. Ubi kentang
  • Ubi kentang mempunyai efek bleaching. Paling penting, ia sangat murah! Ubi kentang mempunyai enzim dan protein yang membantu perkembangan kulit sihat. Sebagai tambahan, ubi kentang mengandungi vitamin B, vitamin C dan selulosa yang berkualiti tinggi bagi mengekalkan kulit sihat.

DIY: Hiris ubi kentang menjadi kepingan nipis dan perahkan jusnya pada kapas. Kemudian, sapukan pada wajah selama 15 minit. Selepas itu bilas bersih dan ulangi dua kali sehari selama beberapa minggu sehingga anda melihat sendiri kesannya. ubi kentang bukan sahaja mencerahkan kulit tetapi membantu menghilangkan parut.

Masuk Makmal & Uji Kaji Produk Sendiri Sebelum Dipasarkan, SITI SALBIAH Lambang Usahawan Yang Patut Dicontohi!

Masuk Makmal & Uji Kaji Produk Sendiri Sebelum Dipasarkan, SITI SALBIAH Lambang Usahawan Yang Patut Dicontohi!

Pada saat pengusaha lain ghairah mengeluarkan produk masing-masing dan tidak mahu ketinggalan memancing jualan kepada pengguna, Siti nekad dengan prinsip sendiri. Selesa dengan pendekatan ‘biar lambat asal selamat’, wanita berjiwa besar ini terlebih dahulu mendalami ramuan produk yang bakal dihasilkan sebelum memasarkannya kepada golongan sasaran. Jelas Siti, sebagai Pengarah Urusan Alvina Empire (M) Sdn Bhd dia perlu arif tentang perniagaan ini dari segenap aspek agar tidak mudah diperkotak-katikkan kelak.

“Saya mengambil masa yang lama untuk kick start dalam perniagaan ini kerana melakukan reserch and development (R&D) sendiri. Melalui proses R&D tersebut saya mempelajari kelas bahan-bahan ramuan daripada pengeluar ingredients, Senior Chemist dan saintis yang berkhidmat di kolej swasta bertauliah. Jujurnya, ia memang bukan proses yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi saya tetap teruskan juga sebab mahu menjadi usahawan produk yang berilmu sebelum menceburkan diri dalam perniagaan yang saya pilih ini.

Selain kesukaran untuk memilih ramuan terbaik, antara cabaran lain yang terpaksa saya harungi adalah trend pemasaran dalam talian yang digunakan secara meluas hari ini. Disebabkan kewujudan produk kecantikan dan kesihatan yang banyak dijual di pasaran, saya perlu membuat banyak kajian termasuk tentang bagaimana syarikat tidak ketinggalan dengan cara pemasaran sekarang,” tegasnya.

“Sebelum menjinakkan diri dalam bidang kecantikan dan kesihatan, saya menjalankan sendiri R&D sejak Januari 2016 lagi. Banyak masa diperuntukkan untuk menilai keberkesanan produk Alvina dan setelah berpuas hati dengan hasil kajian tersebut barulah saya memberi fokus sepenuhnya terhadap perniagaan ini pada akhir tahun 2016. Alhamdulillah, soft launch Alvina Beauty dirasmikan pada Februari tahun lalu dan sekarang dikenali sebagai Alvina Empire (M) Sdn Bhd.”

Mengintai latar belakang personaliti bersusuk tubuh kecil ini, beliau sebenarnya bukan calang-calang wanita. Mewarisi bakat berniaga daripada arwah bapa yang merupakan ahli perniagaan dalam industri pembinaan dan perkhidmatan, Siti juga sudah memiliki sebuah syarikat minyak dan gas yang diusahakan bersama beberapa orang rakan kongsi sebelum terjun ke dunia kecantikan dan kesihatan. Terang Siti, prospek syarikat minyak dan gas tersebut sebagai pembekal bahan kimia turut berkait rapat dengan bisnes yang dijalankan sekarang.

Ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam bidang kecantikan dan kesihatan sedangkan sudah berjaya sebagai pelopor minyak dan gas, graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta Sarjana Pengurusan Perniagaan ini punya jawapan tersendiri.

Cergas Sepanjang Hari Bersama Alvina Inspired Glem'z

"ORANG PEREMPUAN NI SUKA MERUNGUT, TAK LARATLAH, PENATLAH …. BUAT KERJA SIKIT DAH HABIS TENAGA. SUDAHNYA MOODY SEPANJANG HARI!"==============================Tengok tenaga Siti Salbiah ni, lain macam kan? Dia pun wanita macam kita juga ada kerjaya. Malah, lagi sibuk sebab tekun uruskan perniagaannya Alvina Empire. Tapi tetap maintain cantik dan bertenaga sepanjang hari. Jealous Ioulssss!! Nak tahu apa rahsianya? Of courselah dia amalkan ALVINA INSPIRED GLEM'Z setiap hari. Selain membantu memberikan tenaga, ia juga menyerlahkan kecantikan dan kesihatan yang diimpikan selama ini.Antara kebaikan yang terkandung di dalam ALVINA INSPIRED GLEM'Z termasuk: *Membantu mengawal selera makan.*Membantu membekalkan tenaga.*Mengandungi antioksidan.*Mengandungi bahan semulajadi dari buah-buahan premium terpilih.*Dapat membantu memutihkan & membantu menurunkan berat badan.*Membantu dan membaiki kulit menjadi sihat.Jadi, jangan tunggu lagi! Dapatkannya sekarang sebagai nutrisi kesihatan anda setiap hari. Maklumat lanjut tentang produk hebat ini layari www.alvinabeauty.com atau follow Instagram @alvinasecret_official & Facebook AlvinaBeauty2016! #majalahnona#nonasuperwoman#inspirasinona#alvinabeauty

Posted by Nona on 17hb Disember 2017

“Saya terdetik untuk mendalami perniagaan ini kerana mahu membuat kelainan terutamanya dalam memberi kesedaran kepada pengguna mengenai bahan-bahan yang terkandung dalam sesuatu produk kecantikan mahupun kesihatan mereka. Kesedaran juga harus datang daripada pengeluar produk supaya tidak sewenang-wenangnya menjual produk yang mereka sendiri tidak tahu isi kandungannya.

Bagi saya, masih tidak terlambat untuk pengguna dan pengeluar menyedari situasi berkenaan mulai sekarang. Jika bukan untuk kebaikan diri sendiri, sekurang-kurangnya ia berguna untuk generasi akan datang. Di samping memperkasakan usaha kesedaran itu, saya juga memasang niat untuk membantu mereka di luar sana menjana pendapatan tambahan dengan menjadi ejen Alvina Beauty supaya saya dapat menyalurkan ilmu kepada mereka berkaitan cara pembuatan asas produk ini. Sekali gus, memanfaatkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan.

Menyentuh perancangan saya dalam tempoh lima tahun akan datang, saya mahu Alvina dikenali di peringkat antarabangsa bukan saja sebagai pengeluar produk tetapi juga sebagai sebuah kilang pengeluar produk kecantikan dan kesihatan yang dapat melahirkan ramai pengasas produk dengan jenama mereka sendiri berlandaskan kualiti dan identiti. Paling penting, bakal pengasas ini mempunyai pengetahuan mengenai apa yang mereka inginkan.

Saya juga berharap agar dapat menjadikan Alvina sebagai Trade of centre for Halal Products. Inshaallah, dengan semangat dan usaha daripada kakitangan Alvina, segala yang dirancangkan akan menjadi kenyataan,” ungkap Siti yang kini sedang mengikuti pengajian Advanced Diploma in Organic Cosmetic Science.

TIDUR Berkualiti Janjikan Kehidupan Lebih Indah & Kerjaya Yang Cemerlang! Pupuk 4 Cara Ini Agar Mudah Tidur Lena

TIDUR Berkualiti Janjikan Kehidupan Lebih Indah & Kerjaya Yang Cemerlang! Pupuk 4 Cara Ini Agar Mudah Tidur Lena

Rehat yang tidak cukup bukan sahaja menyebabkan anda mengantuk ketika di pejabat, bahkan boleh mengganggu tahap kesihatan. Sebahagian daripada anda mungkin menghabiskan banyak waktu untuk kepentingan pekerjaan tapi sebenarnya kurang tidur boleh memberi kesan negatif kepada kerjaya anda. Antaranya anda mudah hilang tumpuan, jatuh sakit dan boleh membawa kepada tekanan dan sebagainya. Agar tidur lebih berkualiti dan cepat mengantuk di malam hari, hindari kebiasaan berikut:

1.Hindari Pengambilan Ubat Tidur

Meskipun anda mungkin lebih cepat tidur bahana ubat tersebut yang mengandungi bahan penenang, tetapi tahukah anda ia akan mengganggu proses tidur secara alami? Ketika proses ini, tidur pun menjadi kurang berkualiti. Anda boleh saja sering terbangun pada malam hari bahkan mengalami mimpi buruk.

2.Tidur ‘Balas Dendam’

Sebahagian individu berasa tidak pernah mendapat tidur yang cukup saat hari bekerja. Maka ada yang memutuskan untuk berehat seharian pada waktu cuti seolah-olah mahu membalas dendam. Hal ini juga kurang baik kerana waktu terjaga menjadi tidak konsisten. Apabila anda mula bekerja pada hari Isnin misalnya, tubuh anda akan keletihan kerana sebelum itu sudah terbiasa berehat. Justeru ia akan menyebabkan anda berasa mengantuk dan malas membuat kerja.

3.Membuat Kerja Waktu Malam

Bagi membeolehkan anda lebih cepat mengantuk, hindarilah menyelesaikan pekerjaan sebelum tidur. Kegiatan yang memerlukan otak untuk berfikir seperti itu akan membuat anda sukar terlelap. Elakkan meletakkan telefon bimbit anda di hujung kepala supaya anda dapat berehat sepenuhnya dan tidak sibuk memeriksa facebook, e-mel dan sebagainya terutama yang berkaitan dengan pekerjaan yang boleh membuatkan otak anda berfikir sekali gus menyebabkan anda tidak boleh mendapatkan tidur yang lena.

4.Bangun Pada Masa Yang Berbeza-Beza

Sebaiknya anda tidak bangun pada waktu yang berubah-ubah. Pastikan anda set jam bangun tidur yang konsisten kerana ini akan membentuk kebiasaan yang membuatkan anda menjadi terbiasa dengan waktu itu. Lama-kelamaan anda tidak perlu lagi jam untuk mengejutkan anda. Secara automatik anda akan terjaga pada jam tersebut. Waktu bangun tidur yang teratur akan melatih otak mengirim peringatan untuk bangun satu jam sebelumnya. Jika waktu bangun tidur tidak teratur otak tidak akan tahu bilakah waktunya untuk melengkapi proses tidur dan harus bersiap untuk membangunkan anda.

Cara Mengatasi Masalah Tidak Cukup Tidur

1.Kurangkan Aktiviti Luar

Mungkin anda keletihan kerana kerja-kerja di pejabat semakin padat.  Justeru, cuba anda fikirkan apakah aktiviti yang sesuai untuk anda kurangkan. Misalnya, berjalan-jalan sewaktu makan tengah hari. Sekiranya tidak penting, elakkan aktiviti tersebut yang sebenarnya membuatkan anda mudah letih dan kurang produktif.

2.Tentukan Jadual

Agar kerja lebih sistematik, cubalah sediakan jadual. Letakkan pekerjaan paling berat atau penting sebagai keutamaan anda. Lalu berikan tumpuan penuh pada tugas harian tersebut. Hal ini akan memotivasikan anda supaya tidak menangguhkan tugasan.

3.Lapangkan Fikiran

Apakah tubuh anda jadi cepat letih kerana banyak tekanan? Sebaiknya lakukan aktiviti yang boleh melapangkan fikiran. Misalnya dengan berjalan santai sebelum atau sesudah kerja atau melakukan senaman ringan untuk mengurangkan tekanan. Selain dapat membuat fikiran lebih tenang ia juga mungkin boleh membantu memberikan idea yang lebih baik.

4.Bersyukur
Seseorang yang sering bersyukur umumnya merasa lebih ikhlas dalam menjalankan kegiatan, termasuk yang meletihkan. Selain memberi kesan baik untuk diri sendiri, bersyukur juga memberi aura positif untuk orang lain. Dengan begitu, fikiran anda juga akan menjadi lebih  positif  sekali gus membantu menurunkan kadar stres dan menyelesaikan apa jua masalah yang ada. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

Berkualiti, Khasiat & Baik Untuk Kesihatan, 4 Kuasa Magis GINSENG MERAH KOREA Yang Patut Anda Tahu!

Berkualiti, Khasiat & Baik Untuk Kesihatan, 4 Kuasa Magis GINSENG MERAH KOREA Yang Patut Anda Tahu!

Ginseng telah lama dikenali dengan kesan penyembuhannya dan sebati dengan masyarakat Cina di mana ia telah digunakan sebagai tonik dan ubat sejak 5,000 tahun yang lalu. Dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran mengenai ginseng merah Korea dan bagaimana ia boleh membantu dalam segi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, Korea Ginseng Corporation (KGC) telah menerajui Seminar CheongKwanJang 2017 yang pertama di Malaysia dengan sokongan rakan tempatan KMT Trading Sdn Bhd serta Korea Trade & Investment Promotion Agency (KOTRA) Kuala Lumpur untuk berkongsi tentang penyelidikan terhadap ginseng merah Korea secara mendalam yang telah dijalankan.

Secara tradisinya, ginseng digunakan untuk membantu dalam pelbagai masalah dan sebagai eliksir untuk mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Korea Ginseng Corporation amat berbesar hati untuk mempamerkan legasi selama 118 tahun sejak dalam menghasilkan ginseng mentah yang bersih dan berkualiti melalui penanaman dan kaedah pemprosesan ginseng kesihatan yang sistematik – dari persekitaran penanaman yang sesuai, pengeluaran yang mementingkan kualiti, sehingga mengoptimumkan keberkesanan ginseng merah Korea melalui penyelidikan dan pembangunan.

Bergantung kepada peringkat pemprosesannya, ginseng yang mentah akan menjadi ginseng merah apabila ia distim dan dikeringkan berulang kali sehingga ginseng tersebut bertukar kepada warna perang atau kemerahan. Ia boleh disimpan dengan mudah untuk tempoh yang lama tanpa menjejaskan kualitinya. Ginseng merah sering dikenali dengan manfaatnya iaitu :

  •  meningkatkan sistem imunisasi
  • membantu memulihkan tubuh dari keletihan
  • memperbaiki peredaran darah
  • meningkatkan aktiviti otak dan bertindak dengan ciri-ciri anti oksida.

Secara umumnya, ginseng merah Korea merupakan akar istimewa yang penuh dengan vitamin dan mineral yang unik, antioksida dan pelbagai nutrien penting yang membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan. Ramai masyarakat Cina menggelar ginseng Korea sebagai ‘eliksir kehidupan’ kerana manfaat-manfaatnya yang hebat.

Ginseng mengandungi pelbagai komponen farmakologikal, termasuklah satu siri saponin triterpenoid tetracyclic (ginsenosida), poliasetilena, bahan-bahan polifenol dan polisakarida berasid. Ekstrak-ektsrak ini menghasilkan bahan-bahan antimikrob yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan dari jangkitan bakteria dan virus di mana ia membantu meningkatkan sistem imunisasi. Kesan proaktif ginsenosida membantu meningkatkan daya tumpuan dan fungsi otak secara keseluruhan dengan merangsang sel-sel otak. Ia boleh memperbaiki peredaran darah dengan menghalang pembentukan trombus, dan boleh mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular.

CheongKwanJang telah diiktiraf setara dengan ginseng Korea berkualiti tinggi yang diminati oleh warga Korea selama ribuan tahun apabila kerajaan Korea mula mengenakan standard kawalan kualiti yang sangat tinggi. Jenama ini melambangkan kepercayaan pelanggan terhadap kualiti hebatnya di mana ia mewakili semangat ketukangan dan usaha yang berterusan mencapai kemewahan yang bertahap dunia. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: