FASHION STYLIST Ini Ajar Tip Macam Mana Nak Nampak Bergaya Ala Selebriti!

FASHION STYLIST Ini Ajar Tip Macam Mana Nak Nampak Bergaya Ala Selebriti!

Kerjaya sebagai penata gaya kian mendapat tempat dalam industri fesyen tanah air. Ramai selebriti masa kini mula mendapatkan khidmat penata gaya atau fashion stylist untuk tampil lebih bergaya dan trendy. Fatimah Zahrah Binti Mohd Shaidin berasal dari Kuala Lumpur merupakan penata gaya bebas yang mula menempa nama. Fatimah Zahra atau lebih mesra disapa Zara juga pemilik kepada label fesyen RTW jenama Zara.M S. Mempunyai Ijazah dalam jurusan Fashion Design & Retail, wanita berusia 24 tahun ini bijak dalam mengekspresikan fesyen terkini dengan cara tersendiri.

PENDAPAT TENTANG FESYEN

Fesyen pada saya adalah lebih dari sekadar “runway”, model, sikap mahupun kepenggunaan. Dunia fesyen lebih daripada itu. Fesyen merangkumi segalanya didalam kehidupan seharian dan menunjukkan sifat keperibadian seseorang. Ia bukan dari segi pemilihan pakaian semata-mata  malah aksesori, gaya rambut atau tudung juga perlu diberi perhatian. Selain itu, bagaimana dan di mana pakaian itu hendak dipakai harus dititik berat bagi memperlihatkan status sosial individu tersebut. Fesyen juga mencipta “universal language” dan dapat difahami oleh semua tanpa perlu ada perkataan yang perlu diutarakan.

FESYEN TERKINI

Trend fesyen terkini lebih menjurus kearah “quirky & fun”. Tahun sebelumnya terkenal dengan pengunaan teknik pleating dan masih digunakan pada tahun ini dan diolah untuk tampil lebih menarik dan kreatif. Selain itu, fesyen terkini berbalik dengan pemakaian basic tee atau statement t-shirt atau lebih mudah di sebut sebagai fesyen minimal dah effortless.

ARUS FESYEN

Pada satu tahap akan ada pertukaran dan juga suntikan baru di dalam industri fesyen. Arus fesyen yang akan bertukar sekurang-kurangnya 6 bulan untuk satu-satu trend itu bertahan. Ia antara penyebab industri fesyen kian berkembang pesat dari masa ke masa. Oleh itu pereka fesyen harus sentiasa memikirkan idea yang kreatif dan baharu pada setiap musim.

BINA GAYA

Untuk membina gaya, perkara paling penting ialah Sentiasa tahu kekuatan pada diri sendiri dan ‘watak’ yang ingin dibawa. Anda harus mengambil tahu bidang pekerjaan atau rutin harian supaya gaya dapat dibina mengikut kehendak dan tempat. Selain itu, pemilihan tas tangan dan sepatu yang sesuai adalah penting didalam pemilihan pakaian. Bagi mereka yang berhijab, Teknik layering adalah stail yang tepat dan paling sesuai untuk digayakan untuk memberikan penampilan yang lebih fashionable dan modest.

TIP UNTUK TAMPIL BERGAYA

  1. Memiliki satu tas tangan statement
  2. Pelbagaikan aksesori lebihkan kepada perak dan keemasan
  3. Teknik pemakaian mekap yang bagus
  4. Sentiasa yakin
  5. Sentiasa rancang pakaian yang hendak dipakai dengan lebih awal
  6. Wajib mempunyai kemeja putih dan jeans
  7. Menjaga kebersihan tubuh badan, wajah serta rambut

 

FESYEN LEBARAN 2018

Pada tahun ini, kelihatan pereka-pereka tempatan kembali  kepada rekaan back to basic. Mereka menerapkan ciri-ciri tradisional seperti baju kurung pesak atau kebarung serta memberi suntikan yang lebih segar dan terkini. Selain itu, elemen baharu juga dapat dilihat dalam rekaan  fesyen lebaran 2018 dimana ia lebih fokus kepada pemilihan fabrik,warna dan juga perincian.

IKON GAYA PILIHAN

Saya amat menyukai gaya fesyen Olivia Palermo, Blake Lively, Ascia AKF dan Neelofa. Kesemua empat ikon ini mempunyai cara tersendiri untuk melahirkan idea baharu didalam cara pemakaian serta bijak suai padan pakaian yang mereka sarungkan. Mereka juga antara penggemar teknik layering, oversized coat, print on print & penggunaan statement piece.

 

 

 

 

 

 

Serlah Gaya Ranggi, Ini 6 Etika Pemakaian DENIM Ke Pejabat Yang Boleh Anda Cuba!

Serlah Gaya Ranggi, Ini 6 Etika Pemakaian DENIM Ke Pejabat Yang Boleh Anda Cuba!

Memakai denim ke tempat kerja tentunya menjadi salah satu perkara yang amat disukai oleh pekerja. Namun ia haruslah tidak salah jika etika pemakaian denim tidak dilarang di tempat kerja anda. Oleh itu penggayaannya juga haruslah betul dan bersesuaian. Ini kerana terdapat beberapa jenis denim yang terdapat di pasaran. Tidak semua jenis denim sesuai digayakan ke pejabat. Jom Nona kongsikan etika pemakaian denim yang betul untuk ke pejabat!

  1. FIT

Jeans yang fit pada kaki tampak lebih kemas. Pastikan ia fit sempurna tetapi bukan sehingga terlalu ketat.

  1. PILIH DENIM YANG GELAP

Berbanding dengan pelbagai jenis denim yang lain, denim yang berona gelap adalah sangat bersesuaian untuk dikenakan kala ke tempat kerja. Acid wash sememangnya cantik tetapi tidak berapa sesuai dengan pejabat. Denim berona gelap adalah selamat untuk dipakai kerana ia boleh bertindak sebagai rona neutral dan lebih kelihatan seperti seluar atau skirt hitam.

  1. ELAK AKSESORI PADA DENIM

Denim yang dihiasi aksesori seperti batu berkilau atau carikan kain sememangnya versatil dan bergaya. Namun ianya tidaklah bersesuaian untuk digayakan di pejabat.

  1. SUAI PADAN BERSAMA CERAIAN  FESYEN YANG LEBIH FORMAL

Ini memastikan agar anda tidak kelihatan terlalu kasual. Kemeja berbutang, kasut wedges atau ankle boots adalah antara yang sesuai untuk ke pejabat. Suaikan bersama blazer, sudah pasti menaikkan penampilan seharian kala di pejabat.

  1. PANJANG DENIM ITU PENTING

Berikan perhatian pada labuh jeans yang anda pakai. Jika ia terlalu labuh, anda akan tampak tidak kemas. Terlalu pendek pula akan tampak seakan ingin bersantai. Jadi, pastikan panjang denim yang anda pilih bersesuaian.

  1. ELAK PADANAN DENIM DAN DENIM

Suai padan top denim dan seluar denim akan dilihat terlalu trendy jika dipakai di pejabat. Pilih satu sahaja item denim dalam persalinan ke tempat kerja dan pastikan helaian selainnya tampak lebih profesional.

 

Tampil Lebih FABULOUS  Dengan JUMPSUIT, Ini EMPAT Tip Melaram JUMPSUIT Buat Wanita BERHIJAB!

Tampil Lebih FABULOUS Dengan JUMPSUIT, Ini EMPAT Tip Melaram JUMPSUIT Buat Wanita BERHIJAB!

Fesyen jumpsuit kian mendapat tempat di kalangan penggemar fesyen termasuk wanita berhijab. Siapa kata jumpsuit tidak boleh digayakan oleh wanita berhijab? Dengan penataan gaya yang betul, gaya wanita muslimah mampu menjadi lebih stailo dan trendy. Jika anda khuatir dilabel sebagai fesyen ‘Teletubbies’, jom Nona kongsikan tip bagaimana anda boleh ber-jumpsuit tetapi masih menutup aurat!

PADANAN KARDIGAN
Tambahan seperti kardigan atau jaket tipis adalah perlu memandangkan kebanyakan jumpsuit tidak berlengan. Sebagai wanita berhijab, pilihlah kardigan yang mempunyai potongan panjang yang boleh menutup sebahagian belakang tubuh anda. Jika anda tidak gemar mengenakan kardigan, pilih jumpsuitberlengan panjang yang mempunyai potongan lengan jenis ruffle.

PEMILIHAN WARNA
Pemilihan dari segi warna adalah penting kerana warna memberi kesan pada bentuk fizikal seseorang. Dalam pemilihan jumpsuit, pilihlah warna gelap supaya tidak terlalu menampakkan bentuk tubuh badan anda. Sama ada anda kurus atau gemuk, warna gelap mampu menutup ‘cela’ pada tubuh. Jika anda lebih gemar memilih warna pastel, pastikan warna pastel bukan kosong sebaliknya bercorak.

KENAKAN AKSESORI
Jangan lupa aksesori seperti rantai panjang dan gelang manik. Biar jadi penggemar fesyen hippies yang sedikit ‘selekeh’ tetapi masih mempunyai gaya menarik tetapi bukan fesyen teletubbies yang menjadi bahan ketawa orang sekeliling. Apa pendapat anda?

SAIZ
Dari segi saiz pula, elak memilih saiz jumpsuit yang hanya muat pada saiz tubuh anda. Adalah lebih baik memilih saiz jumpsuit sedikit lebar atau besar supaya pergerakan tidak terlalu terhad dan anda tidak merasa kekok atau malu apabila berpakaian ketat. Pemilihan potongan kaki pada seluar yang besar adalah lebih selamat dan bukannya berpotongan ‘skinny’.

 

5 POTONGAN DENIM Yang Sesuai Untuk Wanita Tubuh Berisi

5 POTONGAN DENIM Yang Sesuai Untuk Wanita Tubuh Berisi

Denim sering kali menjadi pilihan ketika anda ingin tampil dengan gaya kasual. Denim umumnya bertekstur tebal daripada bahan dasar denim yang permukaannya ketat. Dek kerana itulah ramai wanita dengan tubuh berisi berasa kurang yakin saat mengenakan denim. Alasannya adalah kerana takut lekuk bahagian kakinya terlihat besar. Namun dengan berkembangnya dunia fesyen, ‘ketakutan’ itu boleh disingkirkan jauh-jauh. Berikut jenis-jenis denim yang boleh digayakan oleh wanita dengan tubuh yang berisi.

OVERSIZED JEANS

Tidak ada salahnya mengenakan denim yang besar (oversized). Fesyen denim jenis ini sudah ada sejak 90-an lagi. Dahulu, semua orang lebih banyak memiliki oversized jeans kerana modelnya yang ringkas. Kini trend itu kembali booming. Pilih oversized jeans ini, agar lekukan tubuh tidak ketara terlihat. Selain itu, pastinya anda akan merasa lebih selesa mengenakannya.

MOM JEANS

Denim jenis mom jeans adalah denim yang memiliki sisi baggy (longgar) pada bahagian pinggangnya. Mom jeans yang sesuai untuk wanita bertubuh berisi ini sekilas hampir sama dengan model high waist jeans. Namun dari segi potongan, wanita yang bertubuh berisi akan lebih sesuai mengenakan jenis mom jeans kerana potongannya yang lebih baggy jika dibandingkan dengan high waist jeans. Selain itu ciri daripada mom jeans ialah modelnya yang lebih vintaj.

BLACK DENIM

Warna denim akan mempengaruhi bentuk kaki anda. Maka warna denim yang sesuai buat wanita dengan tubuh berisi tentunya hitam. Warna hitam mampu memberikan ilusi langsing pada tubuh si pemakai. Warna gelap akan memberikan kesan bentuk kaki yang kelihatan lebih kecil. Warna hitam juga  akan memudahkan anda untuk memadu padankan denim dengan apa jua jenis baju. Ini kerana warna hitam pada dasarnya adalah warna yang natural.

STRAIGHT CUT JEANS

Denim dengan potongan straight cut jeans  sangat sesuai untuk wanita dengan tubuh berisi. Sesuai dengan namanya, denim jenis ini memiliki potongan lurus dan rata. Sebab itulah denim ini sangat sesuai untuk mereka yang berisi. Denim dengan potongan yang lurus mampu melindungi bentuk kaki yang besar dan lekukan pada kaki pun tidak begitu jelas kelihatan. Cara untuk tetap terlihat stylish ketika mengenakannya ialah dengan memadankan denim ini dengan crop blazer ataupun layer shirt.

MID-RISE JEANS

Salah satu kesalahan ketika mengenakan denim ialah dengan memperlihatkan bahagian pinggang. Maka sebab itulah denim yang tidak terlalu high waist namun tidak low-rise amat sesuai untuk anda. Potongan denim yang paling tepat ialah jenis mid-rise jeans. Denim jenis ini memang diperuntukkan buat wanita berpinggang besar. Ini kerana denim jenis ini ‘dicipta’ dengan potongan bahagian punggung yang lebih lebar bagi menghadirkan keselesaan.

 

 

Kadang-kadang Keliru Ketika Nak Beli Kain Pasang, Ikut Empat Tip Penting Ini!

Kadang-kadang Keliru Ketika Nak Beli Kain Pasang, Ikut Empat Tip Penting Ini!

Membeli kain pasang bukan semudah membeli pakaian yang sedia dipakai kerana jika tersalah beli boleh membuatkan anda berasa rungsing dan bingung. Dalam membeli kain pasang, persoalan ukuran kain yang mencukupi amat perlu diambil berat. Ia bagi mengelakkan dari pembelian kain yang tidak mencukupi untuk dijahit kemudiannya. Hal ini selalu terjadi sekiranya anda membeli kain pasang yang telah siap digunting.

PASTIKAN MEMBELI KAIN PASANG DALAM UKURAN EMPAT METER BUKANNYA EMPAT ELA
Hati-hati dalam membeli kain yang telah digunting sepasang. Ini kerana terdapat kain yang telah dipotong tetapi tidak mencukupi untuk menghasilkan busana yang ideal. Sebagai contohnya, ada fabrik yang dijual hanya dengan empat ela sahaja. Empat ela bermaksud ia tidak sampai empat  meter. Diulang sekali lagi, empat ela bermaksud ia tidak sampai empat meter atau dalam erti kata lain, fabrik kain yang anda beli tidak mencukupi.

KESUKARAN UNTUK DIGUNTING BERDASARKAN FESYEN YANG DIINGINI
Sebenarnya, apabila ini terjadi, kain dan fabrik yang dibeli ini sukar untuk digunting bagi menghasilkan busana. Terutamanya bagi mereka yang berbadan besar. Malah bagi menghasilkan busana yang kembang seperti dress princess, baju kurung riau ataupun kebaya tradisi, ia adalah amat sukar. Ini kerana rekaan busana di atas memerlukan jumlah fabrik yang mencukupi iaitu empat meter. Empat meter ini diperlukan sekurang-kurangnya bagi mereka yang bersaiz sederhana besar.

EMPAT METER SETENGAH UKURAN IDEAL UNTUK MEMBELI KAIN
Bagi mereka yang bersaiz besar dan juga tinggi, empat meter setengah adalah ukuran yang paling cantik untuk menghasilkan busana yang diingini. Namun, jika anda inginkan corak-corak ataupun rekaan yang memerlukan fabrik yang lebih, ia boleh ditambahkan dengan menggunakan fabrik polos. Walau bagaimanapun, janganlah sesekali anda membeli fabrik yang mempunyai bidang 60 tetapi membelinya tidak cukup meter seperti anda hanya membeli empat meter setengah.

BERTANYA KEPADA TUKANG JAHIT ANDA UKURAN KAIAN ADALAH LANGKAH YANG BIJAK
Sebenarnya, jika anda ke kedai kain, pastinya pekedai akan mencadangkan kepada anda supaya hanya mengambil tiga meter setengah sahaja untuk menghasilkan sepasang baju. Tetapi hakikatnya, tiga meter setengah tidak mampu untuk menghasilkan sepasang busana. Apatah lagi jika fabrik tersebut mempunyai corak yang berjalur-jalur dan mempunyai corak yang berkaki. 3 meter setengah hanya boleh dibuat jubah labuh sahaja yang mempunyai kembang yang besar. Jika anda inginkan keselesaan, pastinya empat meter kain perlu digunakan.

Jalan penyelesaian yang paling mudah berkaitan permasalah di atas, anda perlu bertanya dahulu mereka yang menjahit baju dengan design yang anda inginkan serta berapa meter kain diperlukan. Bukannya anda bertanya kepada peniaga kain. Sebaliknya anda bertanya kepada tukang jahit anda terlebih dahulu. Biasanya, penjahit tersebut akan dapat memberikan anggaran yang tepat berapakah meter kain yang diperlukan untuk anda. Justeru, segala pembaziran ketika pembelian fabrik kain anda dapat diminimakan.

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: