4 Jenis Kandungan LUAR RAHIM Yang Wanita Perlu Tahu, Tak Mustahil Jadi Kat Sesiapa Pun!

4 Jenis Kandungan LUAR RAHIM Yang Wanita Perlu Tahu, Tak Mustahil Jadi Kat Sesiapa Pun!

Kehamilan normal memerlukan tiga proses iaitu pengeluaran telur (ovum), percantuman ovum dan sperma menghasilkan zigot, dan proses penempelan zigot di dalam rahim. Proses penempelan biasanya berlaku pada hari kelima hinga ketujuh selepas persenyawaan. Rerambut halus (cilia) di permukaan dalam tiub fallopian yang bergerak secara berirama menolak zigot ke arah dalam rahim.

Dalam apa juga keadaan yang menyebabkan proses ini tidak berlaku atau berlaku pada kadar yang perlahan seperti salur fallopion yang tidak berfungsi dan rosak, akan mengakibatkan zigot tersangkut di dalam salur fallopian dan membenam ke dalam dinding salur fallopian yang sempit, dan ini dinamakan kandungan luar rahim.

Apakah kehamilan luar rahim?

Kehamilan luar rahim atau ektopik ini berasal daripada perkataan Greek iaitu ektopas yang bermaksud di luar tempat. Kadar kejadian kehamilan luar rahim adalah lebih kurang 2 peratus apabila 98 peratus daripadanya merupakan kehamilan ektopik dalam tiub fallopian (tubal pregnancy).

Kadang-kadang zigot itu ditolak keluar dari tiub fallopian ke dalam rongga abdomen dan menempel dalam rongga abdomen menyebabkan kandungan abdominal (abdominal pregnancy), atau menempel pada ovari menyebabkan kandungan ovarian (ovarian pregnancy). Kadang-kadang kandungan luar rahim juga boleh berlaku pada bucu rahim (cornual pregnancy) dan pangkal rahim (cervical pregnancy).

Jenis-jenis Kehamilan Luar Rahim

  • Kandungan abdominal (abdominal pregnancy)
  • Kandungan ovarian (ovarian pregnancy)
  • Bucu rahim (cornual pregnancy)
  • Pangkal rahim (cervical pregnancy)

Punca kehamilan luar rahim ini biasanya tidak dapat dikenal pasti. Namun terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko seseorang wanita itu untuk mengandung luar rahim seperti pernah mengalami kehamilan luar rahim, pernah menjalani pembedahan abdomen atau pelvis (seperti pembedahan apendiks terutamanya yang sudah pecah), pernah menjalani pensterilan tiub (tubal ligation), mempunyai sejarah penyakit radang pelvis (PID) atau Salpingitis (radang tiub fallopian), mengidap endometriosis, mengalami masalah kesukaran untuk mengandung dan menjalani rawatan kesuburan (infertility treatment) serta menggunakan alat dalam rahim (IUCD) untuk menjarakkan kehamilan.

Jangan Biasakan MENENGKING, Begini Cara Kawal Emosi Yang Betul Waktu Tegur Anak!

Jangan Biasakan MENENGKING, Begini Cara Kawal Emosi Yang Betul Waktu Tegur Anak!

Setiap ibu bapa pasti pernah merasa marah atau kesal dengan perbuatan anaknya. Namun yang menjadi masalahnya ada segelintir ibu bapa yang mudah melepaskan emosinya dengan menengking.

Ditambah dengan stres dan beban tugas di tempat kerja menjadi sebab ibu bapa tidak dapat menahan emosinya. Menurut pakar tabiat menengking, membentak atau menggunakan kata-kata kasar bukanlah sesuatu yang bijak dalam mendidik anak-anak.

Berikut cara bagaimana menahan emosi saat anak berbuat salah:

ADAKAH PERLU UNTUK ANDA MARAH

Ingat, tidak semua kenakalan anak perlu direspon dengan cara memarahi atau menghukum. Maka anda akan lebih merasa tenang ketika berhadapan dengan karenah anak.

KETIKA HENDAK MARAH SEGERA TENANGKAN DIRI

Cara paling mudah dengan menarik nafas sedalamnya. Kemudian hembus dan ulang cara ini beberapa kali sehingga emosi anda lebih stabil. Jauhkan diri seketika contohnya ke bilik tidur. Jika sudah merasa tenang barulah anda mengajak anak berbual dan menasihatinya secara tegas agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

MEMBUAT KIRAAN

Contohnya, “Kemaskan barang mainan sekarang. Ibu kira sampai sepuluh. Kalau sampai sepuluh masih belum kemas kamu tak boleh main mainan ini lagi. Satu, dua…” Kalau si anak masih belum mematuhinya, beri lagi peringatan tegas tanpa menengking atau membentak.

ELAKKAN MEMUKUL

Anak akan mudah percaya bahawa untuk menyelesaikan masalah ialah dengan kekerasan. Maka, elakkan memukul atau menyakiti anak secara fizikal. Kekerasan menjadikan anak hilang kepercayaan terhadap ibu bapa seterusnya mengakibatkan anak lebih nakal.

KENDALI CARA BERBUAL ANDA

Semakin tenang anda berkomunikasi dengan anak, semakin mudah untuk menahan emosi. Sebaliknya jika anda menggunakan kata-kata kesat, semakin naik amarah anda. Kendali cara komunikasi anda sebaik mungkin. Secara tak langsung anak semakin mengerti kesalahannya.

“Kata-Kata Ayah Tu POWER SANGAT!” Penjelasan Ini Bongkar Rahsia Al-Quran Tentang Hubungan Ayah & Anak

“Kata-Kata Ayah Tu POWER SANGAT!” Penjelasan Ini Bongkar Rahsia Al-Quran Tentang Hubungan Ayah & Anak

Sifat ibu yang penyayang kebiasaannya membuatkan anak-anak lebih rapat dan selesa meluahkan perasaan berbanding dengan ayahnya. Tapi menurut penceramah motivasi Siti Aminah Sulaiman, peranan ayah sebenarnya sangat penting dan berkesan untuk emosi mereka, malah ini turut diceritakan dalam kitab suci Al-Quran. Jom baca perkongsian bermakna ini!

Selama ni saya fikir kerja orang lelaki hanya cari nafkah untuk beri anak bini makan dan pakai. Tapi rupanya saya silap.

Dialog yang dirakam dalam Al-Quran telah mengubah persepsi saya mengenai tugas seorang ayah. Sebenarnya 14 dialog antara ayah dan anak telah dirakam dalam pelbagai surah dalam kitab suci ini.

Antaranya dialog antara Nabi Yusuf dan ayahnya Yaakub, Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail, Nabi Nuh dan anaknya serta nasihat Luqman.

Segala puji hanya bagi Allah kerana melalui Al-Quran kita dapat belajar ilmu parenting yang sangat berharga. Pasti ada sebab mengapa dialog ayah-anak ini dirakam!

==================

Power sangat ke kata-kata seorang ayah pada anak?

Kajian dari King College London dan Universiti Oxford mengatakan bahawa anak yang mempunyai hubungan akrab dan sentiasa berinteraksi dengan ayah akan kurang risiko untuk mempunyai masalah tingkah laku apabila dewasa.

Al-Quran dan kajian terkini sudah membuktikan powernya kata-kata seorang ayah. Tapi bila nak nasihatkan anak mesti tahu SENI BERBICARA.

Barulah sampai direct nasihat yang diberikan, ibarat panah dilepaskan terus sampai ke hati anak! Ini antara tip seni bicara ayah-anak yang sangat berkesan dirakam dari Al-Quran:

(a) Ayah perlu ‘kamceng’ dulu dengan anak

Rapatnya Nabi Yusuf a.s dengan ayahnya Nabi Yaakub a.s hingga Nabi Yusuf terus datang pada ayahnya untuk ceritakan mimpinya. (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:

“Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”. (Surah Yusuf: 4)

Ini menunjukkan Yusuf ada special connection dengan bapanya Yaakub. Jarang sebenarnya anak nak bercerita pada ayahnya apa-apa yang dialami, biasanya mak tempat anak mengadu segala masalah.

Seorang ayah perlu RAPAT dengan anak hingga menjadi tempat pilihan untuk anaknya mengadu masalah dan luahan hati. Luangkan Quality Time hanya anak dan ayah saja yang terlibat. Walaupun untuk masa yang pendek tapi impaknya pasti luar biasa.

(b) Ayah perlu kenal hati budi anaknya

Jawapan Nabi Yaakub dalam Surah Yusuf juga sangat mengejutkan saya. Nabi Yaakub menasihati Yusuf supaya jangan sesekali ceritakan mimpinya kepada abang-abangnya.

Kerana Yaakub sangat KENAL HATI BUDI anak-anaknya yang mempunyai perasaan hasad kepada Yusuf. Bapanya (Yaakub) berkata:

“Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.”
(Surah Yusuf: 5)

Sayangnya berapa ramai ayah zaman sekarang yang masih kenal hati budi anak-anaknya? Biasanya emak yang lebih kenal anak. Sebab itu ayah perlu memainkan peranan dan rapat dengan anak hingga kenal siapa anaknya dan apa masalah anak. Barulah nasihat yang diberikan efektif dan berkesan ikut situasi serta masalah anak.

(c) Tidak akan jatuh EGO/MACHO seorang ayah apabila panggil anak dengan penuh kasih

Lihat bagaimana Al-Quran merakam dialog para Nabi atau insan pilihan (Luqman) dalam al Quran. Mereka memanggil anaknya dengan panggilan penuh kasih seperti “Wahai Anakku” (Ya Bunayya).

Mereka tidak memanggil dengan nama seperti ‘Wahai Yusuf’ atau ‘Wahai Ismail’. MasyaAllah. Bila telusuri nasihat ayah ini hampir saya mengalir air mata kerana dapat saya rasakan perasaan kasih ayah bila menasihati anaknya.

Tidak akan jatuh macho seorang ayah apabila panggil anaknya dengan penuh kasih seperti ‘sayangku.. anakku.. anak ayah..” Panggilan ini mampu melembutkan hati anak bila waktu kita ingin menasihati mereka.

(d) Nasihati anak dengan emosi yang terkawal

Ini perkara yang sangat penting. Tanpa kawalan emosi kita akan mudah menghamburkan kata-kata yang tidak enak didengar. Saya perasan suami saya mempunyai kawalan emosi yang lebih baik apabila tegur kesilapan anak dan saya percaya orang lelaki lebih hebat kawalan emosi berbanding perempuan.

Kalau kita lihat pada nasihat Luqman dalam Al-Quran menunjukkan Luqman seorang yang sangat terkawal emosinya. Kupasan Ibrah Surah Luqman dari Ustaz Syaari menceritakan bahawa Luqman hidup pada zaman jahiliyah (banyak persamaan dengan zaman Nabi Muhammad SAW).

Dia tetap meneruskan nasihat yang baik kepada anaknya tanpa terkesan dengan keadaan masyarakat sekeliling. Luqman tidak menyerahkan remote control emosinya pada orang lain.

(e) Bukan hasil yang Allah pandang, tapi USAHA kita dalam mendidik

Ini apply untuk kedua mak dan ayah. Jika hari ini kita nasihati anak tetapi mereka tetap tidak berubah, jangan kecewa. Jangan label anak ‘tiada harapan’ atau ‘tak guna’.

Lihatlah bagaimana Luqman tetap teguh menasihati anaknya, walaupun ada pendapat yang mengatakan anaknya non-muslim. Lihat bagaimana Nabi Nuh berkali-kali dakwah pada anaknya yang akhirnya anak itu mati dalam keadaan kafir.

Si ayah tetap tidak berputus asa kerana beliau sedar Allah tidak pandang pada hasil atau natijah. Tetapi Allah lihat bagaimana USAHA kita konsisten menasihati anak kita dengan hikmah, sabar dan kasih sayang.

==================

Saya doakan setiap yang membaca post panjang ini dikurniakan HIKMAH dalam mendidik anak-anak. Mendidik anak bukan sesuatu yang mudah. Bukan kerja dalam sehari saja. Mohonlah kekuatan dari Allah kerana kita tidak akan mampu untuk amalkan ilmu tanpa petunjuk dari-Nya.

Sumber: Facebook Siti Aminah Sulaiman

 

Berdebar-debar Tunggu Kelahiran SITI AAFIYAH, Video Cemas Ibu Siti Nurhaliza Ini Buat Netizen Sebak!

Berdebar-debar Tunggu Kelahiran SITI AAFIYAH, Video Cemas Ibu Siti Nurhaliza Ini Buat Netizen Sebak!

Rasanya hampir seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia merafakkan syukur apabila penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melahirkan seorang puteri, 19 Mac lalu.

Berkat doa, penantian dan usaha mendapatkan zuriat yang tak berhenti-henti, pasangan ini akhirnya menerima berita gembira selepas 11 tahun bersabar. Nona terkenang kata-kata Dato’ Sri Siti semalam, katanya kalau dia menunggu 11 tahun, suaminya pula menunggu 18 tahun untuk mendapatkan seorang anak perempuan!

Nona turut bertuah menerima undangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza seisi keluarga bagi meraikan majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahnik yang diadakan secara tertutup di kediaman mereka, malam tadi.

Selain wajah Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri, perhatian Nona malam tadi tercari-cari sosok tubuh ibunya iaitu Siti Salmah Bachik. Dari awal majlis hingga ke penghujung acara, akhirnya kesempatan ingin menyapa ibu penyanyi paling popular di Malaysia ini tercapai jua.

Ramah seperti biasa, ibu Dato’ Sri Siti yang tak pernah lekang dengan senyuman turut menyatakan kesyukurannya terhadap kelahiran Siti Aafiyah. “Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi. Penantian Siti selama ni tak sia-sia,” jawabnya sambil tersenyum mesra.

Kesempatan berbual ringkas, sedikit harapan beliau sempat dirakamkan buat tatapan peminat.

Bertuah sungguh Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana sepanjang menjalani tempoh berpantang, beliau ditemani oleh ibu sendiri dan ibu mertuanya di rumah.

Meskipun mengambil pakej penjagaan selepas bersalin oleh Natalis Mother Care, namun perhatian dua ibu kesayangan beliau ini menambah semangatnya untuk menjaga anak tersayang.

Bercakap kepada media, beliau turut berkongsi pengalaman pertama melahirkan Siti Aafiyah yang baru genap tujuh hari dilahirkan.

Dalam video ni, nampak tak riak wajah ibu Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang betul-betul cemas? Rasanya semua ibu-ibu pun turut merasakan debar yang sama kalau anak perempuan bersalin, kan?

“Sebenarnya waktu bersalin tu, saya banyak kehilangan darah atas sebab-sebab kesihatan. Walau bagaimanapun situasi mencemaskan tersebut berjaya diatasi oleh pakar perubatan. Selepas 3 hari, saya dah cuba berjalan perlahan-lahan walaupun masih terasa sakitnya,” ujar beliau sambil menetapkan tempoh 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.

Cabaran setakat ini? “Of course untuk susukan Aafiyah. Bukan senang, tapi bila mengingatkan semula bagaimana ibu saya berjaya membesarkan lapan orang anaknya, saya bersemangat balik.

Saya juga banyak dibantu oleh menantu, Tya Ariffin yang sampai sekarang masih menyusukan Arif. Dialah yang rajin ingatkan saya, bangun 2 jam sekali, cara mengepam susu, beritahu makanan untuk tambah susu dan macam-macamlah!

Jujurnya hari ni pun saya dapat tidur 3 jam jer. Aafiyah ni jenis tidur siang tapi bangun malam. Eye bag saya jangan tengoklah! Tapi takpe, saya percaya kalau kita tekad nak beri susu badan, memang kena banyak berkorban. Semua ini saya buat kerana Allah.

Harapan saya semoga diberi kekuatan melalui waktu berpantang ni dengan sebaik mungkin. Saya dan suami juga kalau boleh mahukan Aafiyah hidup normal macam budak-budak lain.

Tak perlu glamor sangat walaupun saya tahu tentu susah sebab ibunya penyanyi. Apa pun jika ada perancangan untuk Aafiyah, semuanya di atas perbincangan saya dan suami dulu,” terus terang Dato’ Sri Siti yang mahu dipanggil Ibu oleh anaknya nanti.

MERIAH

Kehadiran Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri antara tetamu kehormat yang sudi menyerikan acara marhaban dan bertahnik yang diadakan, selain kaum kerabat dan sahabat handai.

Kegembiraan pasangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut diraikan dengan pengumuman nama puteri kesayangan mereka, Siti Aafiyah Binti Khalid, genap tujuh hari dilahirkan.

Nama Siti Aafiyah dipilih kerana nama itu cukup indah daripada segi maknanya. “Nama ini saya dapat ketika menunaikan umrah. Saya dapati nama itu sering disebut dalam doa dan dipilih berdasarkan doa diajar Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas yang bertanya apakah doa terbaik untuk dibaca.

Dalam doa itu ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup. Berpandukan itu, saya namakan anak saya Siti Aafiyah,” kata Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Sejak dilahirkan, puteri sulung itu dipanggil ‘Fatimah Az-Zahra’, sempena nama anakanda Nabi Muhammad. Dato’ Sri Siti melahirkan bayi sulung secara pembedahan pada jam 8.17 pagi, Isnin lalu. Berita kelahiran si ‘Comel Pipi Merah’ itu disambut riang peminat yang menanti detik bersejarah itu.

Ketika ini, Siti sedang fokus menjalani tempoh berpantang sebelum dijangka kembali aktif menjelang akhir tahun ini.

Nak Nampak Lebih MUDA & RANGGI Dengan Seluar Jean? Young Mommy Tolong Ikut 5 Tip Ini!

Nak Nampak Lebih MUDA & RANGGI Dengan Seluar Jean? Young Mommy Tolong Ikut 5 Tip Ini!

Seluar jean telah menjadi pilihan sejak dahulu lagi. Ringkas, tahan lasak dan santai adalah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan seluar ini. Sentiasa menjadi pilihan tidak kira wanita mahu pun lelaki mengikut potongan yang sesuai.

Paling tidak setiap orang pasti mempunyai sehelai jean berwarna biru. Jom kita kongsi tip agar seluar jean boleh sentiasa dipakai tanpa mengikut trend.

(a) Mengikut paha

Semua orang mahu kelihatan ramping. Cara yang anda perlu tahu untuk kelihatan ramping dengan seluar jean adalah dengan mengukur diameter terbesar bahagian paha. Cari jean yang lurus daripada paha. Jika memiliki paha yang lurus, jean boot cut adalah yang paling sesuai. Jika mempunyai paha yang besar sesuai memakai jean berhujung lebar. Jika mempunyai paha yang kecil pula sesuai memakai skinny jeans.

(b) Labuh seluar

Labuh atau panjang seluar yang paling ideal adalah apabila sesuai dipakai dengan kasut flat atau kasut tinggi. Labuh paling maksima adalah 1 cm di atas lantai dengan kasut yang sedang dipakai. Jika lebih pendek daripada itu akan jean kelihatan tergantung.

(c) Bentuk seluar

Bentuk (shape) seluar jean menonjolkan tubuh sebenar. Jika mempunyai punggung seperti Jennifer Lopez boleh memilih jean potongan boot cut dengan kaki seluar melebar untuk mencipta kesan kaki yang lebih panjang. Jika mempunyai bentuk tubuh hour glass pilih jean daripada material stretch yang ketat di pinggang. Pasti akan kelihatan ramping dengan lekukan di bahagian pinggang.

(d) Jangan basuh jean selalu

Seelok-eloknya jangan membasuh seluar jean secara kerap. Basuh seluar jika kotor sahaja. Tidak perlu membasuh jean setiap kali selepas memakainya. Cucian yang kerap akan memudarkan jean dan akan kehilangan bentuknya. Jika mencuci seluar pastikan bahagian luar dibawa ke dalam.

(e) Eksperimen dengan warna

Denim bukan tertakluk kepada biru semata-mata. Denim juga boleh datang daripada warna hitam, putih, kuning, merah dan sebagainya. Cuba bereksperimen seluar jean dengan t-shirt, kemeja, blaus, jaket dan sebagainya. Baju denim dipadankan dengan seluar jean juga cantik, ringkas dan santai.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: