Dunia semakin berubah dan disebabkan kemajuan yang dinikmati hari ini di samping kesibukan yang melanda kaum wanita, ramai di antaranya lebih selesa mengambil makanan segera sebagai hidangan harian. Malah, menurut Dr Hamid Arshat salah satu punca kepada masalah kerosakan rahim adalah disebabkan pemakanan.

IKLAN

Macam mana ia boleh mempengaruhi kesihatan kaum wanita? Selidik ilmu yang dikongsikan Dr Hamid Arshat ini.

Tahap KESUBURAN Wanita Terjejas, Makin Ramai Alami KEROSAKAN RAHIM Pada Usia Muda! Doktor Ini Dedah Puncanya

FIBROID, ENDOMETRIOSIS & ADENOMYOSIS

Penyakit tumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis, pada suatu ketika dulu menimpa wanita berumur 40an. Tetapi pada zaman sekarang, seawal usia 20an pun sudah menghidap penyakit tersebut. Bahkan ada yang mengalami ketumbuhan yang amat besar.

Bagi penyakit adenomyosis, tanda pertama yang boleh menjelaskan seorang itu mengalaminya disebabkan senggugut. Pun begitu, ia sering didahului dengan penyakit endometriosis. Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim.

Tahap KESUBURAN Wanita Terjejas, Makin Ramai Alami KEROSAKAN RAHIM Pada Usia Muda! Doktor Ini Dedah Puncanya
Adenomyosis

Manakala adenomyosis pula tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim. Antara tanda-tanda lain adalah pendarahan yang banyak dan/atau berpanjangan. Sementara gejala yang boleh dilihat ialah kesukaran hamil, mandul dan sering gugur.

Tahap KESUBURAN Wanita Terjejas, Makin Ramai Alami KEROSAKAN RAHIM Pada Usia Muda! Doktor Ini Dedah Puncanya
Fibroid

Fibroid pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak pun tidak mengalami sebarang gangguan. Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain. Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan kencing dan pembuangan najis.

FAKTOR PENYUMBANG

IKLAN

Kedua-dua jenis ketumbuhan tersebut ada faktor baka. Ertinya jika ibu mereka menghidap penyakit tersebut, anak-anak perempuan turut berisiko. Berwaspadalah.

Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan perdarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk kesan masalah peranakan serta mengambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.

PENYELESAIAN

IKLAN

Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi. Amat penting untuk memberikan makanan-makanan yang berzat dan berkhasiat. Selain itu, paksa mereka makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kawal dan cegah makan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak menangis, merengek atau merajuk dengan memujuk memberikan junk food. Kesan buruk ialah kegemukan dan kelemahan immuniti anak-anak hingga menyebabkan mereka ditimpa berbagai-bagai penyakit.

Sumber: Dr Hamid Arshat

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI