Kita sering melihat kelibatnya di samping  Dato’ Seri Vida, namun ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan wanita hebat yang selalu berada bersama usahawan kosmetik terkenal tersebut? Dia ialah Dato’ Sri Salmah Ismail yang juga merupakan ahli perniagaan berjaya.

IKLAN

Tak Lokek Kongsi Rezeki, Jiwa Prihatin & Penyayang DATO’ SRI SALMAH ISMAIL Ini Sentuh Hati Masyarakat!

 

Selain dikenali kerana keakrabannya bersama Dato’ Seri Vida, Dato’ Sri Salmah pernah menarik perhatian khalayak kerana kemewahannya memiliki dan memandu sebuah kereta sport, Lamborghini. Yang menjadi tumpuan sekarang, nama Dato’ Sri Salmah semakin meniti di bibir masyarakat kerana keprihatinan dan jiwa penyayangnya terhadap kucing. Siap sediakan sebuah ruang khusus untuk puluhan kucing yang dibelanya lagi! Murni sungguh hati beliau.

View this post on Instagram

Asalnya IPIN ni jumpa dalam longkang..ada 4 ekor.. masa tu tali pusat pun x tanggal lagi.. cari2 ibu dia x jumpa.. macam dah lama terbiar dalam longkang.. memang x sedar kalau diorg ni x nangis.. 3 ekor x tahan mungkin lama terbiar dalam longkang dgn ada semut lagi.. hanya Ipin aje yg kuat.. Alhamdulillah.. besar dah dia dan gemok.. sayang sangat kat dia.. kucing kampung yg hensem dan manja.. SIAPA SINI BELA KUCING KAMPUNG? .. KITA GENG..!! ADA BERAPA EKOR..?? Share nama mereka sekali ye.. Maaf..JANGAN LUPA MANDULKAN YE.. ? #kucingjalanan #kutipkucing #sayangkucing #kucingkampung #kucingkampungcantik #sayangkucingkampung #mandulkankucing #janganbuangkucing #pencintakucingmalaysia #pencintakucing #catlover #catlovers #cat #straycat #thedodo #thekucinshow #thekucinshowastro #catoftheday #comel #sayang #malaysia #malaysian #duniakucingmalaysia #duniakucing #sayang #sayangsangat

A post shared by dato sri hajjah salmah ismail (@datosrisalmahismail) on

Dengan perwatakan ceria dan mudah tersentuh apabila melibatkan kucing-kucing terbiar, keperibadian Dato’ Sri Salmah wajar dijadikan ikutan. Beliau bukan sekadar berjaya dalam lapangan kerjaya yang diceburi tetapi juga sarat dengan sifat-sifat terpuji, baik terhadap orang sekeliling mahupun haiwan.

Terbaru, foto yang dimuat naik Dato’ Sri Salmah dalam Instagram miliknya sekali lagi mencuri tumpuan netizen. Bakal berangkat ke Tanah Suci bersama suami, figura ini nyata sanggup berbuat apa saja demi kebajikan haiwan jinak berkenaan sampai bawa sebuah luggage khas berisi bungkusan makanan kucing.

Tak Lokek Kongsi Rezeki, Jiwa Prihatin & Penyayang DATO’ SRI SALMAH ISMAIL Ini Sentuh Hati Masyarakat!

IKLAN

“Makanan kucing dibawa sekali untuk santapan kucing-kucing di Madinah dan Mekah. Nak rebut pahala dan harta akhirat. Di mana ceruk tersembunyinya pahala saya cuba dapatkan dengan izinNya. Semoga saya dan suami mendapat umrah yang mabrur, memakbulkan segala doa-doa saya dan suami, mempermudahkan segala urusan umrah, dilindungi dari musibah, memberi peluang memungut pahala dengan mudah, ketenangan dan gembira sentiasa, murah rezeki dalam semua hal dan diberkati Allah di dunia dan akhirat. Aamiinn.

Saya mendoakan semua cinta buah hati saya sentiasa dimurahkan rezeki dalam apa jua bidang, menjadi kaya-raya, dipermudahkan segala urusan dan diberkati Allah di dunia dan di akhirat,” tulisnya.

IKLAN

Tak Lokek Kongsi Rezeki, Jiwa Prihatin & Penyayang DATO’ SRI SALMAH ISMAIL Ini Sentuh Hati Masyarakat!

Tak Lokek Kongsi Rezeki, Jiwa Prihatin & Penyayang DATO’ SRI SALMAH ISMAIL Ini Sentuh Hati Masyarakat!

Menjawab persoalan masyarakat yang terharu dengan usaha Dato’ Sri Salmah untuk membela nasib haiwan kesayangan Rasulullah SAW ini, kata beliau, “Saya memang tak boleh tengok kucing di jalanan. Hati saya akan rasa sayu dan pilu. Saya pasti akan beri makan dan ambil bawa balik. Jika anak kucing dan ibu kucing yang bunting, saya akan menitis air mata bila membayangkan keadaan nasib kucing terbiar. Kasihan sangat.”

Semoga akan ada lebih ramai insan seperti Dato’ Sri Salmah yang memperjuangkan kebajikan haiwan meskipun kehidupan mereka dirahmati dan dilimpahkan dengan harta-benda menggunung. Ketahuilah apa yang kita miliki hari ini sebahagian daripadanya adalah milik makhluk Allah yang lain.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI