Seraut wajah bersih tanpa cela pasti tersenarai antara wishlist wajib bagi setiap wanita. Saban bulan kulit dimanja dengan produk penjagaan terbaik sambil sesekali membelainya dengan rawatan wajah intensif. Anda berhabis ribuan ringgit, namun kenapa masalah kulit tetap melanda?

IKLAN

Jika anda masih runsing dengan kondisi kulit bermasalah, cuba perhatikan rutin corak pemakanan – barangkali yang ‘di dalam’ itu perlukan lebih perhatian.

Detoksifikasi

Sedar atau tidak, kebanyakan makanan di sekeliling kita telah dicemari dengan toksik. Bahan-bahan tercemar ini mudah larut dalam darah dan seterusnya diangkut ke seluruh tubuh.

Sesekali lakukan detoks untuk ‘mencuci’ sistem penghadaman dengan cara bijak dan sihat. Selepas melakukan ‘cucian’ perut ini, anda dapat merasa perbezaan ketara pada kulit – ia lebih segar dan bercahaya dari dalam. Yang penting, mulakan amalan ini dengan mendapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu jika anda sedang mengandung, menghidap diabetes, di bawah pengaruh ubat atau berpenyakit.

IKLAN

(a) Detoks Hujung Minggu

  • Makan banyak buah-buahan segar sewaktu bersarapan. Pilihlah yang berwarna cerah seperti kiwi, anggur, mangga, betik, pic, beri, strawberi, pir dan epal.
  • Jamah segenggam kekacang sebagai snek sarapan bersama teh hijau, teh herba atau air suam.
  • Sediakan semangkuk salad istimewa untuk makan tengah hari dengan campuran bunga kobis, tomato, timun, brokoli, lada hijau, hirisan lobak, avokado, sedikit rempah dan bawang. Tambah perisa dengan minyak zaitun secukupnya, hirisan herba, bawang putih, jus lemon dan cuka.
  • Waktu snek diisi dengan kuaci, gajus dan biji labu atau pek kecil yogurt tulen sambil menghirup teh hijau atau teh herba.
  • Buat stim kukus sayur-sayuran segar dan berwarna cerah seperti brokoli, bunga kobis, labu air, bawang perai dan kobis merah dengan herba untuk makan malam.

Tak Perlu Bazir Duit Beli Produk Detoks Mahal, BOLEH AMAL SENDIRI DI RUMAH Guna Cara Senang Ini

IKLAN

Tak Perlu Bazir Duit Beli Produk Detoks Mahal, BOLEH AMAL SENDIRI DI RUMAH Guna Cara Senang Ini

(b) Detoks Harian

  • Minum banyak air mineral atau bertapis sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Tambahkan sedikit perisa dengan memerah jus limau nipis atau merendam hirisan lemon untuk kelainan.
  • Tukar amalan meminum kopi dengan teh hijau. Ia kaya dengan antioksidan dan boleh ‘mencuci’ usus.
  • Jus buah-buahan pekat dan segar seperti jus lobak, epal, tembikai, betik dan sebagainya sangat digalakkan tetapi jauhi gula dan ais.
  • Banyakkan makanan berunsur buah-buahan, sayuran hijau, berfiber dan cecair untuk memudahkan proses penyahtoksinan. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI