• 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares

Arus fesyen sentiasa bergerak pantas, sekaligus menggesa pencinta fesyen mengikutinya agar kekal relevan dengan peredaran masa. Namun, fesyen yang digayakan akan berlalu pergi dan akan digantikan dengan trend fesyen baharu.

Tidak salah untuk mengikuti trend semasa namun adakah lebih baik jika almari wardrobe anda lebih dipenuhi dengan pakaian yang evergreen dan tidak lapuk ditelan zaman.

Jom Nona kongsikan trend yang terbaik sepanjang zaman supaya ia dapat digunakan sepanjang masa dan masih boleh membuatkan anda tampak trendy pabila mengenakannya.

SKIRT MINI

Dipopularkan pada tahun 60-an di London, skirt mini telah berkembang menjadi satu rekaan yang menjadi kegilaan ramai. Anda boleh menyimpan skirt mini yang anda kenakan pada usia remaja untuk anak gadis anda kerana trend skirt pendek akan sentiasa segar pada masa akan datang.

LEGGINGS

Ramai yang memilih leggings kerana keselesaannya. Ia sangat berguna untuk mereka yang gemar mengenakan skirt yang terlalu singkat tanpa mencacatkan gaya. Bukan itu sahaja, rekaan fesyen terbaik ini memberikan ilusi bentuk kaki yang cantik kepada anda.

GAUN KEMBANG

Trend ini mewarnai majlis karpet merah Hollywood dari dahulu sehingga kini. Trend terbaik yang memberi suntikan elegan kepada gaya anda ini adalah busana mesti ada di dalam almari setiap wanita.

KEMEJA-T BASIC

Trend ini mampu mengimbangkan gaya anda. Sekiranya seluar anda bercorak padat, kemeja-T asas boleh membuatkan anda tampak sedikit ringkas. Sekiranya anda terasa seperti mahu bermain dengan aksesori, kemeja-T mampu menyerlahkan lagi perhiasan yang dikenakan. Pendek kata, kemeja-T merupakan trend mesti ada sepanjang zaman!

KASUT FLAT

Terima kasih kepada pencipta kasut flat ballerina kerana memberi penyelesaian kepada mereka yang tidak gemar berkasut tinggi. Kasut ini fleksibel kerana sesuai digayakan dengan pelbagai jenis persalinan, kasual atau formal.

JAKET/BLAZER

Jaket atau blazer boleh mengubah gaya anda dalam sekelip mata sahaja! Walaupun anda mengenakan gaun formal untuk ke pejabat, jaket kulit dapat menyelamatkan anda dengan memberikan gaya chic dan kasual sekiranya mahu terus berhibur di malam hari dengan mengenakan gaun yang sama.

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: