Setiap manusia itu unik. Seorang murid tak sama dengan murid lain di sebelahnya. Seorang anak lelaki tak sama dengan kakak atau adiknya. Bahkan sepasang kembar juga tak selalu sama tahap kecerdasannya. 

Ada ibu bapa berlumba-lumba nak tayang keputusan peperiksaan anak, lebih-lebih lagi jenis anak bijak yang dapat straight A’s. Tak salah berkongsi rasa bangga tu di media sosial. Manalah tahu kalau ada ibu bapa lain yang terinspirasi dan nak tiru petua anak cemerlang yang kita amalkan.

IKLAN

Tapi janganlah sampai berlebihan. Sampai mencalar hati rakan yang anaknya tak sepandai anak kita. Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang cemburu atau sakit hati. Mangsanya nanti berbalik anak-anak juga.

Bagi ibu bapa yang anaknya bukan dalam kategori genius, maaf cakap mungkin tak semuanya bagus dapat A, janganlah kita banding-bandingkan dengan anak orang lain. Kesian. Kita bantulah mereka menemukan potensi dalam diri mereka sendiri.

Perkongsian guru bernama Nurul Safinah ini banyak memberi pengajaran tentang bagaimana reaksi yang patut ditunjuk apabila menghadapi anak-anak yang keputusannya sederhana. Semoga bermanfaat! Norzalina Mohd Alias

Tak Semua Dapat Straight A’s, Guru Ini Kongsi Cara Terbaik Bila Anak Cuma Dapat RESULT EXAM Yang Sederhana

=================================

Apa nak jawab pada anak kalau result dia tak okay?

Ni Cikgu Nurul tolong jawabkan:

“MAMA TAK TENGOK PADA NOMBOR, MAMA TENGOK PADA PENINGKATAN.”

1. Saya selalu tekankan pada ibubapa anak murid saya, jangan tengok dan jangan banding pada nombor berapa anak kita dapat. Tengok pada peningkatan markah antara setiap ujian. UP1, UP2, PPT, UP3 dan PAT. Peningkatan tu penting. Mesti ada peningkatan markah walaupun sedikit. Puji peningkatan markah.

IKLAN

2. Ada beza tengok markah dengan tengok nombor dalam kelas. Ramai anak stres masuk kelas depan sebab mak pak sibuk nak nombor cantik. Sebab tu anak nak masuk kelas belakang. Baru boleh dapat nombor 1. Anak stress sebab nak cuba impress mak pak dengan nombor cantik. Kalau mak pak lihat dan pentingkan peningkatan markah, barulah anak tak stress duduk mana pun.. Naik 2% dari ujian lalu pun kena puji.. Barulah anak ada semangat.

3. Setiap kelas adalah berbeza. Setiap tahun dan tahap pun ada bezanya. Semua murid adalah berbeza. Kalau makpak sibuk nak tengok nombor, adik beradik pun boleh jadi gaduh. Manakan tidak, adik dapat nombor 1, abang dapat nombor 23. Padahal adik kelas belakang, abang kelas depan. Sangat tak adil tengok nombor. Lihatlah pada peningkatan. Puji abang sebab markah meningkat, puji adik sebab markah meningkat. Baru adil.

4. Tahap juga berbeza. Masa tahap 1, tahun 1,2,3, memang agak senang. Naik tahap 2, tahun 4,5,6 sudah banyak yang makin sukar. Anak kita ‘enjin’ dia berbeza. Ada yang cepat panas, dan ada yang lambat panas.. Yang kita nak tengok, yang kita nak puji sejauh mana dia boleh pergi. Tak kisah lah cepat atau lambat, yang penting sejauh mana dia pergi. Sebab tu kalau mak pak puji hanya sebab dapat nombor cantik, anak yang lambat akan rasa lagi down sebab susahlah mereka nak impress mak ayah dengan nombor. Tengoklah pada peningkatan setiap tahap. Itu lebih baik.

IKLAN

5. Nombor tak tunjukkan prestasi yang tepat untuk anak kita. Dapat nombor 23 masa PPT dengan peratus keseluruhan 90% lebih baik dari dapat nombor 1 masa PAT dengan peratus keseluruhan 70%. Kita nak anak kita semakin bagus, bukan semakin tak bagus.

6. Jangan banding dengan anak orang lain. Usaha anak kita berbeza-beza. Kalau kawan baik dia dapat result lebih dari anak kita, jangan ‘provoke’ anak kita. Jangan desak untuk suruh anak kita jadi macam anak orang lain. Ramai murid yang cikgu Nurul jumpa suka tengok, suka tanya markah kawan-kawan dia. Bila tahu markah kawan lebih tinggi, mulalah buat muka dan terserlah kedengkian yang tinggi. Inilah hasil dari expectation mak pak yang suka banding-bandingkan dengan anak orang lain. Anak begini tak ada keyakinan diri untuk berjaya. Anak begini usahanya hangat-hangat tahi ayam. Tengok orang study, dia pun mula sibuk nak ganggu. Tengok orang study, dia pun buat-buat study. Kalau orang tak study, dia pun ke laut. Semangat bukan dari dalam diri tapi terdorong dari usaha orang lain. Suka pula buat kawan-kawan dia leka. Kalau niat dah tak elok, balasannya pun nanti tak elok. Hati-hati!

Akhir kata, kalau anak dapat result tak berapa okay pada dia, tepuk bahu dia dan ucaplah tahniah sebab dia berjaya jawab semua kertas exam dengan jayanya.

Katakan pada anak, mama bangga anak mama ada peratus yang meningkat. Mama bangga ada peningkatan subjek ***, ***, *** dan ****. Lepas ni buat lagi baik, buat lagi bagus. Yang markah tak naik ni, kita kaji mana lemah kita dan kita usaha lagi lebih kuat akan datang..

Ulasan: Tahniah! Ada banyak peningkatan dalam beberapa subjek. Tahniah juga kerana bersemangat dan fokus di dalam kelas. Tahniah juga kerana jadi murid yang berakhlak.

Sumber: Cikgu Nurul Safinah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI