Pemakaian seluar berdasarkan bentuk badan amat penting agar penampilan anda tampak seimbang. Kesalahan dalam memilih seluar yang betul menjadikan penampilan anda pelik dan janggal.

Fesyen seluar kembang atau flare pants mula menjadi item fesyen kegemaran setiap orang selepas skinny jeans. Wide Leg, Palazzo, Bell Bottoms, Bootcut, dan Trouser Pants antara jenis seluar kembang yang menjadi kegilaan hari ini selepas puas dengan seluar potongan tirus (skinny jeans).

IKLAN

Memilih potongan seluar yang bersesuaian dengan bentuk badan sangat penting supaya anda tidak kelihatan pelik pabila keluar. Nona kongsikan tip penggayaan seluar kembang dan bentuk badan.

BENTUK BULAT

Mereka yang bertubuh bulat kebanyakannya mempunyai perut dan buah dada yang besar. Sama seperti yang bertubuh pear, seluar yang berpotongan klasik mampu menyeimbangkan bentuk badan dari atas ke bawah. Bagi memperlihatkan bentuk tubuh anda tinggi, pastikan pinggang seluar berada betul-betul di bahagian pusat.

Cadangan seluar: Bootcut dan Trouser Pants

Tak Semua SELUAR KEMBANG Sesuai Bentuk Kaki Kita, Baca Tip Ini Sebelum Buat Pilihan!

BENTUK BUAH PEAR

Elak dari mengenakan seluar berpinggang tinggi dan hati-hati dengan poket yang sarat perincian. Idea seluar kembang buat yang berbadan pear adalah untuk menampakkan susuk yang sedikit kurus dan menyeimbangkan bentuk badan dari atas ke bawah. Seluar yang tirus sampai paras lutut dan sedikit kembang dari lutut ke bawah adalah pilihan tepat.

Cadangan seluar: Bootcut dan Trouser Pants

Tak Semua SELUAR KEMBANG Sesuai Bentuk Kaki Kita, Baca Tip Ini Sebelum Buat Pilihan!

IKLAN

BENTUK BUAH EPAL

Perempuan yang bentuknya seperti buah epal biasanya mempunyai kaki dan pinggul yang besar. Jadi seluar yang ketat sangat tidak sesuai. Pemilihan seluar yang mempunyai poket di bahagian depan dan belakang mampu menyembunyikan bentuk tubuh yang bulat.

Cadangan seluar: Wide Leg, Palazzo dan Bell Bottoms.

IKLAN

BENTUK JAM MASA

Seluar kembang paling sesuai untuk mereka yang bertubuh seperti Kim Kardashian iaitu mempunyai buah dada serta pinggul yang besar dan pinggang yang kurus. Penambahan tali pinggang yang menonjol di bahagian pinggang mampu menyerlahkan keseluruhan bentuk badan anda.

Cadangan seluar: Bell Bottoms

Tak Semua SELUAR KEMBANG Sesuai Bentuk Kaki Kita, Baca Tip Ini Sebelum Buat Pilihan!

KURUS/PETAK

Setiap pereka fesyen cenderung memilih model berbadan kurus atau petak kerana ia mampu menonjolkan setiap perincian dalam sesebuah rekaan itu. Bagi yang mempunyai bentuk badan seperti ini, bebas menggayakan sebarang jenis seluar tanpa sebarang masalah. Bagaimanapun, bagi yang bertubuh genit, elakkan dari memakai seluar yang mencengkam kaki kerana ia membuatkan anda nampak lebih pendek dan kecil. Seluar kembang dan kasut tumit tinggi paling sesuai untuk efek tinggi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI