Ramai wanita menginginkan gaya yang mampu menyerlahkan gaya feminin diri masing-masing. Dalam banyak-banyak warna yang sering menjadi pilihan kaum wanita, warna putih antara warna yang cuba dielakkan sama sekali. Antara faktror mengapa warna putih kurang mendapat ‘sambutan’ kaum wanita ialah tidak mahu nampak berisi apabila menyarungkan pakaian rona putih selain bimbang terkena kotoran.

IKLAN

Sebenarnya memakai pakaian warna putih memang cukup ‘mencabar’. Boleh sahaja anda mengenakan pakaian warna putih asalkan anda bijak mengadunkan dengan sempurna. Asalkan teknik padanannya betul, anda pasti kelihatan hebat dan memukau.

Berikut dikongsikan tip menyuai padankan pakaian warna putih.

  • Langkah pertama untuk menggayakan fesyen serba putih seperti pro adalah dengan mengetahui beberapa jenis tona putih terlebih dahulu. Putih tidak semestinya putih susu sahaja, ada juga putih dengan rona kekuningan
  • Jika mahu memakai serba putih tapi dalam masa yang sama tidak mahu nampak terlalu ‘kosong’, cubalah pakaian putih daripada beberapa jenis fabrik seperti renda (lace), sutera dan satin.
  • Jika mahu memakai denim putih yang agak nipis materialnya, sebaiknya pakai celana dalam sama warna dengan kulit atau model T-strap (thongs) agar tidak celana dalam anda tidak jelas kelihatan.
  • Jika memiliki tubuh atau paha berisi, padukan dengan atasan/kemeja longgar yang panjangnya menutupi paha.
  • Tubuh mungil atau bentuk kaki yang agak pendek boleh ‘diselindungkan’ dengan cara memakai kasut bertumit tinggi agar kaki terlihat lebih panjang.
  • Jika ingin tampil lebih natural, tambahkan sedikit aksesori agar penampilan tidak nampak terlalu polos.
  • Jangan biarkan wajah pucat jika memakai pakaian warna putih. Ini kerana wajah juga memainkan peranan besar yang membentuk personaliti diri.
  • Buat muslimah, serlahkan gaya anda dengan penggayaan hijab yang pelbagai agar pakaian serba putih tidak terlihat hambar.
  • Boleh juga memadankan baju rona putih dengan denim rona biru atau hitam agar ada sedikit percikan warna dalam penampilan.

 

IKLAN

 

IKLAN

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI