Dia hanya satu dalam beribu orang yang mengaku rakan. Sanggup berkorban demi kesihatan rakan karib yang disayangi.

IKLAN

“Tiada kata untuk menggambarkan bagaimana saya dapat berterima kasih kepada sahabat karib saya, Francia Raisa” – SELENA GOMEZ

Sejauh mana pengorbanan anda terhadap rakan karib, mungkinkah sehebat yang ditunjukkan oleh Francia Raisa dan Selena Gomez ini?

Gempar semalam apabila penyanyi antarabangsa itu memuat naik status kesihatan terkininya di Instagram termasuk foto kesan pembedahan buah pinggang yang dilakukan.

Selena Gomez, membuat pengakuan menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada musim panas lalu. Gadis popular itu memuat naik status yang sekaligus menjawab tanda tanya peminat yang mempersoalkan mengapa dia tidak mempromosikan single terbaharunya.

Tanda #BFF Sejati, Kini Buah Pinggang Rakan Karib SELENA GOMEZ Berdenyut Dalam Tubuhnya. Bukan Senang Nak Derma Organ Tahu?

Tanda #BFF Sejati, Kini Buah Pinggang Rakan Karib SELENA GOMEZ Berdenyut Dalam Tubuhnya. Bukan Senang Nak Derma Organ Tahu?

Gomez yang juga seorang pelakon memberitahu, pemindahan buah pinggang itu terpaksa dilakukan akibat penyakit Lupus yang dihidapinya.

“Ramai yang bertanya ke mana saya pergi sepanjang musim panas lalu, dan mengapa saya tidak mempromosikan single baharu saya.”

IKLAN

“Saya diberitahu yang saya perlu menjalani pemindahan buah pinggang demi kesihatan saya.:

“Buat masa ini, saya belum bersedia untuk menceritakannya, namun saya akan berkongsi dengan anda kisah saya tidak lama lagi,” tulis Gomez.

Penyanyi Love You Like A Love Song itu juga mengungkapkan penghargaan buat sahabatnya, Francia Raisa, yang mendermakan buah pinggang kepadanya.

IKLAN

Tanda #BFF Sejati, Kini Buah Pinggang Rakan Karib SELENA GOMEZ Berdenyut Dalam Tubuhnya. Bukan Senang Nak Derma Organ Tahu?

Francia Raisa adalah model dan pelakon berusia 29 tahun dari Los Angeles, yang merupakan anak perempuan personaliti radio, Renan Coello.

Dalam pada itu menurut The Guardian, selebriti itu enggan berkongsi bilakah proses pemindahan itu dilakukan termasuklah keadaan kesihatannya ketika ini selepas melakukan rawatan tersebut.

Pada tahun 2015, Gomez membuat pengakuan dalam majalah Billboard bahawa dia telah disahkan menghidap penyakit Lupus, sejenis penyakit yang menyerang sistem ketahanan badan manusia, pada tahun 2013. Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI