Belum terlalu lama selepas Nona melancarkan wajah penghias kulit depan dan belakang edisi Ogos 2017 di media sosial hari ini, perkongsian daripada dua selebriti muda ini terus mencuri hati peminat.

IKLAN

Pasangan Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim sama-sama memuat naik cover Nona yang memaparkan wajah mereka di akaun masing-masing tapi, yang best-nya dengan cara yang sangat kreatif. Tengok ni…

Terhibur Tengok Kapsyen Uqasha Senrose & Fikry Ibrahim, Rupanya Inilah Cara Anak Muda Tackle Peminat

@fikryibrahim    Kalau nak taw sapa gadis sebelah abang ni, kena la beli @majalahnona edisi Ogos! Cc : @kiffyrazak_nona

Terhibur Tengok Kapsyen Uqasha Senrose & Fikry Ibrahim, Rupanya Inilah Cara Anak Muda Tackle Peminat

@uqashasenrose2    Kalau nak tau sapa monyet sebelah saya ni jangan lupa dapatkan magazine Nona isu august #Nona

Dan ini pula komen Fikry Ibrahim yang mengundang tawa peminat di akaun milik @uqashasenrose2.

IKLAN

@fikryibrahim    Kojaqqq! Saya tak letak gambaq bequk pun

Mungkinkah stiker emoji yang mereka tampal tu sebahagian daripada cara anak muda sekarang usik-mengusik kawan? Apa pun, kami pasti tiada siapa yang ambil hati kerana Uqasha dan Fikry ni memang terkenal suka bergurau, atau lebih tepatnya bergaduh manja semenjak dari set penggambaran drama Hero Seorang Cinderella lagi.

IKLAN

Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim dipilih sebagai wajah penghias kulit belakang Nona untuk isu Ogos 2017 ini. Kedua-duanya dilihat sebagai pelapis muda dalam dunia hiburan yang berbakat besar dan perlu diberi perhatian.

Manakala untuk kulit depan, Nona menggandingkan pasangan ayah dan anak, Datuk Chef Wan dan Serina bercerita pelbagai kisah hidup yang sedang mereka lalui. Jadi jangan lupa dapatkan naskhah istimewa bertemakan ‘Rumah Terbuka & Kemerdekaan’ ini, di pasaran minggu depan.

Terhibur Tengok Kapsyen Uqasha Senrose & Fikry Ibrahim, Rupanya Inilah Cara Anak Muda Tackle Peminat

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI